Friday, November 03, 2006

Gigi bongsu oh gigi bongsu...

Entry tertunda hari raya akan aku post minggu depan.

...................................................................


Sebenarnya, gigi bongsu aku ni dah mula sakit sejak 5 tahun lepas, asalnya berlubang sebab kedudukannya yang senget masa tumbuh. Doctor kata, the best way buat minor surgery untuk keluarkan gigi tu, tapi aku tampal je. Doktor ada warning jugak, kalau aku tak buang gigi bongsu tu, in future dia akan effect gigi sebelah dia pulak. Tapi sebab takut dan cost pun mahal, aku tak buat la surgery tu.

Beberapa hari sebelum puasa, aku rasa sakit kat gigi geraham, rupa-rupanya sebelah gigi bongsu tu dah berlubang! Bila aku keluarkan serpihan gigi kat lubang tu, sakit pun hilang dan aku pun leka la balik. Sampai la hari Isnin this week, aku try la mengunyah guna gigi yang lubang tu, sekali tu ntah terselit sisa makanan ke, salah gigit kunyah ke, suddenly I felt a sharp pain. Ngilu yang amat! Sejak saat tu bermula kesengsaraan menanggung sakit gigi.

Betul la kata orang, baik lagi sakit kepala dari sakit gigi ni, boleh menggigil badan di buatnya. Dalam dok sakit tu, aku just ambil ponstan, dengan harapan sakit tu reda. Memula tu memang la reda, tapi lelama tak jalan dah ubat tu.

Jadi hari Rabu aku jumpa dentist.

"Doctor, gigi saya dah sakit ni, doctor check pelan-pelan yek” aku merayu.

"Ok, don’t worry”
senyum je doctor tu bila aku cakap macam tu.

Doktor cuma check sikit je, lepas tu dia kata ...

"Oh, gigi awak dah teruk ni"

"So, what is your suggestion?"

"Kita cabut gigi bongsu, pastu kita tampal gigi yang lubang tu, but before that I kena buat rawatan akar pada gigi yang berlubaang tu"

Hmm..rawatan akar tu mahal gak, detik hati aku “Another option?”

"Atau kita cabut gigi yang lubang tu, kekalkan gigi bongsu, cumanya gigi bongsu awak pun dah tak cantik"

"The best solution?"

"Cabut dua-dua"

"Errr….bukan gigi bongsu tu, nak kena buat minor surgery ke doctor?"

"Eh, tak payah la, I boleh cabut je, insyaAllah"

"Ok then, cabut je la, tak sanggup rasanya menahan sakit ni"

"I bole cabut sekarang, tapi gusi dah ada infection, I bagi antibiotic, then lepas 4 hari baru kita cabut"

"4 hari?, dalam masa tu I still akan rasa sakit la"

"Yes, of course. Tapi kalau u nak cabut sekarang, boleh, cuma ada beberapa risiko"

Mendengar risikonya, kecut perut aku! "Ok, maknanya saya kena tunggu Sabtu la yek?"

"Actually, lepas sehari makan antibiotic pun dah bole cabut"

"Tapi saya ada appointment esok"

"Kalau macam tu jumaat pagi, boleh?"

"ok, boleh!"

So, Jumaat nanti segala penderitaan aku aku akan berakhir. Khamis semalam, aku rasa sakit gigi makin kuat. Nak makan pun dah susah. Pagi aku makan bubur, tengahari lak aku cuma makan yogurt. Oleh sebab appointment aku habis awal, aku terus called doctor, bole tak aku cabut malam tu juga dan doctor kata ok. Sebelum pergi klinik, aku temankan hubby buka puasa, aku cuma makan KFC whipped potato je. Dalam hati dah membulat tekad, aku mesti buang gigi ni, sakitnya yang aku tanggung macam nak hantuk kepala kat dinding.

Sampai klinik dah pukul 8.30 mlm, doctor masih ada patient. Doctor panggil aku dah pukul 9 mlm.

"Doctor, I nervous ni, takut pun ada juga."

Aku dah rasa seram sejuk, perut memulas dan macam nak muntah. Serious, aku memang takut jumpa dentist!! Doctor lak cuma senyum je

"Doctor, do whatever you want to, as long as I did not feel any pain.

"Ok, don’t worry, tak sakit. "


Doctor tu tergelak je. Gelihati kot tenguk aku macam budak-budak takut cabut gigi.

"By the way, bius yang you bagi ni bole tahan berapa jam?"

"2 hingga 4 jam"

"Hah! Kejabnya, lepas tu I mula rasa sakit la..alahhhh. Ada ubat tak nak bagi tak sakit, sebab ponstan dan tak jalan la"


"Ok, I bole bagi you painkiller yang bagus, last for 24 hours, the thing is dia mahal la, sebiji RM7, macam mana?"

"Ok, I don’t mind. Asalkan I don’t want to feel the pain"

"So, lepas I jab ni, you terus makan ubat ni ya?"

Rasa sakit cumamasa doctor jab je, itu pun bila aku kata sakit, cecepat dia minta maaf.

"You have to wait 10 to 15 mins, mean while I nak solat dulu"

Aku pun duduk la sorang-sorang tunggu doctor tu habis solat. Lepas 10 min..

"Ok Noha u boleh baring."

"Doctor, tutup mata, I tak mau tenguk apa-apa"

"Sure. "

Sebelum tu, dia test sama ada aku rasa sakit lagi ke tak, selagi rasa sakit dia akan jab lagi dengan bius. Bila dah betul-betul takde rasa sakit..

"Ok Noha, I nak cabut ye gigi you ni"

"Alah doctor, you tak payah cakap la, takut la."

"Ok..ok… I nak check je gigi you ni."
Dia pujuk aku, macam betul-betul aku ni budak kecik,

"Bismillahirrohman nirrohhim.."

Lepas kepala aku terteleng ke kanan dan ke kiri seketika..

"Alhamdulillah, satu gigi dah lepas. I pegang sikit ye kepala you ni, sebab gigi bongsu as a typical wisdom tooth memang susah sikit."

Terasa la doctor tu berhempas pulas mencabut gigi bongsu ‘kesayangan’ aku tuh. Beberapa saat kemudian, aku dengar dia minta benang, nak jahit. Aisey, berjahit pulak, bila nak settle nih, dah cabut ke belum.

"Ok, gigit kapas ni kuat-kuat sampai darah berhenti, after 30 mins baru u bole kumur"

"Eh, dah cabut ke semua?"

"Dah, tu gigi-gigi you"


Nampak la aku dua batang gigi tergolek-golek atas tray. Eh… I didn’t feel the pain la, really! Tau-tau dah siap!

"Thank you doctor, you are so good, I tak rasa sakit langsung. Lepas ni bole la recommend kat my friends ya?"

Sambil tersenyum doctor tu kata “Thank you”

Aku keluar dari bilik doctor tu sambil tersenyum, hubby pun pelik, dia tak sangka it was so easy. Dan hingga la saat aku menaip ni pun, aku masih tidak berasa sakit, Alhamdulillah!

Cumanya sebab seronok sangat tak rasa sakit, aku cakap lak tak berenti for the next 30 mins after cabut gigi tu, jadi darah lambat pulak berhenti. Takut sesuatu yang tak diingini berlaku aku sms doctor and immediately he call me to instruct me what to do. Alhamdulillah, when I woke up this morning, darah pun dah berhenti.

I highly recommend this dentist to all of you, cause I know some of you pun tentu takut nak jumpa doctor macam aku kan? Heheh ….badan je besar aku ni, tapi penakut! Last jumpa dentist nak cabut gigi pun masa sekolah rendah, so can you imagine how I feel?

Sesiapa yang nak dapatkan perkhidmatan doctor ni, bole la ke Klinik Pergigian Esmady, di Presint 8, Putrajaya. He is very nice and gentle. Dan dengan rawatan yang diberikan dan tiada kesakitan dialami, I had to pay almost RM 200. Its included consultation, cabutan untuk 2 batang gigi geraham, 4 biji painkiller, antibiotics dan ubat kumur. Itu pun dia tak kira jahitan sebab dia lupa, but it really worth it!

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat, kesengsaraan aku dah berakhir, doa aku dimakbulkan dan yang penting sekali, aku tak terlepas peristiwa bersejarah yang akan berlaku pada hari ni. Aku berdoa luka cabutan ni akan cepat sembuh, walau tak rasa sakit, aku tak berani nak makan macam biasa, for 2,3 days onwards I will stick to my diet, bubur, yogurt and whipped potato. Dan terpaksa la tenguk je orang makan kalau pergi open house….sigh….




11 Comments:

At Friday, November 03, 2006 5:41:00 PM , Anonymous Anonymous said...

x prnh sakit gigi, so x tau camne rasanye. hopefully x nk lah rase even sekali pun. sebut je dentist pun dh mcm nk pengsan!

terer la ko, cabut 2 btg skali! bunyik "krekkrekkk..." x mase gigi tu dicabut???.. (t'ingat time cabut gigi mase sek rdh dulu)

 
At Friday, November 03, 2006 5:44:00 PM , Blogger mommamia said...

aku setujuuu ng ko sgt2,aku rela sakit kepala ke,or demam selsema ke dprd menanggung sakit gigi-lepas dah seksa ko,aku ni hah geraham bongsu kiri kanan tak kuar abis,rasanya dah 3-4thn camni la,baru kuar sikit tp masa nak kuar tu mmg sakit,doc kata takde space,dia suurh buang,aku takuuut..hihi-mmg sakitkan,berdenyut2 sakit dia,nak tido pun tak boleh,menyentap2 sakit!nmpknya kena la aku mengambil langkah berani cam ko gak agar penderitaan cpt berakhir!

 
At Monday, November 06, 2006 9:44:00 AM , Blogger noha chomel said...

xura : heheh...not anymore, skang anytime nak jumpa dentist is my pleasure

not a single sound! betul, tak tipu, aku pun tak sedar bila siap...tau-tau everything was over

mar : bila ada duit atau peruntukan, pergi la, macam aku, simpan gigi bongsu tu dekat 5 tahun, bukan makin baik, merosak gigi lain ada la

don't worry mar, tak sakit, serious! in fact by saturday tu ada dah makan2 kat open house heheheh

 
At Monday, November 06, 2006 2:14:00 PM , Anonymous Anonymous said...

dr esmady? .. bukan ke dia dulu ada klinik mata .. la ni bukak kelinik gigi plak ... dr esmady yg kawin ngan sabariah dulu .. heheheh

 
At Tuesday, November 07, 2006 4:46:00 PM , Blogger noha chomel said...

anon : a ah, dah tambah kepakaran kot...heheh..:)

julia : betul la ju, bila pegi private ni, kita dilayan macam puteri, apa nak bagi, tapi sediakan je la duitnya

 
At Tuesday, December 15, 2009 11:59:00 AM , Blogger Goldman said...

untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com

harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

 
At Tuesday, December 15, 2009 12:04:00 PM , Blogger Goldman said...

untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com

harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

 
At Thursday, July 22, 2010 5:10:00 PM , Blogger Dentist and Me said...

Noha ...,

I lupa nak charge you jahitan yeeee ! ! ! Bila nak jumpa ni !

 
At Thursday, July 22, 2010 5:18:00 PM , Anonymous Anonymous said...

is that u dr esmady?...hahahah...lama punya cerita mcm mana u bole jumpa this blog?

bila nak balik sini? since u takde, i tak pergi check gigi pun!...

ada fb? mine Noha MdSupian

noha

 
At Tuesday, January 04, 2011 2:07:00 PM , Blogger Pajill Nostra said...

saya pun baru je kuarkan gigi bongsu.

memang keluh kesah tak keruan jgk.

Tgk post terbaru saya: Gigi Bongsu

 
At Monday, May 30, 2011 11:59:00 AM , Blogger NADYA ANWAR said...

salam noha, google2 pasal klinik gigi jumpe blog u ni.. ada lagi x klinik dr esmady ni yer? kalau ada info, blh gtau x? thanx..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home