Wednesday, January 31, 2007

Pregnant?? ; Part 2

.....sambungan.....


Doktor ambil alat penguji kehamilan tu dari jururawatnya, "Mari saya tenguk keputusannya...hhmm...Ohhh...its negative la"


"See, i told ya...i'm not pregnant, hehehhe"

Hilang rasa debar di hati, nampaknya bukan rezeki aku kali ni, doktor kata mungkin juga perubahan hormon menyebabkan period aku haywire. Dan sebenarnya masa aku pergi kencing tu, aku dah bleed macam period yang normal.

"Ye la kan, perempuan ni kuat instinct dia, kalau dia kata tak pregnant, tak pregnant le jawabnya" doktor tu menambah.

Hubby aku tenguk dah senyum-senyum kelat...heheh...kali ni 'tembakan' tak mengena nampaknya, sorry la yek ;P

Kalau ikutkan pun, mustahil pregnant sebab segala precaution sudah diambil kira, melainkan dengan kuasa Allah sahaja aku boleh pregnant. Tapi bak kata Mar, pantang betul dengar orang pregnant sekarang ni, hati bagai meluap-luap nak pregnant sama. Apatah lagi yang lambat kawin dari aku dah nak menambah angkatan bala tenteranya, padahal anak pertama pun belum setahun, Nurin pulak nak masuk 4 tahun this year...iiskk....kalau aku tak start sekarang, tak terkejar nanti. Kalau Irina dah mula bercakap-cakap dengan patungnya, Nurin dah pakaikan bear pampers sejak dulu lagi, cuma mama dia ni je buat tak paham..heheh..

Jadi macam mana pun, sebelum umur aku 30 tahun which is tahun depan, aku mesti dah concieve lagi sorang, maksudnya sepanjang tahun ni kena la bereksperimen segala untuk memastikan matlamat yang satu ni tercapai dengan jayanya.

so, comments from last entry, aku jawab kat sini je ya ;

mar : saje nak bagi ko suspens...heheh...malangnya takde rezeki lagi Nurin nak ber'adik', jom kita sesaing nak?

xura : alahh...ko macam tahu tahu xura, period aku kan mcm ni, sukati je bebila nak dtg, sekali tu pernah sampai 61 hari lewat, elok je aku nak buat pregnancy test, dia dtg mencurah-curah ...hhmm... macam nak pengsan aku dibuatnya. heheh bukan ko je berdebar, aku pun sama jugak :)

noorul aiza : hi there, ingat!, cuma confused sket sebab rasa dulu macam ada tahi lalat kat atas bibir tu? :)

julia : aku memang teringin beno baby boy, tapi tak kisah la, kalau dah lekat tu, boy or girl aku terima je

zura : psss....thanks la kerana tidak membocorkan rahsia...hehhehe...

ana : hahahah....mesti rasa cam best je nak tambah anak sedara kan? sori le ana, bukan rezeki akak kali ni. hhmm...apa kata kita kasik kakak jalan dulu, ok tak? ;D doakan la akak, next year Nurin dah ada adik eh?

by the way, siapa nak nak join aku pregnant tahun ni? jom laaa.....:)

9 Comments:

At Friday, February 02, 2007 4:08:00 PM , Blogger Cik Ana said...

kak noha, kalau dpt anak sedare lagi satu, nk tgk die bleh ngam dgn uncle bob ke x. hehe. si nurin tu, sebut uncle bob je da semunyik blakang pintu. hampeh

 
At Friday, February 02, 2007 4:42:00 PM , Blogger noha chomel said...

ana : kata kat uncle bob, rerajin la bawak nurin makan foldover + ice cream kat mcd, mesti nanti dia selalu ingat kat uncle bob dia...hehehe

 
At Monday, February 05, 2007 4:59:00 PM , Blogger mommamia said...

wah,ramai nmpknya ibu2 yg dah plan nak membuyungkan diri,jom kita tubuhkan 'the buyungs club' thn ni haha!tu la noha mmg suspen menunggu ko nyer smbngan cite,takpe fren,blom rezeki lg,bg chance kat nurin memanjakan diri semanja2nya hihi-comella pulak pakaikan bear pampers hihi,tu betul dah kemaruk nak adik tu!

 
At Monday, February 05, 2007 5:54:00 PM , Anonymous Anonymous said...

julia : jommmm....nanti bila diaorg masuk sekolah semua sama tahun jek...heheh...tu la, aku harap by end of this year aku dah 3,4 bulan pregnant...in fact method untuk dpt baby boy pun lama dah ready, tinggal belum buat eksperimen jek...heheh

ju, pegi la check, mmg la takde feeling, tapi takut juga nak makan itu ini, atau melasak sana sini, tau2 kang keguguran pulak...

mar : wehh...sesuai tu, the buyung club...hahahha.... hmm...takyah nak manja kan dia, kan main lemak nanti dia, frankly mar, aku tak penah manjakan dia, tapi dia mmg tahu tahu dia cuma seorang, jadi semulajadi manjanya...

bukan setakat pakaikan bear pampers, buatkan bear susu guna bedak pun ada! adeehh...abis bedak sebotol dia tuang ke dlm botol susu...sabo je la...budak nak berkreatif ni takleh nak halang sgt, terbantut kang daya imaginasi, sabo je la..

 
At Tuesday, February 06, 2007 12:57:00 PM , Blogger RaFFLeSiA MeRaH said...

tumpang lalu and nak tumpang peknen same? hohohoh, tapi beta lum kawin lagik, tunggu tahun depan yerk...leh sesaing ngan puan2 hamba sumer...period x regular same ngan haku ni gak...

 
At Tuesday, February 06, 2007 1:02:00 PM , Blogger rafiqaheliza said...

I tokleh nak join the boatlah, dah mem'buyung' last year. Kalau mem'buyung' lagi this year, pening woo! Good luck in getting yourself preggy. Kalau u nak boy, i nak girl sangat, sangat, sangat...

 
At Tuesday, February 06, 2007 2:54:00 PM , Anonymous Anonymous said...

sany : mmg cuberr....dan sentiasa mencuba...hohoho... ehh?..adik najwa tu anak sape la pulak???

rm : cepat ler kawin...apa lagi??hehhe..calon ada tak?

rafiqaheliza : thanks 4 dropping by, takpe, next time punya session, try to get baby girl eh? :)

 
At Wednesday, February 07, 2007 8:49:00 AM , Blogger azura said...

saya nak join! tapi at the end of this year la baru bleh join pun :P

 
At Wednesday, February 07, 2007 1:17:00 PM , Anonymous Anonymous said...

zura : kalau nak join, kena berusaha keras la nampaknya! ;)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home