Sunday, October 07, 2007

Dugaan di bulan Ramadhan

Tak senang duduk aku kalau tak jumpa Afiq beberapa hari, Kakak Nurin pun sibuk je bertanya bila nak pergi rumah Afiq. Kalau dah rindu sangat, hp aku la menjadi mangsa. Ada beberapa video clips Afiq dalam tu, diulang la berkali-kali sampai habis bateri!

Nampaknya bulan ni tak 'sesmooth' yang dirancangkan. 3 kali Syeda masuk hospital due to komplikasi mengandung. Yang menariknya, masa di Pusrawi, Syeda diberi toiletteries, syampu, sabun, bedak, sikat,berus gigi dan jangka suhu pun ada. Macam duduk kat hotel pulak.

Bukan setakat barang keperluan diri je, senaskhah Taksir Al-Quran juga diberikan masa keluar dari hospital. Bagus betul hospital ni kan, dalam merawat pesakit sempat buat amal jariah dan berdakwah.

Apa pun, aku minta korang semua doakan keselamatan dan kesejahteraan Syeda dan baby hingga sampai waktu bersalin nanti. Juga kami semua diberi kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian di bulan yang penuh dengan keberkatan ini, isnyaAllah.

2 Comments:

At Tuesday, October 09, 2007 3:32:00 PM , Anonymous Anonymous said...

muka anak buah ko mcm muka adik ko. dh blk kl ke?? dh abis pantang ek?

mesti best servis pusrawi ni. mahal x?? kalo kt bp ni ade pusrawi ke ape2 spital b'salin islam kn bagus.

 
At Tuesday, October 09, 2007 4:39:00 PM , Anonymous Anonymous said...

sebenarnya, macam bapak aku pun ada...heheh...muka tembam bersegi...heheh... mila kat kg 3 minggu je, pastu pantang kat sini, nasib baik la jon tu 'super-abah', berak, kencing, jaga malam semua dia, mandikan afiq pun sampai sekarang jon yg mandikan

package bersalin normal Rm1500, tambahan kalau amik epidural ke, caesar ke, satu mlm bilik 4 org lebih kurang RM160++ kalau tak silap la. aku rasa dulu mar pun kat pusrawi, leh tanya dia nanti.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home