Wednesday, May 16, 2007

Selamat hari guru, Cikgu!

Pergi sekolah naik teksi,
Teksi milik En. Sugu,
Buat cikgu-cikgu yang dedikasi,
Selamat Hari Guru!


Walau pun aku dah takde kena mengena dengan alam persekolah, tapi bila dah ada anak yang bersekolah ni, kena la join anak sekali sambut hari guru.

Selepas masa ambil Nurin dari sekolah, cikgu dah pesan siap-siap, esok (hari ni) kena pakai baju kurung sebab ada sambutn hari guru. Pastu cikgu ada kirim surat sekali, surat tu sebut penghargaan buat ibu bapa yang join sukan sekolah (dasat eh, sekolah tadika ada suka sekolah, will update later) dan meminta ibu bapa menyediakan sedikit juadah untuk hari ni. Dalam kepala aku dah berkira-kira, nak kena bagi cikgu hadiah ni, since masa sukan sekolah tu aku tak contribute apa-apa pun..iiskk...kes sibuk sangat la bekerja kononnya, dan sukan pun last minute baru cikgu informed. So, bila masuk je kereta aku terus tanya Nurin...

Nurin, cikgu ada 4 orangkan, siapa nama cikgu?

Cikgu Shima, Cikgu Ha, Cikgu Nor ....hhmm.... siapa ek nama cikgu tu...Nurin lupa la mama, tapi dia banyak jerawat!

(Haiiisshh...budak ni, jangan la dia sebut tang banyak jerawat depan cikgu, kata aku tak ajar pulak mulut dia yang laser nih...iisshhh)

So, semalam kitaorang dinner kat luar, pastu terus ke Jusco cari hadiah dengan cari la juadah apa nak bagi kat cikgu, tak larat la pulak nak masak pagi-pagi esok, jadi beli je senang.



So, ini la hadiah-hadiah untuk cikgu-cikgu Nurin. Kalau la cikgu-cikgu Nurin ada terbaca blog aku ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana mendidik Nurin selama ni, and i'm very proud of what Nurin has achieved till today. Terima kasih cikgu (sila baca dengan berlagu-lagu macam kat sekolah dulu bila habis kelas)


Ucapan Hari Guru ini juga buat semua cikgu-cikgi di luar sana, Siela, Julia (walau pun ko lecturer, kira mengajar la jugak kan?), Rufi and others, yang tak tersebut nama tu, sori ek. Tak lupa buat ibu mertuaku, Puan Halimah Shaaban, you guys did great job!

2 Comments:

At Thursday, May 17, 2007 12:31:00 PM , Anonymous Anonymous said...

TQ..TQ...
aku pon dpt ucapan dr stud aku...
hehhe..
ye lah lepas kena laser ngan aku..
bebuat ler baik..
nak carry marks tinggi...

takde la sampai dpt hadiah....

aku suka gak post aku nih..
w/pon mungkin ia tak glamour..
tp aku happy..cari mkan sesambil
buat amal jariah....
hehhee..
bila pikir balik sbb ader guru le..
kita jadi ape diri kita sekarang..

tp aku heran akak aku si WIN tuh.
tak suka jd cikgu..
pada aku profession itu sgt sesuai dengan org pompuan dan sgt mulia..

 
At Friday, May 18, 2007 5:07:00 PM , Blogger mommamia said...

Wah Noha,ko dah a bit advanced dr aku,zura ng ju,ko dah kena celebrate hari guru hihi,ye la anak dah sekolahkan,mmg camni la pun,2thn lg aku, zura,ju pun ikut sama menyusul la sbb anak dah sekolah-Ju,selamat hari guru gak!mmg profesion guru ni mulia and sesuai ng org pompuan,aku dulu berangan nak jadik lecturer mcm ju tp tak kesampaian huhu..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home