Friday, February 23, 2007

One year older.....

Alhamdulillah, setahun lagi umurku bertambah, dikurniakan Allah kesihatan yang baik, sentiasa dilimpahi rezeki yang tak putus dan kehidupan dipenuhi kasih sayang dari suami, anak, mak, abah, adik beradik dan kawan-kawan. So, apa lagi yang aku nak ek?

Doa aku yang tak pernah putus, semoga aku sentiasa sihat oleh itu, dapat terus bekerja dengan lebih kuat, supaya satu hari nanti aku bukan sekadar berjaya tapi sangat-sangat berjaya, terutama sekali dalam bidang perniagaan yang aku ceburi ni. Doakan aku ye kawan-kawan :)

Sms pertama aku dapat dari rakan sekerja yang juga orang yang telah memberi laluan dalam menceburi bidang perniagaan ni. Ucapannya penuh dengan semangat supaya aku akan lebih berjaya di masa akan datang.

Sebab aku tidur awal, aku tak sedar hubby ada ucap selamat pada aku atau tidak, maybe ada atau aku hanya mimpi, terasa macam ada orang usap pipi aku sambil mengucapkan selamat hari lahir. Ntah aku mimpi atau tidak, terlupa pulak nak tanya hubby tadi. Macam mana pun, selepas aku solat sunat pagi tadi, hubby datang peluk aku, sambil mengucapkan selamat, diciumnya dahi, pipi dan bibirku...hhmmm...dah le dia lepas mandi, pakai tuala je, baju pun tak pakai lagi, nyaris-nyaris tak pergi kerja...heheh...aku rasa itu lah ucapan yang paling romantis, its so sincere sampai terpancar kat mata. Thanks honey, i love u so much!

So far, takde lagi lagi hadiah dari sesiapa dan aku pun tak mengharapkannya, cuma doa yang aku mohon dari korang semua semoga aku terus berjaya. Buat Nad dan Elly, thanks sebab ingat gak ko kat aku, walau pun silap tarikh...heheh...takpe la in advanced gitu.

..................................................

Banyak benda nak update, tapi masa yang tidak mengizinkan. Alhamdulillah, semenjak masuk tahun 2007, rezeki semakin melimpah ruah and i'm still counting :). Lafaz kesyukuran ni hanyalah untuk Allah yang Maha Pemurah dengan setiap rahmatnya.

Bukan Januari, kami dikejutkan dengan berita kehamilan Mila, setelah hampir 3 tahun menanti, akhirnya bakal menimang cahaya mata pada bulan Ogos nanti. Datang Februari ni, hubby dapat berjaya dalam interview kerja dan bakal bekerja di tempat baru pada bulan Mac depan. Alhamdulillah, setelah berusaha bersungguh-sungguh beserta doa yang tidak putus, temuduga sana sini, akhirnya ditawarkan berkerja dengan increment almost half salary from current company. He really deserves it! So now, he is mentally dan pyshically prepare to work there, maklum la bila ada kenaikkan gaji tentu tanggungjawabdan cabarannya pun lebih juga.

Dan benarlah seperti firman Allah dalam Surah Insyirah,
ayat 5 dan 6 yang bermaksud ,
" Sesungguhnya bagi setiap kesusahan itu ada kemudahan/kesenangan"
Betapa Allah menjanjikan kemudahan dan rahmah pada setiap hamba, diulang ayat ini sehingga dua kali dan yang demikian itu hendaklah kita sentiasa berusaha dan mintalah (berdoa) kepadaNya, pasti Allah akan menunaikannya.


Pada aku, kat mana atau apa pun pekerjaan kita, mesti ada cabaran dan tentunya ada ganjaran, betul tak? Macam business aku juga, pendapatan semakin bertambah seiring dengan cabaran yang aku hadapi. Takpe, itu semua resam orang berniaga, cabaran perlu ada supaya semangat terus membara untuk mengejar apa yang diimpikan.

Bulan Mac pulak, family hubby bakal menerima kehadiran orang baru, maksud aku, Syeda bakal berkahwin dengan jejaka idamannya. Alhamdulillah, rezeki juga tuhhh...rezeki orang kawin :). Doakan ya semoga majlis berjalan lancar dan sempurna. Bila dah dekat tarikhnya nanti, akan ku war-war kan di sini.

Jumpa lagi di lain entry :)

4 Comments:

At Friday, February 23, 2007 4:17:00 PM , Blogger mommamia said...

Happy Birthday Noha!semoga pjg umur, murah rezeki, dilimpahi kebahagiaan sekeluarga aminnn..congrats utk an jugak,dpt kerja baru ya?alhamdulillahh..murah rezeki ko sekeluarga..rezeki anak aje ni hah sumer org tgh tunggu, cpt la aku nak kena ada org start ni hihi!

 
At Monday, February 26, 2007 11:15:00 AM , Blogger azura said...

wah...congrates untuk abg an and hepi bday untuk kak noha comel...seronoknya!! keje baru abg an kat ne?
ehem ehem..saya doa satu jek..cpt2 la nurin dapat adik! rezeki gak tu kan... *wink*

 
At Monday, February 26, 2007 12:56:00 PM , Blogger RaFFLeSiA MeRaH said...

hepi belated besday untuk noha....moga dimurahkan rezeki utk tahun2 mendatang...bila dah kawin ader rezeki org kawin, bila dah ader anak ader rezeki anak pulak kan...apepun tuhan tu maha pemurah, sentiasa mengurniakan kita rezeki setiap masa....

 
At Monday, February 26, 2007 4:04:00 PM , Anonymous Anonymous said...

mar : thanks mar, Alhamdulillah, puas dah kitaorg berusaha, org yg berusaha PASTI ada ganjarannya :). tang rezeki anak tu, masih dalam usaha lagi...tungguuuuu....

sany : tenkiu-tenkiu... :) mmg ler sany, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat cari rezeki, camne suka pun ngan tempat lama, diri sendiri mesti ada perubahan dan peningkatan, baru la ada cabaran :)

insyaAllah, tahun depan 'beradik' la nurin, doakan kami yek!

zura : thanks zura, abg dpt keje kat PJ, ntah2 lepas ni selalu la lalu depan umah zura :)

doakan la nurin dpt adik next year, silap2 saing kita berdua nanti :p

RM : thanks, mmg Allah tu Maha Pemurah, sebagai hamba kita kena berusaha dan minta padanya, baru lah Allah bagi apa yg kita nak :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home