Saturday, September 15, 2007

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah dengan izin-Nya, aku diberikan kemudahan dan kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa. Sebenarnya sehari dua sebelum bermulanya puasa macam sedar tak sedar je dah nak masuk Ramadhan, kalau tak kerana iklan raya (huh...puasa pun belum iklan bukan main lagi), macam tak rasa apa-apa.

Makna dan pengertian Ramadhan dan menjalani ibadah puasa pun semakin berubah selari dengan peningkatan usia (iiskk...rasa cam tua beno la pulak bunyiknya), tapi itu la yang aku rasakan sekarang. Dah takde rasa seronoknya berpuasa sebab nak beli makanan di bazar ramadhan atau pun bershopping untuk raya. Apa yang aku rasa hanya la kesyukuran kerana diberi peluang untuk merasai Ramadhan kali ini.

Selain dari itu, Ramadhan kali ini juga memberikan pengertian yang berbeza seperti

- aku lebih fokus untuk bekerja sebab tak sibuk nak melayan perut yang lapar, bila lapar kena makan, bila makan mula mengantuk dan datang le malas!


- lebih fokus untuk beramal ibadah kerana ini la bulannya yang terbaik untuk kita meraih seberapa banyak pahala kerana setiap amalan sunat mendapat pahala wajib dan setiap amalan wajib mendapat pahala 70 kali ganda. So, kira la berapa banyak pahala dari setiap amalan kita. Azam aku nak buat terawih tetiap malam (macam azam tahun-tahun lepas) tapinya mesti la kantoi especially bila balik kg, dah berbuka sedap, makan tak ingat punya, lepas tu tersandar...hmmm....so, terawih pun ntah ke mana!

- jadual harian lebih teratur, sempat masak, masak, tak sempat beli je, bila makan awal, ada masa nak melayan Nurin belajar dan dapat berterawih juga bertadarus.

- berdoa bersungguh-sungguh, tak kira apa pun yang kita nak, masa ni masa terbaik untuk berdoa terutama sekali pada Ramadhan ke 10 terakhir nanti. Jadi, jangan lepaskan peluang, cari la masa untuk kita beramal ibadah selagi terdaya (kerja juga ibadah, jadi kerja la bersungguh-sungguh). sekurang-kurang bila berlatih membuat kebaikkan, insyaallah akan berterusan walau pun Ramadhan berlalu nanti

- juga dapat ler aku mengawal pemakanan aku dengan berpuasa dan bersenam bila berterawih. Ni je la jalan yang aku nampak untuk berdiet. Kalau waktu-waktu lain tu, rasa cam takde masa nak bersenam-senam, jadi berterawih pun boleh buat badan berpeluh-peluh, kira bersenam la tu.

Apa pun, aku rasa seronok bila kemunculan bulan Ramadhan ni, kalau boleh biarlah lambat ia berlalu, tak sanggup nak melepaskan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ni kerana ntah panjang umur atau tidak untuk bertemu dan melaluinya lagi di tahun depan.....

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua :)

5 Comments:

At Monday, September 17, 2007 9:00:00 AM , Anonymous Anonymous said...

selamat berpuasa..

dh msk ari ke-5 pose, selera msh cam biasa. pi bazar pn x tau nk mkn ape. agaknye sbb dh t'biasa diet ari tu.

aku pn cita2 nk terawih full. tp tu lah kalo dh buka kt rmh pesta, blk dh jauh mlm, dh miss terawih. alasan penat. ni lah dia, bln pose syaitan x de, tp diri sendiri yg 'tumbuh tanduk'. heheh

 
At Monday, September 17, 2007 10:41:00 AM , Blogger mommamia said...

Selamat berpuasa noha-aku mmg teringin nak bertarawih tak dpt full dpt beberapa hari esp mlm 10 terakhir pun jadikla,taknak la lnsg miss mcm thn lps,aku kalau nak buat kena tnggu irina tido,kalo tak tido mmg la tak boleh nak sembahyang even aku sembahyang fardhu abis sengayut sana sini atas badan-masalahnya bila tnggu dia tido jwpnya pukul 11 lbh la,masa tu mata pun dah berat,hiash mcm2 la alasan aku kan hihi tp tu la hakikatnya,bak kata zura syaitan bln puasa kena ikat,diri sendiri pulak yg buat hal-ko camne adjust noha?tp aku tgk nurin ok,behave je dia,so maybe ko terawih dia tak kacau kot-masa ni la aku wish aku duduk ng parent so ada org boleh jaga irina kalau aku nak bertarawih huhu

 
At Monday, September 17, 2007 1:25:00 PM , Anonymous Anonymous said...

emmm..
aku pon sama..
alah sebenonya boleh je nak suruh
yot jaga jas...tp yot n kak ipar
aku kan tgh sarat....
mak aku lak siang da penat jaga dia..
kalo nak buat kat masjid..
emmm tak dapek la...

nak cuba buat sendiri kat umah..
laa..
terasa gak rugi....

 
At Monday, September 17, 2007 11:41:00 PM , Anonymous Anonymous said...

xura : tu la, tanduk diri sendiri yg takleh nak kawal kekadang tu

mar : nurin ni mar, sejak baby aku dah latih dia tido pukul 8 mlm, kalau berjaga pun, selalunya untuk minum susu, pastu tido balik. jadi masa sejak tahun2 lepas mmg dia dah tido kalau aku solat terawih tu. cuma tahun ni je, dah besokan kena la guna psikology sket. selalunya aku suruh dia baring, cuba tido tapi sampai aku abih solat, tak tido pun, satu jela yg aku bersyukur sgt, nurin ni mengikut kata. kalau tak nak tido pun at least dia baring, tergolek la kanan kiri, lagi pun kalau dia nak buat apa2 dia akan tanya aku dulu, aku approve baru la dia buat. kalau dia buat gak...alamat grounded la!

julia : buat la ju, setahun sekali je, lagi pun kalau tak larat buat ler 8 rakaat dgn 3 witir. paling lama pun setengah jam je, sure u can!

 
At Tuesday, September 18, 2007 4:07:00 PM , Blogger Puteri Satu said...

lamatak visit blog nih...nurin dah ok ke? stil nak botol lagi ke dia..? sedapnye tengok makanan kat bawah nih..nak-nak plak bulan puasa nih...adeh perut pun dah berbunyi ni..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home