Friday, April 21, 2006

Garam belacan

Rumah mak Nurin ada sepohon pokok jambu batu air, sekarang tengah lebat berbuah. Boleh dikatakan hari-hari hujan kat sini, jadi jambu air pun tak berapa manis. Jadi aku buat la pencicah untuk dicicah dengan jambu air ni.

Pencicah ni, adik ipar aku panggil 'garam belacan', speciality orang Kedah. Sedap juga dimakan dengan mempelam muda dan betik muda. Kalau dah mula makan, tak boleh nak stop, selagi buah atau pencicah tak habis selagi tu nak makan je.

Resepinya senang je, belacan bakar, gula, garam, cili kering kisar, kalau nak lagi pedas guna la cili api, pastu bubuh kicap. Sukatan tu agak-agak je ye.

Jambu ni kalau tak siap-siap potong macam ni, takde siapa nak makan. Siap pulak sebelah tu garam belacan, laju je mencicah tak toleh kiri kanan!

Demostrasi mencicah garam belacan, try la, sedaaaappppp......

Thursday, April 13, 2006

Syukur pada Allah

Bila aku rasa letih sangat, especially lepas habis ber’business’, aku rasa untungnya la orang-orang yang makan gaji ni, buat la keje (which is kekadang tu melepak / surf net / tak-tahu-nak-buat-apa punya kerja), tetiap bulan dapat la gaji. Pastu bila fikir lagi, bahagianya la diaorang, happy je, aku lak ada je masalah yang datang.

Macam mana pun, Allah tu Maha Adil, Dia bagi aku sekian-sekian banyak dan adajuga Dia kurangkan sekian-sekian banyak. Orang lain pun cam tu juga, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Just when I thought my life is not perfect, there were others worse than me.

So, kesimpulan yang aku buat ;

  1. STOP COMPLAINING to what had happened in my life. Life is short and must goes on, make it as beautiful as it can be. Cherish every moment with everybody I loved.
  2. DO THE BEST in everything I want to, believed in myself, I can do better than others.
  3. PRAY TO ALLAH, merancang macam mana pun, kalau tak berdoa pada Allah supaya yang dirancang tu berjalan dengan lancer / baik, tak guna gak, sebab Allah yang menentukan segala-galanya.

Korang-korang kat luar sana, hargailah apa yang kita ada, rebut segala peluang yang ada untuk mencapai apa yang kita inginkan dan tak perlu berkeluh-kesah atas yang tiada.

Sekian motivasi untuk hari ni, dari saya pakar motivasi anda. …hehehe….

Saturday, April 08, 2006

3 tahun laaa...

Nurin ni, apa-apa yang dia buat semua lambat, berjalan lambat (setahun 4 bulan baru pandai jalan), tumbuh gigi lambat (11 bulan), bercakap pun lambat juga. But once dia dapat belajar sesuatu perkara tu, contohnya bercakap, tak berenti-renti pulak bercakap!

Mama dengan babah pula yang tak larat nak melayan dia bercakap. Dan semakin besar ni, semakin sensitif dan sangat pandai ber'drama'. Tegur atau cakap kasar/keras sikit je, start la merajuk, silap-silap melalak terus.

Antara perkataan atau ayat yang Nurin suka sebut ;

"Nanti datang lagi tau.."
Selalunya dia cakap macam ni kalau jumpa sesiapa, Mak Tuk ke, Nek Wan ke, Cik Ana ke. Yang kelakar tu, kalau kitaorg yang nak balik ke rumah, pun dia cakap macam tu.

"Nanti luka, berdarah ya mama?..."
Selalunya dia cakap macam ni bila aku tak bagi dia buat sesuatu, contohnya bila aku sibuk memotong-motong sayur kat dapur, dia pun sibuk sama nak buat atau bila aku tak bagi panjat tangga.

"Mama/Babah work ya?"
Tak kisah la kitaorang nak pegi mana pun, asal kitaorg melangkah keluar dari pintu je, itu la yang dia sebut.

"Nak pergi sekolah, nak beli toles (pensel, sampai sekarang aku try ubah, masih tak berhasil lagi), nak beli buku, nak beli dedadam (pemadam)...kan ma?"
Pantang nampak sekolah atau budak sekolah je, ni la ayat yang dia selalu sebut.

Sebenarnya banyak lagi yang dia selalu sebut dan ada juga yang buat kitaorang terfikir, manalah dia belajar sebab certain words or sentences tu tak penah pulak kitaorang ajar. Baru-baru ni, aku tanya nama dia....

"What is your name?"

"Nurin Salma"

"Nurin Salma binti ?...."

"Nurin Salma binti Babah"....hheheh, kelakarkan?..

Kalau ikutkan atau layan Nurin bercakap, boleh lenguh mulut dibuatnya. Sejak pandai bercakap ni pun, mak aku suka telefon dan bercakap dengan dia. Apa yang pasti, hubby kata becok mulut Nurin saling tak tumpah macam mama dia! ;P

Sunday, April 02, 2006

Skill baru??

" Tit...tit..tit..."

"Apa benda la yang ber'tit..tit' tu? " Masa tu aku tengah membelakangkan Nurin, sambil masukkan baju dalam drawer, aku dengar mulut dia ber'tit..tit', aku pun menoleh ke belakang.

Aku nampak Nurin tengah masukkan permainannya dalam plastik, sebelum tu semua permainannya diletakkan di sebelahnya sambil jari-jemarinya seolah-olah menekan sesuatu. Sambil tu mulutnya pun berbunyi-bunyi, tit..tit..tit..

Lama aku perhatikan, baru la aku sedar, rupa-rupanya dia berlakon macam cashier kat pasaraya...heheh...kelakar pulak bila difikirkan, rupa-rupanya selama ni dok memerati pastu mem'practice' pulak.


***********************************

Semalam, mak mertua minta kitaorang hantar dia ke Sunway Lagoon Resort Hotel, ada dinner sempena 50 tahun sekolah dia. Mak kata, maybe pukul 11 habis la. Jadi kitaorang ngan Ana, cadang nak jejalan kat Sunway Pyramid je sementara tunggu mak.

Dalam pukul 10.30 mlm, bila kebanyakan kedai kat Sunway Pyramid dah tutup, kitaorg berjalan semula balik ke hotel, sementara nak tunggu pukul 11, kitaorang pergi solat dulu. Dalam pukul 11 mlm, mak tak telefon lagi, jadi kitaorang ambil keputusan nak tunggu kat lobby je, dapat la tgk orang keluar masuk.

Lobby tu dekat dengan hotel punya coffee house, jadi dapat la dengar persembahan nyanyian. Dalam dok dengar oarng menyanyi, tetiba Nurin mula membuka langkah, bila perati betul-betul...ehh...anak aku menari la. Yang best tu, step dia siap ikut rentak lagu pulak tu.

Walau pun orang dok lalu lalang kat lobby tu, dia selamba je, memacam aksi dan step tarian dia dia (style budak umo 3 tahun la kan...bukan yg macam pro tu). Bila suruh berhenti tak nak pulak tu. Lelama, kitaorang biarkan je, sambil tu dok gelakkan dia, bila lagu habis kitaorang siap tepuk tangan lagi.

Sekali tu, bila lagu habis, lama pulak tu nak sambung balik, berlari Nurin ke arah aku sambil menangis...

" Mama.....nak lagu lagi...warrghhh..."

Laaaa....tak cukup-cukup lagi ke, dah 4 lagu nak oiiii!!!

At the end, bila dah penat tu, baru la dia duduk sesama ngan kitaorang, siap mintak air lagi...heheh...haus tau menari 4 lagu, siap berpeluh-peluh. Tak lama kemudian minta susu pulak. Kebetulan bila dia nampak lukisan gambar cicak, langsung tak berani bergerak, duduk je minum susu sebelah aku sampai tertidur. Lama betul tunggu Nek Wan, pukul 12.30 mlm baru la majlis dinner tu berakhir.

Kitaorang sampai rumah malam semalam pukul 1 lebih, mata pun tak larat nak buka. Nurin pulak pengsan habis, tukarkan pampers dan baju pun tak sedar apa. Jadi hari ni, hari melepak je kat rumah.