Makan-makan lagi
Selepas 7 hari kelahiran Afiq, Jon dan Mila buat akikah dan cukur rambut untuk Afiq. Majlis tu dibuat di Kodiang, Kedah dan tak dapat la kitaorang pergi sana untuk meraikannya. Tapi bila balik tu, mak Mila ada bekalkan sikit daging kambing untuk kitaorang.
Ini daging kambing yang dibekalkan tu, ada bahagian tulang belakang, daging dan paha. Aku just ambil bahagian tulang sebab nak buat sup tulang.
Kalau sup tulang mesti la ada daun sup dan daun bawang, bawang goreng dan yang paling penting sekali sambal kicap.
Demo menghirup sup oleh cik kak kita, aku yang tenguk lagi sekali gambar ni pun terliur...iiskk...nak kena buat lagi nih.
....................................................................
Pizza lagi.....
Sup tulang kambing dengan kentang dan lobak merah.
Ini la rupanya lepas makan, seketul tulang pun takde yang tinggal, habis licin! Hubby yang takut-takut nak makan pun, bertambah berkali-kali. Kata Jon, ni daging kambing kampung, takde lemak. Memang betul pun, selalunya kalau sup dah sejuk, mesti ada lapisan lemak atas sup, tapi kali ni memang takde.
....................................................................
Pizza lagi.....
6 Comments:
alamak... kambingggg... syioknyeee... nyummmyyyy..
roti arab tu ade jual kt bp x?? kalo ade, kat mana? mmg leceh nk buat doh.
kambing mmg best! aku start suka kambing sebab ko le yg mengajar nya...hehehhe
kalau takde roti arab, ko beli roti nan, sama je, cuma nan mungkin liat sikit
kambing aku tak brape..
lembu n ayam bole laa...
nak cuba pizza ko lah....
eemmmmmmmm...
julia, try la kambing best woooo...sup kambing, briyani kambing, infact kebab kambing pun best. cumanya kena pergi makan tempat yg betul la, sebab kekadang tu, cara masakan buat kambing tu tak sedap. lagi satu daging kambing lebih baik berbanding daging lembu dan ayam, ayam lagi la, byk hormon and antibiotik! iiskk....
kambing lak, makan kambing kampung (mutton) jgn makan kambing biri2 (lamb), yg lamb tu yg high in kolesterol.
aku sama mcm ju tak mkn kambing,tp tgk gmbr sup ko msk ni,terliur lak,terus rasa nak try kambing-ko msk sup dia mcm biasa ke noha?takde hamis ke apa?org ckp kambing ni nak kena pandai msk,silap gaya rasa hamis dia tu tak hilang,tu yg aku tak pernah mkn tu..
mar,
kata bapak mila, hamis ke tak tu bergantung dgn cara sembelihan, cara masak pun ia juga. since aku dapat kambing yang tak hamis sgt, jadi masak pun cam biasa je, cuma masa rebus tu bawang putih dgn halia tu lebih sket.
lagi satu ko try tumis darat, maksudnya ko rebus daging dgn halia dan bawang putih, tapi bawang, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis, pelaga ko tumis asing, bila dah garing dan wangi baru ko masukkan dalam rebusan. bubuh gak sup bunjut dan rempah sup (aku selalu guna brand mak siti)
ko try la briayani kambing, kat sri serdang, sederet dgn restoran al azwath, dekat dgn roundabout dan pusat servis perodua...sedaaaappp....hehehhe...so far itu je la yg best kalau terdesak sgt nak makan briayani kat kl ni.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home