Friday, September 22, 2006

Salam Ramadhan

Ramadhan yang mulia datang cuma setahun sekali, dan betapa aku amat menantikan kedatangannya. Rasa macam baru je menempuhi Ramadhan yang lalu, kini ia menjelma kembali, sesungguhnya memang pantas masa berlalu, kan?

Tiada persiapan menyambut Ramadhan, cuma aku sekeluarga dah merancang nak balik JB dan S'pore, berbuka puasa di sana. Hmm...bila cakap pasal berbuka puasa, dah terbayang juadah-juadah berbuka puasa yang bakal dihidangkan...eerrkkk...Takuuut!...takut terlebih makan...heheh...

Sempena Ramadhan ini, business akan berjalan seperti biasa, cumanya mungkin slow sikit, sebab masa ni la nak tambah amal ibadat yang sentiasa berkurangan dek melayan kerja sehari-hari. Harapan aku, agar kita semua berjaya merebut segala peluang ibadah dan rahmat yang ada, insyaAllah.

Buat kawan-kawan, yang balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya, yang berbusiness, kuih raya, baju raya dan apa-apa jua yang berkaitan dengan hari raya, semoga berjaya.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua.

7 Comments:

At Friday, September 22, 2006 2:07:00 PM , Blogger RaFFLeSiA MeRaH said...

slm perkenalan, ader masa kita selalu2 jenguk ur blog ekk...

 
At Friday, September 22, 2006 8:48:00 PM , Blogger Unknown said...

salam ramadhan to u and ur family :)

 
At Saturday, September 23, 2006 2:35:00 AM , Anonymous Anonymous said...

rm : salam perkenalan, tq sudi dtg ini :)

zaza : selamat menjalani ibadah puasa

 
At Monday, September 25, 2006 6:00:00 AM , Blogger Leyla Shuri said...

selamat kita meneruskan ibadah ramadan. Greetings from this family in Okinawa to your family in Msia.
Klela dah lama hilang link noha, noha masuk blog klela tak tulis link hari tu.
Nie klela kena masuk google cari link noha.

 
At Monday, September 25, 2006 12:05:00 PM , Blogger mommamia said...

Noha,slamat berpuasa!tarawih kat mana?dah ada anak ni,pandai2 la kena adjustkan?harus kena tunggu anak tido dulu baru boleh tarawih, nurin dah besar ni agak2 ko boleh ke gi masjid tarawih sana?slamat menambah amal ibadah!

 
At Monday, September 25, 2006 1:45:00 PM , Blogger Selipar Jepun said...

Selamat berpuasa ye... bawak je nurin tu pergi masjid/surau yg berdekatan. Lepas tu gari kaki dia kat kaki noha...hehehe...(sebab nurin tak takut ngan orang...sahih boleh hilang malam2...)

 
At Wednesday, September 27, 2006 9:58:00 AM , Anonymous Anonymous said...

abang id : sronok sgt kat s'pore, makan2 of course, shopping lagi...hehehe...

kak lela : minta maaf!! nanti saya tinggal link kat sana yek

mar : aku terawih kat umah je, takleh nak bayang kalau bawak nurin ke surau atau masjid...iiskk...

kak sj : bukan takut hilang je kak, takut dia pulak, habis semua org gelak takleh nak berterawih!

julia : selamat menjalani ibadah puasa juga ju, sabar yek, nanti raya atuk balik..

sany : thanks sany, semoga ko sekeluarga juga mendapat keberkatan di bulan yg mulia ini, insyaAllah

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home