Monday, February 27, 2006

Hadiah hari lahir


"Aisey, rasa nak k*ncing la pulak " Aku menoleh sekilas ke arah jam dinding, baru pukul 4.20 ptg.

"Jab lagi la, abis sket la, pastu bole la pergi toilet dengan pergi solat sekali" getus hatiku.

Buffer yang aku buat hampir siap, aku pun angkat semua peralatan yang dah digunakan untuk dibasuh. Dalam perjalanan nak ke sinki, tiba-tiba aku terasa ada air hangat yang mengalir di celah-celah kelengkangku.

"Eh, apsal aku takleh tahan nak k*ncing ni?"

Aku rasa panik, air apa yang keluar nih dan apa yang aku harus buat. Kat lab masa tu cuma aku dan seorang labmate yang baru je masuk keje 2 bulan, labmates yang lain masih sibuk bekerja walau pun sudah hampir waktu balik sebab ada samples baru sampai.

aku capai handset, terus called mak. "Mak, ada air keluar, warna jernih" masa tu suara macam keluar tak keluar je.

"Eh kak, biar betul ni, air ketuban ke?"

Bila dengar mak aku kata macam tu, aku dah rasa seram sejuk. Maunya tak seram sejuk, due aku patutnya 8hb April, sekarang ni baru 26hb Feb, macam mana ni....


*******************************************


Aku melangsungkan perkahwinan pada 15hb Jun 2002 sehari selepas hari lahir hubby. 3 bulan selepas nikah aku disahkan pregnant 2 bulan. Perasaan aku masa tu bercampur baur, suka sebab akan mendapat buah cinta kami, sedih sebab aku rasa macam belum cukup bersedia fizikal dan mental.

Walau macam mana pun aku mendapat sokongan yang tak berbelah bagi dari keluarga kedua-dua belah pihak, maklumlah anak aku nanti bakal menjadi cucu pertama untuk 2 buah keluarga, juga cicit pertama untuk nenek-nenek kami. Hubby juga gembira, walau pun debaran untuk menyambut anak sulung tak dapat disembunyikan.

Pengalaman mengandung sulung bagi aku amat memeritkan. Bagi trimester pertama, aku bagaikan tak bole nak menjamah makanan, apa yang masuk pasti akan keluar semula. Masuk dapur lagi menyampah, tak bole cium bau nasi yang sedang tanak atau bau minyak untuk menggoreng. Masa tu, kalau mak aku datang, aku cukup suka, sebab mak akan mengambil alih tugas aku memasak. Yang paling teruk tu, bau hubby pun aku nak termuntah. Bukan dibuat-buat, tapi ntah la. Kesian hubby, mandi la banyak kali sehari pun, pakai la bertong-tong minyak wangi, pada aku, bau dia tetap busuk!

Paling aku tak suka waktu makan, aku lapo sangat, tapi bila makan mesti kuwa balik, sampai satu tahap tu, aku nak juga makan, aku makan macam nak rak, pastu dekat setengah jam aku kat toilet, muntah! Apa yang bole masuk, cuma air sejuk dan buah-buah terutamanya nenas (pelikkan?). Aku takde mengidam yang bukan, Cuma ada sekali tu, aku teringin nak makan cekodok pisang, kawan aku punya la baik ati, dia citer kat mak dia, esoknya, 2 plastik cekodok pisang mak dia bekalkan! Hubby pulak yang suka makan asam, kekonon belikan asam untuk aku, tapi dia yang habiskan..heheh…Oleh kerana aku tak brape selera untuk makan, banyak hari aku berpuasa, hinggakan bulan Ramadhan ujung tahun 2002 tu aku dapat berpuasa penuh.

Oleh kerana tak banyak makan, badan aku susut mendadak, walau pun kandungan aku telah memasuki 7 bulan, perut masih kecil dan ramai yang tidak menyedari aku pregnant. Mungkin kerana aku masih memakai baju kurung dan baju kurung yang mak aku buatkan semuanya besar-besar sebab tu ramai yg tak sedar aku preganant.

Seronok membeli belah baju pregnant tak berbaloi kerana aku sempat pakai baju-baju tu Cuma 2 minggu je. Tak sempat nak melawa, tapi takpe la, aku simpan elok-elok baju tu, nanti kalau pregnant lagi bole la aku pakai.

Setiap kali pegi antenatal check-up, mesti dr tegur, sebab berat aku tak byk naik, sekurang-kurangnya 2 kg sebulan, tapi aku Cuma naik 500 gm ke 1 kg je. Tensen gak, tapi nak buat macam mana, masuk bulan ke 5 pun aku masih muntah-muntah. Bila dah ok sikit, nak makan byk dah tak bole pulak, sebab perut jadi kecik dek kerana baby amik space byk.

Walau macam mana pun, aku cergas masa pregnant, mana taknya, tiap-tiap hari naik turun tangga, maklumla rumah kat tingkat 4. Kat tempat keje plak, keje aku memerlukan aku berjalan ke sana ke mari, tak bole duduk diam aku ni masa pregnant. Maybe tak rasa letih sebab perut pun kecik je.

Keadaan aku yang aktif, menyebabkan aku aku selalu keletihan dan kadangkala rasa sengal-sengal belakang perut jadi keras semacam. Tapi aku buat tak pedulik sebab aku ingat semua tu terjadi sebab aku aktif dan banyak buat kerja. Sehinggalah satu hari air ketubanku pecah di lab sebelum sampai waktunya.

***************************************************************

Selepas telefon mak, aku telefon hubby pulak, hubby panic bila tahu air ketuban aku dah pecah. Kebetulan masa nak hantar aku ke hospital, kenderaan banyak sebab semua orang bersesak-sesak nak balik. Habis semua orang disumpah seranah dengan hubby. Aku masih releks lagi sebab takde la rasa sakit.

Sampai kat hospital, bila bidan buat pemeriksaan, laluan kelahiran dah buka hampir 3cm dan dia tanya aku,

"Adik ada rasa sakit tak?"

"Ntah, tak tahu rasa apa ni, perut macam keras, tapi takde la sakit sangat"

Dia pun buat pemeriksaan dan berkata :

"Adik, ini contraction ni, adik dalam proses nak bersalin sekarang ni"

Hah!...jadi selama 2 hari sebelum ni, aku rasa sakit ‘semacam’ tu, rupa-rupanya tanda sakit nak bersalin. Kata doctor, kalau dari awal aku buat pemeriksaan, dia akan redakan sakit tu dan beri aku cuti rehat, supaya aku tak bersalin sebelum tiba masanya. Apa yang berlaku sekarang, walau pun kandungan aku baru 34 minggu, baby mesti dilahirkan kerana air ketuban dah pun pecah.

Nasib baik la mak mertua aku ada kat KL masa tu, jadi aku dengan hubby menurut je segala saranannya, apa yang terbaik buat kitaorang. Pihak hospital Azzahra tak berani menanggung risiko premature baby sebab diaorang takde ventilator, takut kalau baby aku lahir tak bole bernafas. Tanya Putrajaya dan Kajang pun takde ventilator yang tidak digunakan, semuanya full utilized. Hampir setengah jam mak, hubby dan pihak hospital berbincang, akhirnya aku dihantar ke Ampang Puteri. Apa lagi ber’ne no, ne no’ la aku ke Ampang Puteri dihantar dengan ambulan.

Sampai kat sana dah pkul 10 malam, bukaan baru 4 cm, doctor kata, lama lagi aku akan bersalin. Jadi aku dengan hubby sempat la tenguk tv, Kisah Benar dan Wrestling kat bilik bersalin tu. Dalam pada tu sempat juga aku tidur sekejab-sekejab sebab lama sangat nak tunggu buka hingga 10 cm.

Hingga pukul 2.45 pagi, baru la aku rasa kesakitan yang amat sangat, rasa nak meneran pun ada, tapi bidan kata baru je 9 cm buka. Akhirnya pada 3.13 pagi, 27hb Februari 2003, selepas 3 kali aku meneran, lahir lah Nurin Salma, buah cinta aku dan hubby ke dunia ini. Kelahirannya diiringi dengan tangisan yang kuat, mengalahkan Jac bila menyanyi lagi Gemilang. Sampaikan mak mertua aku yang tertidur kat ruang menunggu pun bole terjaga!

Alhamdulillah, aku tak lama menanggung sakit bersalin, yang tak tertanggung tu aku rasakan hanya setengah jam sahaja dan yang selebihnya dapat aku atasi. Agaknya threshold pain aku tinggi kot. Dan aku bersyukur juga, akhirnya Nurin dilahirkan normal tanpa sebarang masalah yang besar, cuma sedkit jangkitan kuman akibat air ketuban pecah awal sebelum waktu bersalin.

Hari ini, pukul 1.56 pagi ketika aku menaip entry ni, Nurin yang tidur disebelah ku, genap usianya 3 tahun. Selamat Hari Lahir anakku, Mama doakan Nurin sentiasa di dalam peliharaan Allah, membesar menjadi umat Islam yang cemerlang di dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan di dunia mahu pun di akhirat kelak, insyaAllah!

Buat diriku, Nurin merupakan hadiah hari lahir yang terbaik yang pernah aku dapat sepanjang hidupku ini. I loves you so much, sweetheart!

Thursday, February 23, 2006

One year older

28 tahun yang lalu, di keheningan pagi menjelang subuh hari Khamis 23hb Februari 1978 bersamaan 15 Rabiul Awal 1398 Hijrah, lahirlah seorang bayi perempuan yang tak cukup bulan ke dunia ini menjadi buah cinta buat abah dan mak. Kata mak, aku kecil sangat masa tu, dan selalu la pulak sakit-sakit masa bayi. Dengan sebab tu la kot, everybody give extra care, sampai la aku membesar dengan ‘sihat’nya sekarang nih.

As stated in the birth certificate, Noha, itu je la nama aku, yes, that’s it 4 huruf je…eerr..tang ‘chomel’ tu aku saje je letak, nampak commercial gitu..hehheh. Ramai yang pelik dengan nama aku ni, diaorang ingat ada la ‘Siti’ ke ‘Syarifah’ ke kat depan, because they said my name is so simple, walau pun aku sendiri rasa pelik, but I like it very much. It easier to peoples to remember me, but then aku lak yang selalu tak ingat nama orang.

Aku penah dengar mak cerita, mak pilih nama Nurasyikin, abah pilih Nurul Huda but it end up jadi Noha, sebab lepas aku lahir tu, abah ada belek satu majalah ni, kebetulan ada la cerita pasal permaisuri kat Timur Tengah nama Noha, so he decided to give the name for her daughter. Well, memang la aku bukan dilahirkan sebagai ‘permaisuri’ but true enough I’m the ‘Queen’ to my mom and my dad and now, I’m the Queen in my marriage.

Alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah, dengan izinnya hingga ke hari ini, aku masih lagi menghirup oksigen di muka bumi ini. Dan aku juga bersyukur diberi peluang menjadi khalifah-Nya, menjalankan perintah dan suruhan-Nya. Doaku tiap-tiap hari, semoga Allah tidak meninggalkan aku sendirian walau sesaat pun, kerana hanya pada-Nya aku meminta pertolongan dan bantuan, semoga aku mencapai apa yang aku impikan dan dipermudahkan segala urusan.

I’m not yet thinking of the celebration, but maybe a quite dinner just with someone I loved perhaps??.. Opss…before that, can anybody take care of Nurin for a couple of hours or maybe a whole night?? Somebody please??... Any volunteer ??

Monday, February 20, 2006

Majlis perpisahan

Satu majlis perpisahan dan reunion telah diadakan untuk aku dan kawan-kawan yang pernah bekerja bersama-sama satu masa dahulu. Dalam 6 orang yang telah meninggalkan lab tu, 4 orang sahaja yang dapat hadir.

Memula nak buat majlis tu hari Khamis, bila mengenangkan Khamis tu 9 Muharram, ramai yang nak berpuasa sunat, jadi ganti la keesokkan harinya. Acara makan-makan kali ni buat kat Kelab Tasik Putrajaya.

Dolu-dolu, kalau buat farewell party, kalau tak tempah makanan, mesti carik tempat yang best-best, maklum la, kitaorang ada 'duit kelab' yang dikutip dari setiap staff, jadi setakat nak buat majlis kesyukuran ke, perpisahan ke, beli kad harijadi atau kasi hadiah untuk baby baru lahir, takde masalah punya.

Antara tempat makan-makan yang kitaorang pernah pergi, Juara Tomyam dekat dengan Allson Klana, Bandar Baru Nilai, Restoran Briyani Gam kat Souq, Putrajaya, Shakeys Pizza kat The Mines, dan selebihnya kitaorang tempah je makan kat lab. Kitaorang ni, kalau bab makan-makan memang suka dan sanggup memasak. Cuma bila dah banyak duit ni, malas lagi nak memasak, sama ada tempah, atau makan terus kat restoran.


Makanan hari tu, ada nasi putih makan dengan Tomyam Seafood, Siakap masak Asam Pedas, Cashewnut Chicken, mixed vege and mixed fruits. Air lak, teh o ais limau...hhmmm...nyumm...nyummm....

Set non-stick cookware ni aku dapat dari supervisor aku, katanya 'dia tak ada apa-apa nak bagi aku'...iiskk....sedih aku dengar, terasa betul aku dihargai sepanjang 3 tahun 2 bulan kerja di bawah seliaannya. Dan yang aku betul-betul happy tu, dah lama aku mengidam periuk ni woiii...rasa cam mimipi jadi nyata la pulak...heheheh...

Seperti staff yang terdahulu yang meninggalkan lab tu, aku pun dapat pen sebagai cenderamata, siap refill lagi tuh. Aku suka sangat dengan pen ni, ink dia smooth je dan aku selalu guna pen ni dalam urusan business, nampak la cam profesional sket...ye tak?

Buat Boss, kakak-kakak senior officer, adik-adik officer dan kengkawan, terima kasih di atas majlis dan hadiah ini, dan terima kasih terutamanya di dalam tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan sepanjang aku bertugas di sana. Tak mampu aku membalas jasa-jasa kalian, hanya Allah yang mampu membalasnya. Juga aku minta maaf di atas segala kesilapan dan juga halalkan makan minum ku, bagi diriku, semuanya telah aku maafkan dan aku halalkan.

Tuesday, February 14, 2006

My lovely little daughter



Gambar ni aku ambil semalam, sebelum keluar jumpa prospek. Masa aku bersiap nak pakai tudung, dia pun sibuk nak bertudung sama. Aku korek-korek kat drawer, jumpa la tudung lama-lama yang kecik ni, bila pakai tu, ngam-ngam je untuk Nurin.

Apa lagi, bergaya sakan la cik kak ni. Yang kelakar tu, masuk je dalam kereta, terus bukak tudung, bila tanya kenapa, panas katanya...heheh...Takpe la, practice makes perfect, kan?

update 15.02.2006

Alhamdulillah, masih ada juga yang sudi datang blog ni, thanks for dropping/stopping by. Atas sebab-sebab kesibukan berbusiness, memang dah tak sempat nak update selalu, walau pun idea banyak. Lagi pun kemudahan internet dah terhad, kalau terjumpa net baru lah bole update. Biasanya jumpa net, cuma sempat check email je.

Apa pun, pada yang sudi datang dan singgah, terima kasih banyak-banyak. Kedatangan anda semua, menyemarak lagi semangat nak berblog.