Friday, April 13, 2007

4 ways to increase our intelligence

Apa yang bakal aku curahkan kat sini aku dapat dari kelas motivasi. Aku rasa apa yang aku nak sampaikan ni sangat berguna sebab tu aku nak kongsi korang semua dan besar la harapan aku, agar korang dapat mengaplikasinya dengan sebaik mungkin.

Hari tu, motivator tu tanya apa maksud intelligence, ramai la orang yang menjawab kepandaian atau bijaksana. Hakikatnya ialah, intelligence means ability to get what you want (keupayaan untuk mendapatkan apa yang kita mahu) and of course dengan cara yang betul/halal. Dan apa yang aku belajar malam tu, 4 ways to increase our intelligence.

Langkah yang pertama, CLARITY. Mesti JELAS dan FAHAM apa yang kita mahu. Contohnya, katalah nak kereta, senaraikan/jelaskan kereta macam mana yang kita nak, e.g ‘Saya nak kereta BMW, warna biru metalik and first hand’. Kalau dari income pulak, set in your mind, berapa income yang you nak dan ini mesti lebih jelas.

Kedua, CONCENTRATION. Apa yang kita nak tu, kena concentrate, focus, kalau boleh difikirkan hari-hari. Bila dah fikir hari-hari akan datang pula persoalan, apa, bagaimana dan apa jua persoalan yang berkait dengan apa yang kita nak. Usaha-usaha akan datang selepas itu dan bila atau macam mana nak dapatkannya, leave it to Allah. Cumanya make sure kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang kita nak tu.

Ketiga, ABILITY TO KEEP OPEN MIND. Maksudnya, memiliki minda yang terbuka. Hanya dengan minda yang terbuka je, kita akan mampu berfikir mencari jalan untuk melakukan banyak perkara. Dengan minda terbuka juga, kita memahami banyak perkara dengan persepsi yang berbeza dan akan lahir la banyak idea.

Terakhir, SYSTEMATIC APPROACH / ORGANISE THINKING. Contohnya, bila ada sesuatu masalah/cabaran apa yang kita perlu buat, pertama tulis dengan serta-merta masalah/cabaran tu. Secara logiknya, bila kita menulis di atas kertas masalah/cabaran, kita dah keluarkan masalah/cabaran dari minda kita. Oleh itu, minda kita boleh releks. Bila minda dah releks, akan fikir banyak idea dan boleh berfikir macam mana nak selesaikan masalah/cabaran itu. Kedua, bila fikiran dah lapang, boleh la pulak kita senaraikan pilihan-pilihan yang kita ada. Sebabnya setiap masalah/cabaran PASTI ada penyelesaiannya.

Mungkin juga ada yang tak beberapa jelas kat atas tu, jadi aku mengalu-alukan persoalan-persoalan yang timbul dari entry ni. Dan kalau ada yang malu-malu nak tanya, you can personally call me at 013-7708355 or email ne at noha_mdsupian@yahoo.com.

Keputusan adalah penyelesaian terhadap permasalahan.
Bila minda dah buat keputusan, kita akan dapat apa yang kita inginkan (this is very true..)

Your past is not equal to your future and..
Your future is your action from now..( Anthony Robbin)

So, my dear friends, make up your mind and lets move it!!

3 Comments:

At Monday, April 16, 2007 9:48:00 AM , Anonymous Anonymous said...

4 steps ni lah yg aku slalu buat kalo kitorg ade target & utk organise financial kitorg. even, every mth pun, buat menda yg sama.

so far, alhamdulillah, ade yg dh dpt dicapai.

 
At Monday, April 16, 2007 10:56:00 AM , Anonymous Anonymous said...

xura : wahh...patut la, semuanya seems organise jek...ehh..lain kali benda2 baik share2 la yek...

 
At Tuesday, April 17, 2007 11:46:00 AM , Blogger mommamia said...

mmg bagus kalau 4steps ni kita aplikasikan dlm life,aku rasa aku byk ter'miss' step 2 which is concentration-aku slalu ilang fokus bila dah tengah2 jalan even tak dpt lagi achieve target, aku jenis nak end result tu nmpk cpt,bila still tak dpt lg mcmana yg aku target,aku mudah give up,cth paling sng n simple psl facial treatment-aku beli produk complete set,pastu seminggu dua aku bersemangat buat la semua treatment regime ie toner,moisturise,scrub, mask bla bla,masuk minggu ke3 result tu cam tak nmpk sgt and aku start la culas/ngelat,buat tak buat jer kdg2 basuh jer muka,mask ke scrub ke tak buat dah..sampai ke sudah aku tak dpt capai end result yg sepatutnya produk tu dpt bg sbb aku hangat2 taik ayan,tak fokus tak sabar and tak konsisten..mmg bad habit,aku patut buang habit ni kalau nak jadik maju..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home