Sunday, July 23, 2006

Ringkasan

Aduhh….. lama betul aku tak post entry, rindunya hanya aku yang tahu. Bukan tak nak memblog lagi, cuma tak sempat, kalau sempat pun baca blog orang…hehehe… Jadi, di kesempatan yang terhad ni, aku nak citer sikit serba ringkas apa yang dah berlaku sejak 2,3 minggu lepas.

8 Julai 2006

Nurin hilang! Yes, H.I.L.A.N.G. Buah hati pengarang jantung aku sorang ni, kalau korang nak tahu keletahnya macam spring, takleh dok diam, hyperactive, jab toing sana, jab toing sini, kalau berjalan ke mana-mana, memang tak nak berpegang tangan. Kalau aku ngan hubby jalan berpegang tangan, baru la dia sibuk sama nak pegang tangan.

Asalnya hubby kat cashier nak bayar barang yang dia beli, aku lak dengan Nurin depan pintu masuk Carrefour. Tak tahan melayan kerenah dia yang macam spring tu, aku duduk la kejab kat kerusi yang ada kat situ, sambil tu aku perati je la dia ke sana ke mari. Aku rasa tak sampai 3 minit aku terleka pandang tempat lain, bila aku cari Nurin, dia dah lesap!

Bila aku sedar Nurin hilang, aku tak susah hati lagi, cuma aku risau apa nak jawab kat hubby. Perasaan keibuan aku kuat mengatakan Nurin dalam keadaan selamat tapi camne nak terangkan kat hubby. By the time hubby habis bayar dia tanya “Nurin mana?” aku cuma mampu, mengangkat bahu. Aku tahu hubby marah, tapi dalam keadaan itu, apa pun yang aku katakan takkan meredakan kemarahannya.

Apa yang aku ingat, setiap kali kalau Nurin hilang jejak, mesti dia patah balik carik kitaorang, dalam hal ni, aku pasti dia kembali masuk ke dalam Carrefour sebab sebelumnya kitaorang memang dari sana.

Masa nak tinggalkan trolley kat pintu masuk, kakak guard yang aku jumpa untuk tanya kalau-kalau ada nampak Nurin kata, staff Carrefour ada jumpa budak pakai baju kuning seluar jeans biru di information caunter.

Apa lagi, berlari la aku dengan hubby ke sana, hubby sampai dulu sebab aku menolak trolley, tapi aku nampak hubby cuma senyum bila sampai ke kaunter. Pelik gak, cecepat aku berlari ke kaunter. Sampai je, aku nampak Nurin tengah duduk dekat kerusi, senyum-senyum sambil minum air. Nampak je aku dia terus kata “Nape mama tinggalkan Nurin??”

Ciisss….. Dia yang tinggalkan aku, aku dah takut setengah mati, bole dia releks je???? Eeeiiii….sabo je la. Masa aku ambil dia kat kaunter tu, tak tahu nak marah ke, nak peluk ke, nak menangis ke….semua ada, apa-apa pun, aku bersyukur sangat aku jumpa Nurin balik, Alhamdulillah. Bebudak yang kat kaunter tu kata, dia jumpa Nurin dok tercangak-cangak mencari kitaorang, jadi diaorang bawak la ke information kaunter. “Bagus la dia kak, dia tak nangis, dia diam je”… ye la tuh…korang percaya la auta anak aku tuh…

Bila kitaorang analyze balik, maybe cara didikan kitaorang yang buat Nurin jadi sangat berani, tak mudah panic dan mesra dengan sesiapa pun. Selama ni memang kitaorang encouraged Nurin untuk buat apa sahaja yang dia suka kecuali benda-benda yang salah la, tujuannya supaya Nurin pandai berdikari dan berani. Tapi bila dah terlampau berani, macam ni pulak jadinya. Hubby kata, lepas ni, kena letak tag kat Nurin, tulis nama dan no tel mama dan babah dia!

9 – 15 Julai 2006

Business trip kat Batu Pahat, Ahad tu balik JB menjenguk mertua yang baru lepas operation dan settlekan beberapa perkara di sana. Found new prospects and new market area, will be back again next month. Yang best Nurin la, boleh bermanja-manja dengan mak tok dan atok. Cuma hubby la kesepian dan keseorangan di KL. Sekali-sekala berjauhan, baru la tahu erti kerinduan.

16 until now

Tengah pulun business..business…business…. sampai satu tahap tu, macam nak nangis pun ada, jangan crack under pressure sudah la… Selagi korang tak dapat panggilan mana-mana hospital sakit jiwa tu, aku ok la lagi lah tuh….hehehe… Macam ni business, bukan senang nak establish, I have to work smart and hard… Dalam hal ni, tanpa sokongan hubby dan kawan-kawan macam Md Nor dan Mardiana, aku tak rasa aku mampu bertahan. Thanks hubby and thanks my frens. Aku berjanji untuk berjaya, hanya masa dan kesabaran je yang akan menentukannya.

Doa aku pada Allah setiap hari, agar aku bertahan, kuatkan semangat, diberi kesihatan dan hidayah untuk terus bekerja dan berusaha untuk berjaya. Hanya pada-Nya aku memohon bantuan dan pertolongan dan Dialah satu-satunya tempat aku mengadu.

…………………….

Blog ni, kalau tak citer pasal makan, mmg tak sah. Aku kat Gurney malam ni, hubby ngan Ana keluar tadi cari makan, balik bawak ayam tandoori dan cheese nan. Cheese nan tu, punya la marvelous dengan cheese yang melimpah keluar membanjiri nan, bak kata Ana, pizza pun kalah…hehhe… 2 keping nan biasa, sekeping cheese nan, 2 ayam tandoori, semangkuk kuah dhal = RM21, memang mahal, tapi berbaloi, ayamnya yang lembut, dan portionnya besar, makan bertiga pun tak habis sebab banyak! Kata hubby, memang orang utara India yang buat, kedainya kat area Jalan Masjid India, nak order pun kena cakap English sebab diaorang tak bole cakap melayu…purely India gitu. Nasib baik tak sempat nak ambil gambo sebab Ana dah kelaparan, kalau tak takut ada yang meleleh air liur tenguk gambar kat sini.

7 Comments:

At Tuesday, July 25, 2006 11:03:00 AM , Blogger mommamia said...

aku suka idea letak tag kat tgn nurin pastu tulis nama ng no phone parents hihi,bagusnya nurin tak nangis,mmg independent n berani betul la dia, ikut mama ke babah dia ek?- noha,aku doakan usaha, pengorbanan n titik peluh ko buat bisnes ni akan berbyr, kuatkan azam k n all the best,hah pulun2 gak,kesihatan diri kena jaga tau!

 
At Tuesday, July 25, 2006 11:43:00 AM , Anonymous Anonymous said...

mar, thanks doakan aku, aku terharu...sobs..sobs...insyaAllah, aku takkan mengalah!

Nurin tu aku rasa ikut aku la...daring gitu. ada baik ada buruknya bila independent sgt ni. cuma skang ni kena kawal sikit..

 
At Tuesday, July 25, 2006 11:43:00 AM , Anonymous Anonymous said...

mar, thanks doakan aku, aku terharu...sobs..sobs...insyaAllah, aku takkan mengalah!

Nurin tu aku rasa ikut aku la...daring gitu. ada baik ada buruknya bila independent sgt ni. cuma skang ni kena kawal sikit..

 
At Tuesday, July 25, 2006 12:44:00 PM , Anonymous Anonymous said...

ko bg lah nurin pakai sebijik handphone... bila ilang je, ko blh call dia! :)

aiman pun dh mcm nurin. suke ati je nk pi mana sendiri.. bkn nye takut bila nmpk org x kenal!

 
At Tuesday, July 25, 2006 3:35:00 PM , Anonymous Anonymous said...

julia : bukan tak nak update ju, tapi dlm kepala ni, takde benda lain selain dari camne nak establish my business, camne nak cari prospect, marketing strategies..and etc...skang ni aku la bos, aku la pekerja. tak buat keje, takde la income. tapi takpe, umo muda lagi, masa ni la pun nak keje kuat. lagi pun keje kuat utk diri sendiri bukan org lain. nanti dah tua, dah sakit, takde la menyesal....jgn risau, ada peluang insyaAllah aku update

xura : handphone??? yg ada pun 2 dah jahanam!sib baik mainan punya. aku ingat nak cap je kat dahi no tel aku ngan an...muahahahah

 
At Tuesday, July 25, 2006 3:39:00 PM , Anonymous Anonymous said...

julia : bukan tak nak update ju, tapi dlm kepala ni, takde benda lain selain dari camne nak establish my business, camne nak cari prospect, marketing strategies..and etc...skang ni aku la bos, aku la pekerja. tak buat keje, takde la income. tapi takpe, umo muda lagi, masa ni la pun nak keje kuat. lagi pun keje kuat utk diri sendiri bukan org lain. nanti dah tua, dah sakit, takde la menyesal....jgn risau, ada peluang insyaAllah aku update

xura : handphone??? yg ada pun 2 dah jahanam!sib baik mainan punya. aku ingat nak cap je kat dahi no tel aku ngan an...muahahahah

 
At Wednesday, July 26, 2006 8:45:00 PM , Blogger Selipar Jepun said...

Nasib baik jumpa balik..kalau tidak, nangis tak berlagu la mak & ayah nurin ni...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home