Monday, November 06, 2006

Aidilfitri 2006

Dah 2 minggu raya, baru la nak citer pasal raya, dah basi dah, orang semua dah citer pasal open house la pulak. Tapi tak kisah la, sebab tu juan aku citer ni, nak tinggal kenangan kat blog ni, esok lusa, anak cucu bole la tenguk...hehe..

Tahun ni beraya dengan family hubby dulu. Seperti tahun yang sudah-sudah, family hubby memang takde masak-masak malam sebelum raya tu, sebab kitaorang selalu makan je terus kat umah atuk atau nenek. Jadi pepagi hari raya dan bertolak ke Singapura untuk beraya dengan Nek Wan dan adik beradik babah (bapa mertua).

Juadah wajib kat rumah Nek Wan ni, ayam goreng, lontong, ketupat, lepat, lodeh, sambal pengantin, serunding kelapa dan sambal udang. Yang paling best sekali sambal udang, sebab setahun cuma sekali je Nek Wan buat sambal udang ni, udangnye besar-besar macam jari telunjuk dan hantu dicantumkan gitu....iiskk...nak makan banyak-banyak pun takut. Lagi satu yang menarik kat rumah Nek Wan ni, lodeh dia, ada macam-macam sayur dan dipotong besar-besar seperti nangka, pisang muda, rebung, terung, kacang dan tahu. sekali tenguk macam sayur campur masak sayur lemak. Oleh kerana mood untuk makan-makan tak la begitu teruju, takde satu pun gambo makanan yang aku ambil. Sori la ye Mar, takde gambo buat jamu mata.

Hari raya kedua, balik ke BP, jumpa nenek dan semua adik-beradik mak. Adik beradik abah ada yang aku dah jumpa sebelum raya dan sempat juga jumpa di hari raya. Cuma aku sedikit terkilan, takde pulak adik-beradik abah yang datang ke rumah. Seingat aku, dah 10 tahun duduk kat rumah yang ada sekarang ni, ada la 2 atau 3 kali raya je diaorang datang. Lepas tu tak pernah lagi. Bukan apa, kesian kat abah. Walau pun abah tu nampak cool, dalam hati siapa tahu kan. Abah selalu cakap ngan aku, kita yang muda-muda ni, rajin-rajin la melawat orang tua terutamanya bila perayaan macam ni. Jadi, itu la yang aku pegang sampai sekarang. Kalau takde soarng pun adik beradik dia atau anak-anak sedara dia yang datang rumah kitaorang, aku akan pasti, aku takkan buat macam tu pada makcik dan pakcik aku, InsyaAllah.

Nenek tak sihat, katanya keracunan makanan. Hari raya ketiga, masa pergi beraya, mak aku telefon dengan nada cemas beritahu keadaan nenek makin teruk. Tak jadi beraya, ambil mak di rumah, terus ke rumah nenek. Malam tu juga nenek dimasukkan ke hospital.

Nenek belah mak ni, nenek kesayangan aku, pernah bela aku kejab masa aku kecik-kecik dan selalu cuti sekolah pun aku akan melepak kat kampung. Kalau tidur dengan dia, mesti dia tepuk punggung aku sampai aku tidur, jadi memang rapat sangat la aku dengan dia.

Sepatutnya hari raya keempat aku dah balik KL, tapi bila mengenangkan keadaan nenek dan dengan keizinan hubby, kitaorang stayed lagi satu malam kat BP. aku sempat jaga nenek dalam 2 jam di hospital, sedih sangat keadaan, dia merepek yang bukan-bukan. Mintak hidangkan air pada tetamu la, suruh tutup reban la sebab nak Maghrib, nak ambil wuduk la dan asik tanya je bila nak bawak dia pergi solat. Bila tenguk keadaan nenek macam tu, airmata aku macam empangan pecah, tak sanggup rasanya nak menghadapi berbagai kemungkinan yang tak terjangka. Sebelum balik, aku sempat minta maaf, mengucupnya diseluruh muka dan minta nenek berjanji agar sempat sembuh. Allah Maha Kaya, dia tahu puas aku berdoa agar nenek dipanjang umur supaya boleh aku membalas segala jasa-jasanya, sebelum balik ke KL, mak kata nenek dah bole duduk dan makan. Alhamdulillah, jadi kitaorang pun meneruskan perjalanan ke KL.

Raya tahun ni, memang kelam kabut sikit, banyak benda yang berlaku sepanjang Ramadhan yang kena sambung selepas raya, jadi excited nak raya tu, tak terasa sangat. Apa pun, aku bersyukur sangat, nenek dah sembuh, selamat perjalanan pergi dan balik ke kampung, Alhamdulillah


Macam iklan gigi la pulak....


Sebab susah sangat Nurin ni nak diajak bergambar, terpaksa la Oyang Wan bergambar dengan dia senyap-senyap, macam hantu lilin gitu...heheh...


Empat generasi, Oyang Wan (Nek Wan), Nek Wan (mak mertua), babah dan Nurin.


One whole family, aku tak sangka ada sessi bergambar, masa ni baru lepas makan, tak ready pun. Nurin ada masa tu, tengah sorok kat kaki aku.


Cik Kak tu, kalau dengan Cik Ana dia, jadi je, posing macam-macam gaya!


Lagi satu gaya Nurin dan Cik Ana, amboii bukan main lagi....


Nurin dan Cik Syika.....

5 Comments:

At Wednesday, November 08, 2006 9:43:00 AM , Anonymous Anonymous said...

teruk jugak keadaan nenek ko sakit tu.. ingatkn keracunan gitu2 je. alhamdulillah dh sihat.

nurin nyorok smpi x nmpk langsung dlm gmbr!

 
At Wednesday, November 08, 2006 2:22:00 PM , Anonymous Anonymous said...

mmg la sedih..
kalo org yang kita sayang..
sakit teruk..
aku pernah rase....
bapak aku 3 tahun lepas....
alhamdulillah..
Allah panjangkan umur dia spy aku
boleh merasa lg kasih sayang dia...
bole dengar suara..
pendek kata bole la bermanja...
walaupon dia tak boleh melihat aku lagi...

maybe ko kena slalu telepon..
balik bp jenguk dia...

takpe ko ader kawan..
raye kali ni pon tak meriah bagi aku..
sbb banyak perkara2 sedih yang berlaku...

by the wway
aku rase ko ader famili+ famili in- law yang cukup ceria.....
kan...

 
At Thursday, November 09, 2006 11:33:00 AM , Blogger noha chomel said...

xura : Alhamdulillah, nenek dah ok, thanks 4 ur doa

anon : aku rasa ni julia nihh

Alhamdulillah, both side of the family mmg happeening ngan ceria, im happy for nurin sebab ada uncles and aunties yg sayang ngan care of her

telefon mmg once in a while, tapi alau balik BP, aku mesti tgk dia, nenek kesayangan la katakan, balik kejab2 pun mesti jumpa, rindu!!

 
At Friday, November 10, 2006 8:26:00 AM , Blogger mommamia said...

tidaaaaak!!aku kuciwa takde gambo mknan spt yg aku harapkan dan byg2kan huhu,takpe noha, baca menu nek wan di pagi raya tu pun aku dah cukup terliur,lodeh, serunding kelapa,sambal udang fuhh!aku boleh bygkan kesedapannya!syok lyn gmbr raya ko,mmg meriah!dpt auntie pandai lyn,nurin yg anti camera terus jadik suka n pandai posing,alhamdullillah nenek ko dah sihat..

 
At Monday, November 13, 2006 8:45:00 AM , Blogger Nazrah Leopolis said...

meriah sungguh hari raya awak ya!

one request, next year ambil gambar sambal udang besar tu eh...curious (kepoh) nak tengok...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home