Tuesday, March 27, 2007

Our Little Pari-pari

Sejak masuk tahun 2007 ni, jarang dah aku bercerita pasal Nurin kan? Sementelah aku pun dah jarang meng’update’ blog ni. Sebenarnya, banyak perkembangan terbaru pasal my little princess especially sejak masuk sekolah (taska).

Sebulan di taska, Nurin dah boleh menghafaz Al- Fatihah. Bulan kedua dah boleh baca surah Al-Ikhlas dan sekarang bulan ketiga dan boleh baca bacaan dalam solat macam bacaan rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud. Memang la bacaannya tak clear lagi, tapi bila dia baca tu, kita boleh faham.

Dulu-dulu masa ambil keputusan nak masukkan Nurin ke taska, aku cuma berharap Nurin dapat bergaul dengan rakan-rakan sebaya, ni kira kes underestimate anak sendiri la nih. But now, Alhamdulillah, Nurin dapat lebih dari tu. ABC dah ok cuma ada satu dua huruf tertinggal, mengira dalam bahasa inggeris dah sampai 20, tapi selepas 15 dia akan sebut tiga tin, empat tin… heheheh…. First time dengar, tergelak aku dan hubby. Bila nak betulkan, marah pulak tu.

Selalu juga aku ambil masa berbual-bual dengan cikgu-cikgu Nurin di sekolah, sebab aku nak tahu macam mana dia bergaul, macam mana perkembangan pembelajaran dia. Kata cikgu, Nurin cepat belajar dan faham apa yang cikgu tanya atau kata, sebab ada juga budak baya Nurin, masih tak boleh faham apa yang cikgu tanya, setiap kali cikgu tanya dia hanya akan kata ‘dia nak main’. Kesian juga kat budak tu, sebab kata cikgu ibu bapanya orang bijak pandai juga.

Sekarang ni, Nurin lebih banyak masa dengan aku, sebab aku yang hantar dan ambil dia pergi sekolah. Ada je benda yang dia nak cerita kalau dalam kereta tu, kekadang letih juga nak melayan. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya, kami jadi lebih rapat.

Hubby pulak, sejak kerja baru, pagi-pagi dah keluar, pastu lewat petang baru balik. Kalau pergi site, kekadang sampai malam. Yang tak tahan, sekarang ni dah mula pakai kemeja dan tali leher, hhmm…nampak hensem la pulak…iiskk…risau gak, kang ada pulak orang ngorat dia (bukan dia mengorat orang lain tau..)…hehehe… Tapi aku percaya kat hubby, takkan la dia nak buat macam tu, betul tak honey? Anyway, try la lerr buat tak senonoh, tau ler balasannya nanti.

Jemput ke sini untuk gambar terbaru si pari-pariku ini :
http://saifulnang.fotopages.com/?entry=1116925

5 Comments:

At Wednesday, March 28, 2007 9:46:00 AM , Blogger mommamia said...

bagusla taska nurin,byk nurin dah tau and belajar,tp benda ni bergantung kat budak2 jugak,cikgu bagus,budak terang hati cptla dpt apa yg diajar,alhamdulillah,nurin kategori terang hati,kalu nak harap cikgu jer bagus tp budaknya kurengg pun tak jadik jugak-mesti best kan noha bila peringkat dah dpt berbual2 dgn anak ni,aku ng irina tahap berborak tu takde la,tp kalau kita tanya dia pandai la menjawab sepatah dua hihi-puan noha,ayat last tu mcm lain mcm jer bunyik hihi,biase la noha,kita ni kena gak ada cemburu skit2 kan,kalau tak cemburu maknanya tak syg,tp org laki ni kalau dah pakai shirt ng tie fuhh,mmg cair tgk!segak gitu!tp aku cair kat laki sendiri je tau,laki org aku tak cair!haha!

 
At Wednesday, March 28, 2007 12:33:00 PM , Anonymous Anonymous said...

julia : ibu mana yg tak berharap anaknya bijak pandai, nak kata anak sendiri pandai tu, kang org kata berlagak, but setakat ini, pencapaian nurin bagus, Alhamdulillah. jasmin nanti kalau umo dia 4 tahun dah boleh bercakap dan mengikut kata, hantar je taska, skrg ni tak pelik kalau budak 4 tahun pun dah bole membaca

mar : mmg seronok dapat berbual dgn anak ni, secara tak langsung ko menyelami isi hati, pendapat diaorg, and u'll be surprise sebab apa yg diaorg ckp kekadang ada betulnya tak pun, apa yg diaorg kata tu bole buat kita berfikir balik. its not just two way communication, its more than that!

aku ni mar sebenarnya, bab cemburu mmg kurang sebab aku percayakan husband aku dan aku fikir tak sebab hubby nak buat tak senonoh. tapi itu dulu la sebab dulu pg keje pakai jeans dgn t-shirt kolar je, skang ni sejak dah ensem skit, aku rasa org lain tgk pun bole cair, hubby tu tak pandai mengorat, tapi kemungkinan org nak mengorat dia ada! tu yg aku risau...heheheh...

 
At Wednesday, March 28, 2007 3:18:00 PM , Anonymous Anonymous said...

cepat btl nurin captured pelajaran dia. kecik2 dh pandai ngaji n sembahyang. hmm.. camne lah nurin boleh dpt perkataan tiga tin tu, bm + bi. kreatif.

btw, zaman skrg ni noha, pompuan2 pantang nmpk lelaki smart, x kira bujang ke laki org, asal ade gaya + $$, mula lah nk tackle. but dun wori, best woman win! ;)

 
At Thursday, March 29, 2007 4:08:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : tu la, selalu underestimate anak sendiri, sebenarnya bebudaknya masa umo 1-6 tahun ni la kalau nak ajo everything, sebab masa ni otak dia macam span, semua boleh absorb. aku setuju dgn ko, best woman win!!!

sany : masa nak cari sekolah untuk nurin tu, makan seminggu dua jugak, 2,3 sekolah aku survey, pastu tanya kengkawan gak. so, ni recommendation kawan dan juga survey la ni, Alhamdulillah, cikgu2nya mmg ada wawasan, siap ada milestone sekali utk pelajar2nya.

pasal an, aku tahu dia pun macam ko setia pd yg satu, tak gitu?? ;P

 
At Monday, April 02, 2007 11:10:00 PM , Anonymous Anonymous said...

TIGA TIN!!! hhahahahaha. pas ni twenty dua .. thirty empat!

mcm nk uli2 je budak tu.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home