Sunday, September 03, 2006

Perjumpaan Hari Kebangsaan

Bunyinya macam perjumpaan dan perarakan hari kebangsaan setiap pagi 31hb Ogos tu, tapi sebenarnya perjumpaan dengan housemates masa belajar kat universiti dulu. Kali terakhir kitaorang jumpa masa hari raya yang lepas, itu pun tak semua yang datang.

Kali ni pun, out of 8, cuma 6 orang je yang turned out, ok la kan? Ye la , sejak dah kawin dan masing-masing dah ada career, bukan senang nak mengumpul semua orang. Apa pun, tenguk je gambar-gambar kat bawah ni, korang pasti terasa kemeriahannya.


Aku bawa makaroni goreng dan sambal tumis, tuan rumah pulak buat meehoon tomyam. Sedap meehoon tomyam tu, sesuai untuk orang yang batuk dan selsema macam aku, segeerrr orang jawa cakap.

Nasi impit dan serunding tu Julia bawak dari Melaka, Eh Ju, serunding buat sendiri ek? lupa nak tanya hari tu, sedap! Buah-buahan pun tuan rumah yang sediakan. Coklate Bytes tu dari Uncle K, nak tahu sape Uncle K, tunggguuuu......

Karipap Linda yang bawak dan puding pencuci mulit tu pun tuan rumah yang buat. Sebenarnya ada banyak lagi makanan, tapi syok sangat bercerita dan makan, cerita dan makan sampai lupa nak mabil gambar.

Taadaaa....ni la Uncle K a.k.a Uncle Kamal, tapi mana la tahu satu hari nanti boleh jadi Datuk K la pulak kan?... Uncle K ni merangkap babysitter pada hari tu, Nurin memang tak berenggang dengan dia. Bagus juga, dapat la mama dan babah berborak-borak dan makan-makan sepuas hati. Posing istimewa kat tangga bersama Uncle K!!

Uncle K melayan Nurin nak makan aiskerim, Uncle cuba tukar bekas aiskerim yang kosong but sorry, Nurin bukan boleh ditipu tauuu, dia tahu yang mana ada isi dengan yang mana takde, mission gagal nampaknya...hehehe...

Tenguk..tenguk, uncle K ni memang berbakat melayan dan menjaga budak-budak, jadi next gathering, perkhidmatan dia masih diperlukan lagi la yek.

Suasana meriah sungguh, mak mak dan bapak bapak makan-makan, cerita-cerita, anak-naka lak main sesama sendiri. Sekarang ni masa anak-anak kecik lagi bole la buat dalam rumah, bila semua dah besar, kena la buat outside gathering nampaknya.

Ana, Angah dan Nur Marlisa Zahrah (sorry kalau salah eja nama ye). Walau pun ada majlis di rumah sendiri, kesudian korang datang amatlah dihargai, rasa macam kejab je jumpa, Lisa pun baru je nak main sama-sama tapi dah kena balik sebab Angah kerja. Takpe, lain kali kita jumpa lagi ek?

Ni la keluarga yang paling sporting, walau pun jauh di Melaka, sanggup datang jumpa kitaorang kat KL. Thanks Julia, Zul dan Jasmin Sofea. Lain kali, kitaorang pulak ramai-ramai turun Melaka, ok?

Align CenterIni la tuan rumah kita, Sany, Siela dan Auny Sofeeyyah. Terima kasih daun keladi, layanan korang memang first class!

Linda dan Zaim, pasangan paling happening! Kesian kat Linda, masa ni dah kepenatan, bila dah sarat ni, cepat mengah kan?

Ibu-ibu dan anak masing-masing. Linda, next year dah bole dukung baby ek?? Nurin dah cranky maca ni, penat sangat ambil gambar pun sampai kena paksa. Rasanya macam baru semalam je belajar sama-sama, pegi kuliah sama-sama, hari semua dah mengendong anak!

Ana, Linda, Siela dan Julia, buat yang takde di sini, Leen (ada datang tapi tak sempat ambil gambar sama-sama, so, pls email gambar, nanti Noha upload kat sini), Dayang dan Yati, semoga persahabatan ini akan berkekalan sampai bila-bila.

......................................................

For the next gathering, kita akan buat di Melaka (ok kan orang Melaka??..*wink*..*wink*) by next year dalam bulan April, kasi Linda bersalin dan habis pantang. Tak jadi Bulan Mac sebab aku ada majlis perkahwinan adik ipar kat JB. Anyway, kita ada 6 bulan nak plan, aku akan try organise sikit-sikit dari sekarang. Hopefully, masa tu semua orang bole datang, dan kita bole buat BBQ reramai....eeiii...bestnyerr (berangan je lebeyyy...heheh).

3 Comments:

At Monday, September 04, 2006 1:41:00 PM , Blogger mommamia said...

wah!syok n meriah!aku tgk gambar pun dah tumpang excited hihi-dpt gak aku tgk gambar latest Ju ng Jas,taklah termimpi2 lg pasni,btw Jas cute!-wahtever respect kat u all sbb berjaya buat gathering ni even memasing dah ada family n komitmen, siap bwk mknan lg,plg respect kat Ju sbb dr melaka sanggup dtg,ke sambil2 tu ko mmg nak ukur jln kat kl ju?hihi-semoga friendship kalian berkekalan..

 
At Tuesday, September 05, 2006 12:01:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

wahhh.. anak korang semua girl ek??...

 
At Tuesday, September 05, 2006 4:25:00 PM , Anonymous Anonymous said...

julia : ju, kat umah ko nanti, kita buat slumber party ek...khas utk kaum ibu jek...bapak2, tido kat ruang tamu, ok tak?..hahaha

mar : kalau ko nak tahu mar, julia tu serampang 2 mata, lepas pi gathering bole la mengukur jalan plak...tak gitu ju?? apa pun, thanks to her husband, sporting giler...senang nak ajak berunding kalau buat benda2 macam nih...

xura : a ah...semua pompuan, anak linda je boy, tapi kuwa lagi la pulak, lepas ni kalau ada gathering, anak linda la yang paling tinggi sahamnya...heheh

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home