Alhamdulilllah!
Syukran...syukran...syukran....
Alhamdulillah pada Allah yang Maha Pemurah!
Setelah 6 bulan berniaga, aku telah mula merasai hasilnya, berkat kesabaran, kesungguhan dan usaha, aku berbangga dengan hasil yang aku perolehi, sangat berbaloi dan aku tidak menyesal sedikit pun kerana tidak bekerja makan gaji.
Walau pun bukan sedikit pengorbanan yang terpaksa aku lalui, tak sedikit pun mematahkan semangatku malah akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh supaya apa yang aku dapat sekarang dan akan datang dapat memberikan kesenangan kepada orang lain dan orang yang memerlukan.
Buat Hubby dan Nurin, terima kasih kerana sentiasa cuba memahami dengan apa yang aku lalui dan sentiasa memberikan sokongan yang tak berbelah bagi.
5 Comments:
alhamdulillah.
KFC satu bucket. pos JB. btw, sorry x dpt reply msg. maklumlah xde fulus mau bayar bil tepon. hehe.
lindu la sama itu salma. nnti puasa turun lepak lama2 sket tau. leh gosip2.
ana : Alhamdulillah...eerr...itu kfc aaa...tunggu ana baik sini ehh....nak kena keje keras ni, kumpul lagi $$$ byk2 sebab tak lama lagi..
1.kakak nak kawen
2.ana nak kawen...aheemmm
3.nurin nak adik...muahahhaha
ehh btw, sejak 'bekerja' ni, blog sentiasa update nampaknyerr eh??? *wink* *wink*
alhamdulillah.. tu lah berkat business.. bersusah2 dulu, bersenang2 kemudian.. mudah2an bertambah2 rezeki... insya-allah..
betul..buat bisnes kalu buat betul2 mmg berbaloi n masyuk lebih dr org yg mkn gaji,tgk la org2 yg berjaya dlm bisnes mcm datuk k tu ke(hihi takde cth lainkan),org mkn gaji mana nak dpt rezeki camtu..papepun noha,congrats dgn usaha gigih n pengorbanan yg akhirnya berbyr jugak,semoga lg murah rezeki pasni,mana tau pasni jadi corporate lady lak amin..amin..
sany : tq sany, tapi takde la nak tambah sampai 7 org, sorang dulu la. bila ada rezeki tu, mmg la sponsor, part mana2 yg patut la, lagi pun ni la masanya nak menunaikan tanggungjawab, sebagai anak, sebagai kakak. pasal melaka tu, insyaAllah aku akan usahakan, lama lagi kalau nak citer pun, tunggu la lepas2 raya nanti.
xura : thanks xura, itu la yg aku harap2kan, rezeki yg melimpah ruah supaya bole tempias kat orang lain
mar : thanks mar
my dear frens,
perjuangan aku mengejar impian baru nak bermula sebenarnya, peritnya menempuh hidup sepanjang 6 bulan lepas, cuma an je yang tahu, pendek kata sepanjang aku hidup kat dunia nih, 6 bulan lepas ni saat yg paling sukar. tapi Alhamdulillah, aku redha dgn ujian yang datang, sebab sesuatu itu dijadikan bersebab dan ujian2 tu juga buat aku lebih rapat dengan Maha Pencipta. doa dan sokongan dari korang amat aku hargai kerana walau siapa pun aku, susah mahu pun senang, korang tetap bersama-sama, Alhamdulillah Tuhan kurniakan aku kawan2 cam korang. pun aku tak harapkan apa2 dari korang, cuma doakan aku sentiasa sihat supaya dapat bekerja dan dilimpahi rezeki yg byk, ye la, nanti bole juga kongsi dgn korang kan?
apa pun business ni takleh leka, bukan macam makan gaji ye mar, ujung bulan confirm dapat gaji, business ni ada psg surutnya, ada untung ada ruginye, bila untung mcm ni, takleh nak enjoy sgt, kena simpan dan beringat sebab in future apa2 pun bole berlaku.
anyway...thanks everybody!
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home