Tuesday, February 06, 2007

Roti oh roti

Bila siang dah makan nasi, selalunya malam kitaorang makan roti je. Kalau malas, roti dengan tuna je, kalau rajin sket, kadang buat kari sardin atau pun buat garlic bread dengan mushroom sup. Bila shopping hari tu, nampak la si ikan dori, hubby kata bole la buat sandwich. Sebenarnya ni dah kali kedua buat sandwich ikan, kali pertama hari tu ikannya sikit sangat, tak puas makan. So kali ni, beli banyak sikit ikan dori, boleh la makan puas-puas.


Sehari sebelum tu, selepas balik dari G*ant, aku perap dulu ikan dori ni. Bahan-bahan perap tu biasa-biasa je, garam, serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan perasa ikan bilis. Semua tabur je, pastu gaul rata.



Sebab takde oven, aku panggang je atas kuali, bubuh la marjerin sket, agak-agak coklat atau kekuningan tu, bole la diangkat.



Ini la rupanya fish grilled sandwich, dalam tu ada ikan dori yang digrilled, daun salad, tomato dan tartar sauce. Kalau nak pedas, bole la tambah sos cili. Aku suka betul salad, sebab tu bubuh sebanyak-banyaknya, hubby kata not bad, kalau tak, takkan ler 10 keping roti habis sekali makan, betul tak? ;P hehehhe



Ini buah tangan dari adik ipar, Ana. Dengar cerita, bangun pukul 5 pagi ya nak buat bun ni? Thanks a lot dear, sedap amat!! Cuma masin sket intinya...ehh...orang kata, kalau kita masak termasin, dah sampai seru nak kawen...ammboiihh...majlis kakak tak settle lagi, dia nak sambung pulak ya...heheh.. Btw, korang boleh dapatkan resepinya di sini ya..


Kalau Irina suka barney, Nurin pulak lebih suka benda-benda teknikal, salah satunya unscrew segala skru yang ada kat rak buku. Bila skru dah keluar, dia pasang balik. Ada sekali tu, basikal dia pun habis dia modified.

Semenjak dah mula sekolah, Nurin suka lebih suka menulis, melukis dan menyanyi, pantang jumpa pensel/pen sibuk mencari kertas pulak. Kalau menyanyi, apa saja yang terlintas, perkataan atau perbuatan, dia boleh jadikan lagu. Ada sekali tu, masa tunggu aku ambil dia dari sekolah, sempat dia nyanyi " Mana Mama, mana Mama, Nurin nak balik, Nurin nak balik" dia ulang-ulang verse tu, sampai jadi lagu, cikgu dia yang bagitau sebab rasa macam kelakar pulak. Tu yang kekadang dalam kereta tak boleh duk senyap, ada je yang dia cuba lagu kan nanti.

8 Comments:

At Tuesday, February 06, 2007 4:40:00 PM , Blogger RaFFLeSiA MeRaH said...

1st komen, yey yey...hohoho..cedapnyer sandwich, lapar lak peyuttt nihhh, ikan dori tu ikan duri yerk? x penah lak wat pakai ikan segar, hehehe...nampak sgt pemalasnye...biasa wat tuna ngan sardin tu jer laaa...dari kecik dah tunjuk minat budak2 skrg ni kan?? tapi kdg2 minat dari kecik, belajar bidang lain, keje ngan bidang lain pulak...hohohoh, x syoknyer kan....

 
At Tuesday, February 06, 2007 5:46:00 PM , Blogger mommamia said...

noha,ko mmg creative la,ade jer idea2 ko pelbagaikan resipi,kalau aku asikla sandwich sadin,sandwich telur,abis grand sandwich tuna kari yg dlm tin tu,dan nak mendahsyatkan dia lg aku letak chesdale sekeping heheh-untung gak ada blog ko ni,boleh la aku tiru resipi pelbagaikan menukan,takla sama jer,tp ikan dori tu ikan apa la?mana nak dpt?aku slalu shopping kat tesco cam tak nmpk jer ikan dori-hah cite psl nurin,aku nak tergelak tgk gmbr dia bukak screw tu haha!aduih penuh kegigihan dan ketekunan tu,she's creative la noha,aku jarang jumpa budak pompuan yg suka bukak2 screw pastu psb blk as what u said basikal dia pun dia bukak!ada harapan nak jd engineer nih!hah bab nyanyi lg tu pun really shows that dia mmg creative,like mother like daughterkn?:)

 
At Wednesday, February 07, 2007 9:02:00 AM , Anonymous Anonymous said...

rm : sandwich mmg sedap, saya mmg suka sandwich sebab takyah nak masak2, semuanya main boh freshly, salad la, timun la, tomato la...hehe..kecuali inti dia la, kalau malas tu yg pakai tuna dlm tin je tuh..

belajar bidang in, keje bidang lain, i think tu biasa. ada org kata, kalau kita keje dlm bidang yg sama kita belajar pun, maybe cuma 20% je yang kita guna pengetahuan tu, after all semuanya kena belajar from the scratch bila masuk keje. apa2 pun, semuanya juga terpulang pada diri sendiri, nak buat atau tidak :)

mar : mmg kena meng'craetive'kan diri la mar, kalau hari2 menghadap benda yg sama, beku gak otak. setakat mknn simple2 ok la nak alter sini sana.

kalau kat pasaraya, ikan dori ni kat bahagian sejukbeku, sebenarnya isi ikan yg difilet dan disejukbekukan. ko kena cari bahgian fish ball ke, burger ke...kalau ko cari kat bahagian ikan fresh mmg tak jumpa

nurin ni kan mar, aku tgk serba bole, melukis, menyanyi, men'dismantle'kan barang, masak (which is potong memotong), menyepah brg mainan jgn cerita la... tapi belum ada satu yg dia betul2 skilled to do. takpe la...aku bagi peluang, nanti lelama bole figure out apa yg paling dia suka kan?

 
At Wednesday, February 07, 2007 10:44:00 AM , Blogger Xura'Z Craft said...

sandwich tu nmpk yummyyy.. 10 kpg roti blh abis, byk tuhh...

nurin ade gaya engineer..

 
At Wednesday, February 07, 2007 1:12:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : a ah, byk! an je sorang keping, aku 3 keping, nurin sekeping....hehehe..engineer??..hhmm...masin mulut ko hendaknya :)

 
At Thursday, February 08, 2007 6:30:00 PM , Blogger Cik Ana said...

nape ana x dpt tgk gmbr2 itu eh?

 
At Friday, February 09, 2007 2:16:00 PM , Anonymous Anonymous said...

ana, try guna internet explorer :)

 
At Saturday, February 10, 2007 10:03:00 AM , Blogger Cik Ana said...

I E yg korox itu? hehe. da cube tapi kuar pangkah je. arghh.. pilih kasih betul la menda ni..saje xnk kasi ana tgk. xpe xpeee..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home