Wednesday, April 11, 2007

Topik dah basi...iiskk...

Lama dah aku simpan topik ni, tak ter'update' je. So, lepas ni, bebas la aku dari berhutang dengan korang yang menge'tag' aku ni ye :). Dan selepas entry benda-benda pelik pasal diri aku ni, aku pun tak nak le men'tag'kan orang lain pulak. Ok, kita tenguk, pelik ke apa yang aku senaraikan ni ye??

1. Berjalan laju…. Ini memang tak boleh kontrol. Aku rasa rimas kalau jalan berlenggang kangkung. Masa dating dulu-dulu, selalu juga hubby tertinggal kat belakang…eerr…sekarang pun macam tu jugak…hehehe. Masa lepas bersanding, nak gerak ke meja makan beradap, aku juga yang meluru dulu, sampai hubby yang pegang tangan aku “eh, kita kan pengantin, jalan le slow-slow…opss!”. Masa pregnant pun sama, ada juga yang menegur, tak pun bila lalu depan orang aku slowkan sket, bila orang dah takde aku laju balik. Aku rasakan aku dapat habit ni bila aku masuk asrama. Minggu orientasi tu, siapa yang lembab, jalan terkedek-kedek, harus menjerit senior sampai nak keluar anak tekak. Pastu bila masuk u pulak, aku jalan bertambah laju sebab kalau kelas start pukul 7 pagi, kekadang tu, pukul 7.45 baru aku bangun…hehehe..maklum la, buka pintu rumah, dewan lecture depan mata

2. Senang tertidur….. Aku kalau mengantuk, takdenya menguap ke, kelat-kelat mata ke, mengantuk je, tak berapa saat aku dah boleh tidur! Sekarang lagi la dahsyat, anytime pun aku boleh tertidur. Environment kerja sekarang yang memerlukan aku jumpa client dan orang ramai, bila mengantuk masa memandu, aku akan berhenti dan tidur. Pernah sekali aku berhenti kat Petronas sebab mengantuk, sekali tu bila tidur dekat setengah jam! Masa yang diperlukan untuk menghilangkan ngantuk ni sebenarnya tak lama, paling sekejab 10 minit pun boleh, dengan syarat tak boleh bertangguh, ngantuk mesti tidur or else nanti aku sakit kepala, tak pun ada satu masa tu hampir-hampir aku masuk longkang sebab aku mengantuk masa memandu!

3. Suka makanan pedas….. Aku membesar dengan makanan yang pedas-pedas macam asam pedas, sambal belacan dan sambal kicap. Macam sambal kicap, kat rumah mak aku, sentiasa ada sebalang sambal kicap, bila habis kat meja makan, tinggal to up je, tak pun bila kitaorang adik beradik balik, kitaorang pau mak punya sambal kicap…hehehe.. Kalau tak makan pedas tu, sungguh la tak bermakna, sampai kan kalau takde sambal atau tak sempat buat, patah cili api buat ulam pun ok, janji pedas!

4. Ramah tamah…..siapa yang kenal aku, memang ler aku ni becok sungguh bercakap. Tak kira siapa, walau pun orang baru aku jumpa, kat padang permainan ke, kat toilet ke (tgh tunggu giliran ler ni), mana-mana pun, aku boleh memulakan perbualan. Ada je yang aku tanya atau tegur…hehehe…bukan busy body tanya personal life ye.. yang biasa-biasa je dan tenguk juga situasi masa tu. Ada kekadang tu, sampai boleh berkawan. Alhamdulillah, aku tak anggap benda ni pelik, aku rasa ini anugerah, dengannya, senang aku nak buat business.

5. Suka gigit…especially lengan Nurin. Aku kalau geram, mula la nak menggigit, pantang la nampak babies yg comel-comel tu, tak dapat gigit baby lidah dengan bibir sendiri aku gigit. Nurin pun redha je kalau aku gigit lengan dia. Iiskkk…takde la gigit kuat-kuat, gigit manja gitu.

6. Meratah lauk….. bukan setakat lauk, tulang temulang ikan/ayam/daging semua aku ratah. Nyummm…sedap! Kalau makan ikan goring yang garing-garing tu, selalu yang tinggal kepala dengan tulang kat badan tu, sirip la, tulang yang tepi-tepi dengan ekor sekali habis licin aku ratah. Kalau beli ayam, bahagian tulang-tulang tu, memang aku dah cop dulu, daging-daging semua aku bagi kat hubby.


Dan untuk pengetahuan korang, semua yang di atas sudah mula diwarisi oleh Nurin…hehehe…kecuali bab gigit menggigit tu. Haiii… mana la tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan??

5 Comments:

At Wednesday, April 11, 2007 4:56:00 PM , Blogger azura said...

uish dasatnya suka menggigit....agak2nya abg an tu bp kali la kene gigit dalam seminggu ek? *LOL*

 
At Wednesday, April 11, 2007 5:30:00 PM , Anonymous Anonymous said...

bab sambal kicap tu, sama lah ng aku. kt rmh, mesti ade simpan sebekas. abis je, buat lg.

 
At Thursday, April 12, 2007 12:03:00 PM , Blogger mommamia said...

Noha:haha!suka menggigit ya,tp mmg geramkan tgk kalau baby yg chubby,esp yg lengan berketul2 tu pastu pipi lak mcm pau,mmg gerammm!!mcm ko ckpla tak dpt gigit baby,gigit bibir sendiri jadikla hihi-noha,aku pun suka ratah tulang ayam esp tang rib ng kepak,abis tulang tu kdg2 aku gigit sampai hancur,bab2 isi kental mmg bg hubby la and bab ramah tamah tu tak dinafikan,ko mmg ramah!mesra alam gitu hihi,nurin dah besar mmg confirm cam mama dia la ni

 
At Saturday, April 14, 2007 8:47:00 PM , Blogger Cik Ana said...

nurin x mewarisi yg gigit tu. tapiiiiiii

asal dia suka buat dram saya punya montot?

sapa start dulu tu?

 
At Monday, April 16, 2007 9:53:00 AM , Anonymous Anonymous said...

zura : ohhh...biar la rahsia..;P

xura : best kan sambal kicap, kalau aku, apa2 pun bole makan dgn sambal kicap ni. ko pakai cili api ke lada merah? kat umah mmg kitaog guna cili api...hhmm...mmg pedas!

mar : best2...lain kali kita jumpa pi kfc ke, bole la tgk sape juara meratah yek...

julia : ko mmg sahabat sejati, luar dalam pasal aku semua dlm tgn eh...hehehe....meh arr turun kl, leh lepas rindu kat semua org...:)

cik ana : mesti ada something special dgn itu montot dan yg pelik tu, ur montot je. org lain punya dia tak usik...musykil kan?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home