Tuesday, October 03, 2006

Roti John Putrajaya

Hari Isnin lepas, aku baca cerita Kak Pnut pasal Roti John, cara akak ni cerita macam nak menitik air liur aku. Kebetulan hubby memang suka makan roti john ni, jadi aku cerita la kat dia. Dalam tengahari tu, hubby ajak keluar sebab bos dia suruh pergi bank, aku pun ikut la.

On the way back to office, hubby tanya, nak tak pergi Putrajaya, cari roti john tu? aku tanya dia balik, sempat ke, kang lambat lak masuk opis sebab masa tu dah pukul 3.15 ptg. Hubby kata pergi je la.

Sampai kat bazar ramadhan Putrajaya dah pukul 3.30 ptg, cari punya cari, jumpa la gerai roti john tu. Masa tu dah ada lebih kurang 10 org beratur, aku kata kat hubby, ok la ni, by 4 ptg mesti dah dapat, hubby pun angguk setuju. Sementara hubby beratur, aku melilau cari juadah nak berbuka nanti.

Hari Isnin tu, punya la panas, matahari memancar terik sangat. Nasib baik la kawasan tu luas, jadi berangin la sikit. Lebih kurang 10 min, aku balik semula ke gerai roti john tu, aku tenguk hubby tak bergrak pun dari tempat dia mula-mula beratur, aaikk!!...lambatnya. Muka hubby dah merah padam dan peluh dah merenik-renik kat dahi.

Aku pun ikut la beratur sama, mula-mula beratur sebelah hubby, bila tak tahan kepanasan, aku tumpang payung gerai tu, jadi dapat la tenguk macam mana orang tu buat roti john. Sambil-sambil tu aku berbual dengan adik tukang masak dan melayan sms Nad.

Nad kata, rasanya sama je dengan roti john kat tempat lain, tapi yang buat aku teruja tu, Kak Pnut kata, orang sanggup beratur 2 jam semata-mata nak makan roti john ni. Selain dari tu, aku tenguk cari dia buat pun lain dari roti john yang pernah aku tenguk. Roti dia dibelah tengah dan dia tuang inti (telur + daging/ayam) atas roti tu, baru la diterbalikkan roti tu, kemudian daging/ayam tu dah siap berempah dengan black pepper...huuiisshh...aromanya, taksoh la cerita, dah le aku betul-betul sebelah kuali dia.

Korang nak tahu pukul berapa kitaorang dapat roti john tu, PUKUL 4.40 PETANG! Haahh ambik ko! Satu jam beratur, baru la dapat. Dah alang-alang beratur lama, kitaorang beli terus 3 untuk esok sekali...hahah.. Rupa-rupanya yang jadi lama beratur tu sebab ada la hamba Allah yang mengorder sampai 8, 18 roti john sekali order. Jadi ada la, orang yang beratur tu sound kat adik-adik tu, at least max bagi 5 setiap orang ke, jadi takde la orang lain beratur lama sangat. Bila dengar macam tu, tukang masak kata, nanti malam diaorang meeting nak buat macam mana.

Bila buka, masa untuk merasa roti john yang dikatakan terkenal seantero dunia tu. Hmm...memang sedap! Ini la roti john tersedap yang aku pernah makan sejak aku kenal roti john. Kiranya tak sesia la beratur lama di bawah terik mentari sebab memang worth it.

Thanks to Kak Pnut, sebab sudi share makanan yang sedap-sedap di bulan puasa ni. Oh ya, roti john ni, kalau bukan bulan puasa dia ada kat Taman Warisan Putrajaya, jadi kalau tak berkesempatan kali nak beli, lain kali pun korang boleh cari kat sana. Terlanjur ni, aku nak bagitau la juga, kat Tamanan Warisan ni, Sate Kajang Hj Samuri pun ada, selain tu yang aku suka ABC dan air cekong dia kat situ pun sedap! Tempatnya redup dan sesuai bawak anak beranak bersantai.


Ini la dia roti john yang sungguh sedap itu, aku dah cuba ambil gambar close up, tapi kabur, Allah tahu niat aku tak baik, saje nak buat korang terliur dengan sos dan mayonis yang melimpah ruah...heheheh...

16 Comments:

At Wednesday, October 04, 2006 12:05:00 PM , Anonymous Anonymous said...

kat sini susah nk carik roti john version kl cam tu... ishh.. jenuh q nk beli tuh! nasib baik x pitam kat situ.. ;)

 
At Wednesday, October 04, 2006 12:40:00 PM , Blogger mommamia said...

pehh,aku mmg dah terlioq tgk ni,aku pun fav mkn roti john gak,nasib la gambar close up kabur,kalau tak ada la kang ko nampak aku tercegat kat putrajaya carik roti john,tp tgk gambar dia pun dah mcm boleh membygkan kesedapan dia mcmana, aku tgh membygkan inti,mayonis n sos yg melimpah basah tu pastu ngap!hihi-noha,aku ada tinggal komen kat previous post psl lelah tu,try la petua tu

 
At Wednesday, October 04, 2006 3:06:00 PM , Blogger noha chomel said...

xura : aku ni pun first time jumpa yg macam tu, mmg berbaloi, RM3 dagingnya pun terasa. a ah, sib baik tak pitam!

mar : thanks mar, eerr mana nak cari belut ek? kalau ada masa try la roti john, mmg best!

 
At Thursday, October 05, 2006 3:40:00 AM , Blogger Idham said...

:) masih belum faham kenapa roti tu di panggil roti john.....

eheh.

idham

 
At Thursday, October 05, 2006 10:24:00 AM , Blogger Nazrah Leopolis said...

ewaaahhhh awak lagi kejam dari saya...bagi org terliur ni...pagi lagi ni tau...uwaaa

 
At Thursday, October 05, 2006 11:29:00 AM , Blogger noha chomel said...

abg id : a ah ek, apsal panggil roti john, agaknya org pertama yg buat dulu nama dia john tak?

kak nazrah : heheh...adil la kot??..hehe

 
At Thursday, October 05, 2006 2:04:00 PM , Blogger Pnut said...

huhuhu awat tak habaq nak beli roti john tu kalo tak leh kirim beli...

 
At Thursday, October 05, 2006 6:45:00 PM , Blogger noha chomel said...

kak pnut : alalala....tak tahu lak akak nak, lain kali ek, saya nak pegi beli saya bagitau akak..

 
At Friday, October 06, 2006 8:05:00 AM , Blogger Encik Ayie Yang Garang said...

ya allah ampuni dosa aku melihat roti jong itu.. bukan setakat mayonis yang melimpah dgn acid dalam perut aku pun melimpah jugakk.. astaga firullahh (sambil carik kepiah tutup muka)

 
At Friday, October 06, 2006 6:52:00 PM , Blogger maklang said...

Tulaa, niat tak baik, langsung gambar jadi kabur...Selamat berbuka...

 
At Monday, October 09, 2006 2:58:00 AM , Anonymous Anonymous said...

sodap giler roti john ni yek..beratur sejam! puh...nak kena try nih :) entah biler la aku nak balik for puasa..kekeke

 
At Monday, October 09, 2006 10:18:00 AM , Blogger noha chomel said...

spingemorks : theheheh..sorry! anyway, thank you for dropping by :)

mak lang : ye la...isskk...makasih la sudi singgah umah kita ni

zaza : sodappppp....jgn risau za, tak raya pun ko bole dpt roti john ni

 
At Tuesday, October 10, 2006 8:21:00 AM , Blogger Jo Kontan said...

Lepas puasa boleh pegi laa Taman Warisan niii.

Terimakasih.....

 
At Tuesday, October 10, 2006 6:51:00 PM , Blogger azura said...

wuish kak noha ni if bercerita ttg mknan... terliur sajer dibuatnye!
kat umah ni, kitorang buat sendiri roti john... lagi puas mkn :-). nak taruk sayur n mayonis n black pepper byk mana pun, taruk la..

 
At Wednesday, October 11, 2006 3:05:00 PM , Blogger Nazrah Leopolis said...

kat singapore ada juga orang cuba jual rotijohn...sungguh la tak sama dan tak sedap.

 
At Wednesday, October 11, 2006 4:32:00 PM , Blogger noha chomel said...

en jo : meh la dtg, bawak semua tu anak beranak, boleh bersantai sambil makan2 :)

zura : hubby akak pun suka gak buat roti john ni, cuma puasa kali ni tak sempat lagi, kalau buat sendiri mmg la lagi best, but try la dulu yg ni, mmg best

kak nazrah : itu sudah mesti, takpe balik mesia, jgn lupa dtg taman warisan yek

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home