Tuesday, January 30, 2007

Pregnant??

Masa sibuk-sibuk menguruskan Mila yang morning sickness tu, aku pun sebenarnya lambat period juga. Tapi sebab biasa sangat period tak ketahuan, kekadang awal, kekadang lambat, dan selalunya lambat, aku pun buat tak kisah je la.

Bila Mila dah sihat, dah balik rumah, aku cerita juga yang aku menunggu teman baikku setiap bulan yang tak kunjung tiba ni. Mila tersenyum lebar, katanya “Hah kak! Apa lagi, pergi la test, nanti boleh pregnant sesama” iiskk ke situ pulak dia. Kalau ye pun nak pregnant, tak nak sesama, nanti mak aku tak tahu nak layan mana satu…hehehe….jeles la aku kalau dia terlebih layan menantu dia nanti, Jadi kalau asing-asing, senang sikit mak aku nak layan kitaorang…hehe..boleh gitu?

Bila dah masuk 3 minggu lewat, hubby dah mula concerned, sibuk la dia suruh buat pregnancy test. Aku lak poyo je…heheh…sebab my instinct told me that I’m not pregnant, that’s it. Lagi pun, takde la pulak aku meloya ke, asyik nak terkencing je ke, langsung tak de symptom apa-apa pun, so why worry?

Cuma yang buat aku risau, last month, walau pun jangka masa period aku macam biasa, tapi darah yang keluar tu tidak la seperti biasa, it just like spotting, not as usual. And this month, last Sunday, setelah sekian lama aku menunggu, pun keluar macam ‘spotting’ jek. Risau gak, mana la tahu, kalau pregnant, tapi ada masalah ke, hapa ke kan?

So, semalam aku pergi klinik, itu pun sebenarnya bukan nak buat pregnancy test, hubby yang suruh sebab dia tenguk aku batuk dan dah mula selsema. Memang badan pun sakit-sakit juga ni. Bila dah jumpa doctor tu, aku mengadu la sekali pasal period aku tu.

Doktor tu kata, kalau period yang tidak normal, macam spotting ke, colour berubah sepatutnya merah jadi coklat ke, kena la buat pemeriksaan, takut la servical cancer ke, dan mungkin juga pregnant tapi pregnant yang ada problem, janin tak kuat ke. Memacam soalan yang dia tanya termasuk la sexual routine kitaorang. Sudahnya dia kata, "Well, why don’t u take a pregnancy test, ye la I tenguk pun your daughter dah besar, maybe dah nak beradik ni kot?", selamba je dia cakap sambil senyum-senyum. Hubby plak, tersenyum simpul mengiyakan apa yang doctor kata.

Ok la, alang-alang dah kat klinik, buat je la, senang juga kalau tahu, ni nak plan berdiet ke, nak buat aktiviti lasak ke, nak makan itu ini pun payah, terpaksa berjaga-jaga. Lepas aku kencing, nurse minta aku balik semula ke bilik doctor sebab dia yang akan uji air kencing tu.

Masuk balik semula kat bilik doctor tu, berdebar-debar aku dibuatnya. Kalau ikutkan memang la dah tiba masanya plan aku nak ‘buat’ adik untuk Nurin, cumanya tidak la seawal ni, paling-paling pun end of this year. Tapi kalau dah rezeki, aku terima dengan hati yang terbuka dan Alhamdulillah…

Tiba-tiba, jururawat masuk dan bawak sekali alat penguji kehamilan tu,

"Doktor, ni dia keputusannnya….."



...eerr....bersambung la pulak, tunggguuu.......

5 Comments:

At Tuesday, January 30, 2007 3:11:00 PM , Blogger mommamia said...

ala!to be continued la pulak!cess,aku dah berdebar2 baca smpi ujung skalitu bersambung,bikin suspenla puan noha kita ni hihi!aku rasa cam ade je adik nurin dlm tu kan noha kan?heheh..cpt smbg cite part 2..tak sabar nak tau next episode ni,suspen mcm tgk telenovela la pulaknyer kan haha!

 
At Tuesday, January 30, 2007 5:50:00 PM , Anonymous Anonymous said...

ha'ah la noha.. suspen je... tp aku rase +ve lah.. dh lewat 3 weeks tu. aku pulak yg berdebar2! heheh..

 
At Wednesday, January 31, 2007 11:45:00 AM , Anonymous Anonymous said...

hi noha,
got your link from zaza's blog.
still remember me?
SKTIP & TIGS.

regards
Noorul Aiza ;)

 
At Wednesday, January 31, 2007 1:20:00 PM , Blogger azura said...

hahaha saya dah tau ending citer tu macam mana! :P ssshhh.....

 
At Thursday, February 01, 2007 12:09:00 AM , Blogger Cik Ana said...

ENDING DIA TU MCM MANE???

KAK NOHAAAAAAAA CEPATTTTTTTTTTT BITAUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home