Friday, October 28, 2005

Salam Aidilfitri


Kat mana-mana dah nampak dan terasa suasana hari raya. Hari pegi keje pun jalan lengang sikit, kalau tak pepagi dah nak menghamun orang. Walau pun jasad masih kat sini, tapi hati dan kepala otak dah ada kat kampung...eii...tak sabonya nak balik!!

Aku masih bekerja hari dan masih run the experiment. Kalau tak kerana result cam hampeh semalam, hari dah boleh berpoya-poya ngadap pc je ke tau pun baca buku citer. Nak sambung experimen lepas raya, lagi la tak mood. Takpe, susah-susah sekarang, senang-senang kemudian.

Esok dah nak bertolak balik ke Johor, baju tak habis kemas lagi. Cuma baju Nurin ke aku dah masukkan dalam beg. Budak kenit tu, beg dia je dah 3 biji. Mana taknya, beg baju satu, beg susu satu, beg pampers satu. Mama dengan babah cuma satu beg, itu pun kongsi. Iiskk..itu anak baru sorang, kalau 7,8 orang mau aku beli lori, tak pun bas ekspress!

Sebab raya hari pertama nak sambut kat rumah mak aku, esok aku akan balik JB dulu. Maybe on Sunday nak masuk Singapore, ziarah nenek, pakcik makcik kat sana sebab raya nanti tak dapat nak beraya bersama.

Cakap pasal Singapore ni, kepala aku takde lain pikir murtabak Singapore, especially yang kat Arab Street tu...iiskk..sedapnyaaaa. Ada sekali tu pegi, sepanjang kaki lima restoran orang beratur nak beli murtabak. Baru pukul 5 petang, panjangnya dah macam gerabak keretapi!

Lagi satu yang best, nenek dan makcik kat Singapore pandai masak, ada je juadah istimewa yang diaorang akan jamu kalau aku datang, maklum la orang jauh...heheh... Yang paling aku tak lupa, kalau kat rumah Mak Long, masakan nenek yang wajib ada every year, udang galah masak sambal dengan ayam goreng. Nampak macam biasa, tapi cuba la rasa...sedapnya tak sama macam kat tempat lain. Lagi satu resepi nenek yang best, Soto Madura. Itu soto i tell u, sangat la sedap, kalau makan mau ulang 2,3 kali satu hari!

Kalau kat umah Mak Utih lak, banyak dessert yang sedap mata memandang, sedap juga kalau dimakan. Fruits tart la, kuih lapis la..eii...memacam la...maklum la, Mak Utih anak beranak pakar buat cookies dan kuih muih. Dapat lak menantu lelaki pun pandai masak..mmm...lagi la meriah!

Kalau rumah mertua kat JB pulak, ada adik-adik ipar dan Kak Supi, pembantu rumah yang pandai masak. Normally bila aku balik, Kak supi akan tanya aku nak makan apa. Ambooii...silap bole order tuh. Walau pun Kak Supi hanya belajar memasak melalui buku, tapi msakan dia memang tak pernah menghampakan. Aku just imagine, kalau la Kak Supi tu jadi maid aku, harus badan aku ni bagai dipam-pam! Nasib baik la sekali sekala je jumpa, kiranya tak la rasa bersalah kalau makan banyak pun.

Pagi Deepavali, baru la aku bertolak ke Batu Pahat untuk menyambut kedatang Syawal bersama keluarga tercinta. Seingat aku, ni la kali kedua aku akan beraya ngan parents aku sejak aku kawin dan akan menyambut Aidilfitri kali keempat bersama hubby. Suasananya pun mesti berbeza, sebab one of my brother dah takde. Tapi meriah tetap akan terasa sebab adanya my lovely daugther, Nurin dan adik ipar aku, Mila (wife to my own brother).

Keluarga belah mak aku, ada menu-menu yang wajib ada pada pagi raya. Kalau takde menu-menu tu, mesti orang akan tanya. Macam mak aku, speciality dia ayam masak merah, Cik Jen dengan ayam masak kari dan rendang babat, tak pun ayam masak sambal, Cik Ilah pulak mesti ada ayam masak kicap. Katalah kalau menu-menu tu takde, mesti orang tertanya-tanya, dan sebab tu la, memasing dah pakar sangat dengan masakan diaorang.

Apa-apa pun, kena la kawal sikit makan di musim perayaan ni. Bak kata mak aku, normally orang yang masuk hospital musim-musim raya mostly orang sakit kencing manis tak pun darah tinggi. Oh ya, lupa nak bagitau, mak aku keje jururawat kat ICU, Hospital BP. Kalau sesape nak jumpa mak aku tuh, toksah la jumpa kat ICU, baik la datang umah, bole makan-makan yek.

Jadi, dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog ini. Terima kasih kerana sudi datang blog ini, memeriahkannya dengan komen, pendapat mau pun teguran yang membina. Terima kasih daun keladi, senang-senang datang la lagi.

Juga, sesape yang balik kampung tu, diharap pandu dengan cermat dan berhati-hati di jalanraya. Kalau ada Johorean yang balik Johor, lalu la plak kat BP, singgah la rumah, tapi call atau sms la dulu, takut-takut lak aku pegi beraya, takde kat rumah. My hp no : 013-7708355. Kalau bukan Johorean, tapi kena balik Johor sebab ikut suami atau isteri, atau memang sengaja nak raya kat JOhor, jemput la jugak singgah umah aku, bole la kita beramah mesra.

Ketupat direbus di malam raya,
Masak rendang tepi perigi,
Ucapan dikirim pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.

* gambar ehsan dari Jaring ; e-aidilfitri

Thursday, October 27, 2005

Kue tiau kungfu

Kue tiau kungfu ni salah satu makanan kegemaran aku kalau kitaorang pergi makan kat luar. Ada sesetengah tempat tu, diaorang panggil kue tiau hongkong…ntah apa bezanya aku pun tak tahu, aku tenguk sama jek. Masakan ni tak semestinya guna kue tiau, ada gak yang gantikan dengan mee kuning (aku panggil mee gemuk), tapi sebab aku tak suka mee gemuk, aku order kue tiau la selalunya. Kalau meehoon pernah cuba gak, tapi macam kureeengg sikit la.

Macam mana pun, kue tiau kungfu ni selalunya lebih mahal daripada masakan lain macam mee tomyam ke, mee sup. Tak tahu la kenapa, tenguk isi, sama jek. Tapi kalau dah suka tu, mahal pun aku order jugak.

Masa awal Ramadhan hari tu, aku dihidangkan kue tiau kungfu masa berbuka puasa kat rumah adik aku. Tetiba aku terasa, why not I’m doing it myself, lagi best, bole buat kuah banyak-banyak dan bole makan seberapa banyak yang aku suka. So, semalam untuk juadah berbuka puasa, for the first time aku buat kue tiau kungfu ni.




Untuk buat masakan ni, kue tiau tu kena goreng dengan telur. Lagi best kalau telur tu kita masukan sikit tepung jagung dan garam, jadi kue tiau yang digoreng tu ada la rasa rangup (crispy) sikit.







Pastu kita buat kuah dia. Selalu yang aku order kat kedai makan, diaorang guna seafood (udang dan sotong) atau ayam untuk jadikan isi dalam kuah, tapi sebab takde ayam, aku try guna daging. Memula tumis bawang putih sampai naik bau, pastu masukkan stok daging, daging dan carrot. Kalau takde stok buat sendiri, bole gak masukkan stok ayam Maggi atau apa-apa stok yang korang suka. Bila daging dan carrot dah empuk, masukkan sayur-sayur lain yang korang suka. Perisakan dengan garam dan lada sulah. Last sekali masukkan tepung jagung nak bagi kuah tu pekat sikit.

Cara nak hidangkan dia, just curah kuah atas kue tiau yang dah digoreng tadi, tabur sikit daun sup dan bawang goreng…taadaa…siap untuk dimakan! Kalau nak rasa pedas, bole gak makan ngan cili jeruk. Cara nak buat cili jeruk; potong cili hijau/merah atai cili api, bilas dengan air panas dan toskan. Kemudian letak dalam satu bekas, bubuh garam, gula dan cuka..ok siap!






Untuk juadah semalam, 500 gm kue tiau habis sekali makan jek! Tapi takde la semua kitaorang bedal, aku ada bagi sikit kat adik aku untuk berbuka puasa tu. Apa-apa pun eksperimen menjadi, lain kali bole buat lagi… :)

Happy birthday sister!!


Hari ni hari adik ipar aku, Ana. Yang ke berapa tu...eerr...tak sure la, tapi of course la dah over 20....(jgn nak berangan sweet seventeen yek..;p ).

Buat Ana, semoga...

1. Semoga sentiasa dirahmati Allah hidup di dunia dan akhirat
2. Dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik
3. Dapat abiskan thesis master dengan jayanya (jgn dok titon je ek)
4. Dapat kawen dengan jejaka pojaan ati...;P
5. Dapat keje yang baik tak pun jadi tokey biskut/kek yang berjaya
6.
7.
....tempat kosong tu isi sendiri yek...

...and, thank you so much for being the best sister in law i ever had!

Wednesday, October 26, 2005

MaCaM-mAcAm....

Senario 1 : Kat dapur, tengah masak untuk juadah berbuka sambil 'dibantu' oleh Nurin

"Adoii mama...akit dodone naa..."

"..eerr...Yang, tahu tak apa yang Nurin sebut tu?"

"Ntah?!...Dari dulu lagi dok sebut benda tu..dodone..dodone...ntah apa la menatang dodone tu"

"Nak tahu tak apa dia"

"Apa dia?"

"...Sakit dado den la....lagu senario..heheh"

"Hah??!!"

Bila aku fikir-fikir balik..a ah la, betul macam lagu senario. Iskk...punya la lama Nurin dok sebut-sebut, sejak 2,3 bulan lepas, baru ni la aku tahu apa benda yang dia dok sebut-sebut tu. Patut la, lepas kena cubit ke, kena tampar ke (cubit-cubit ngan tampar-tampar manja tau, bukan dera anak!) dia akan sebut 'akit dodone na' tu....sighed....


Senario 2 : Lepas berbuka puasa

"Eh! Lama tak timbang berat, ntah naik, ntah turun"

"Timbang la, baru tahu"

Aku pun pegi la timbang, dalam hati kata, bukan bole percaya ni. Rasa macam berat takkan turun je. Walau pun puasa, bila berbuka tu, makannya bole tahan jugak.

"Honeyyyyyy!!"

"Hah! Kenapa?..."

"Turun la, 3kg!"

Heheh...apa lagi, senyum sampai ke telinga la aku...Tapi tetiba senyum aku mati bila mengenangkan ujung minggu ni dah nak balik kampung, minggu depan dah raya, bole ke aku maintain berat badan aku yang dah turun nih??...sighed....

Tuesday, October 25, 2005

Masak untuk berbuka

Pertama sekali, berbanyak terima kasih buat zura, mar, selipar jepun, jiwarasa dan queenofthehouse untuk doa dan kata-kata perangsang yang dikirimkan. Buat aku kat sini sebenarnya, tak jemu-jemu berusaha, tak putus-putus berdoa dan tawakal pada Allah. Aku yakin semuanya bersebab dan tentu ada sesuatu disebaliknya.

Okeh.... tak mau sedey-sedey...life must goes on rite? apa topik seterusnya..oh, masak untuk berbuka. Buat pertama kalinya bergelar isteri sejak 4 kali meniti Ramadhan, Ramadhan kali ni aku masak untuk berbuka. Dolu-dolu bukannya tak penah masak masa bulan puasa, tapi bole dikira dengan jari berapa kali je aku masak.

First time puasa sejak bergelar isteri, aku pregnant masa tu. Seksa sungguh masa tu sebab tenguk dapur pun aku menyampah! Bau nasi tengah menggelegak pun rasa cam nak muntah, so camne aku nak masak. So, everyday kitaorang pi pasar ramadhan.

The next year pulak, ada baby, jadi payah la nak 'berkuntau kat dapur, end up beli gak kat pasar ramadhan. Dan tahun lepas pun macam tu jugak.

Tahun ni, macam mana pun aku try nak masak, dah muak dengan lauk pauk kat pasar ramadhan. Sebelum-sebelum ni pun sebenarnya kalau pegi pasar ramadhan aku cuma beli lauk-pauk, balik rumah tinggal masak nasi.

Nasib baik la dapat hubby yang tak banyak songeh, semua tala. Ada la jugak sikit-sikit yang dia tak berkenan, so takyah la buat. Aku buat deal dgn hubby, masa buka makan berat terus eg. makan nasi ngan lauk-pauk, jadi memalam takyah mentong. Bila dah 2 minggu ni asik berbuka nasi, boring la pulak. Jadi semalam aku buka sandwich tuna dengan cucur udang. Aku dah planned menu untuk seminggu ni, hari ni makaroni goreng, esok kueh tiaw kungfu dan lusa meehoon sup.

Tak sabo nak tunggu hujung minggu, sebab nak balik kampung. Pastu bole la berbuka dengan juadah yang mak masak...mmm....bestnyerrr!!

What to do???...

"I have bad news, we will not be hiring anyone for the time being because our sales will only start from January due to some license issue with the ministry. I’m sorry for this news, it me have to sort out some legal issue before we officially operate. I will contact you in January. I’m in India right now so, just sms me ok. I will be back by 15th November."

"We are trying to work out the issue and once I’m back I will call you to update you."


….sms from my future employer…

Well, what I got here??....His sms made my heart beats stop for a second. I’m puzzled, don’t know what to react. At one side, there is problem will be solved, another side I just afraid I will not be hired.

This company actually, a brand new company. There is only the Chief Executive Officer (CEO) and Chief Operating Officer (COO) and if I join this company, I will be the 3rd person that who will run the organization. I’m pleased that I might be the pioneer, to set up everything and maybe I will make the rules or system.

I did check about the company, the legal papers, the license and everything that others will do if they are in the same position as me. The documentation is legal, nothing can stop me for joining the organization until I got the sms.

I’m not really worry as my contract with current organization is actually until this December. I will be happy to see my friends here again when I come back from hari raya and the important thing my supervisor let me work with them until contract end. The only thing make me worry / scare will I get the new job?? And no wonder its hard to tell everybody that I will be leaving them for another job and now I knew the reason…

As I believed, that there will ‘rezeki’ for me no matter what will happen and only God knows what is going on. Dan benar la ungkapan ‘Kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan’.

Maybe this is only a test by God, to remind me, to make me always be with Him in any situation, made me believed that everything that He do, is the best for me and made me always have faith in Him!

Monday, October 24, 2005

10 hari lagi..

On the way to the office today, when im listened to ERA, the topic today was ' 10 hari lagi hari raya, apakah yang anda fikirkan?. As i looked at my hubby, i smiled..hmm..so many things in my head, and i would like to share it with you.

1. Nak habiskan sample / eksperimen ... mood raya dah datang, bebudak universiti ramai dah balik, jalan raya lengang jek...

2. Nak kemaskan all my stuff, masukkan dalam kotak dan bawak balik rumah, kalau boleh taknak datang lagi mengemas barang kat sini. Datang jumpa kengkawan ok la..

3. Nak deliver semua barang yang orang tempah, Swarovski crystal bracelet and kuih raya, dan nak kutip hutang juga.

4. Start packing barang-barang nak balik kampung, kena buat sikit-sikit dan awal-awal, takut ada je yang tertinggal.

5. Kemaskini budget, allocate perkara-perkara yang penting dan top up touch n go.

6. Tukar duit baru untuk duit raya

7. Nak tulis kad raya dan pos semua dalam masa minggu ni.

8. Nak jumpa semua orang kat sini, nak minta maaf, minta halal makan minum..ye la, 3 tahun kat sini, banyak benda yang berlaku.

9. Berazam nak dapatkan dapatkan malam Lailatulqadar, harap-harap sihat tubuh badan dapat lawan mengantuk nak bangun malam, insyaAllah!

Banyak lagi sebenarnya yang bermain kat kepala aku nih...tapi buat masa ni, itu la yang terpenting. Aku harap dapat buat semuanya seperti yang dirancangkan especially no 9, sebab tak tahu la kita akan berjumpa lagi atau tidak Ramadhan ini tahun depan.

Korang lak macam mana, apa yang yang korang fikirkan?

Thursday, October 20, 2005

Hujan....

Keluar dari rumah pagi tadi, cuaca redup dan sejuk.."Hmm...nak hujan kot?, bagus juga, puasa-puasa ni tak la haus sangat kalau berpanas".

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, langit semakin hitam dan bila-bila masa sahaja akan mencurahkan kandungannya. Dalam dok kalut-kalut buat labwork, labmate aku yang baru masuk tiba-tiba bersuara..

"..bal..bla.....meninggal!.."

"Apa?..Siapa?"

Iskk...siapa la yang Z**a cakap nih, tak berapa clear, tapi aku nampak hidung dia dah kemerahan, mesti baru menangis ni. Aku tinggalkan segala apa yang aku buat untuk menumpukan perhatian pada dia.

"Isteri PM, dah meninggal"

"OOhh....iye ke?..Innnalillah...."

"Ko menangis ke? Akak ingat somebody in your family yang meninggal"

"Takde la kak, hidung saya ni merah sebab selsema, sejak semalam"

"HHmmm..."

Rupa-rupanya hujan sepanjang hari ni, hujan yang sarat dengan kesedihan dan kesayuan mengiringi pemergian Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Endon Mahmood, isteri tercinta Perdana Menteri Malaysia yang Kelima, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi setelah sekian lama bertarung nyawa melawan barah payudara.

Dalam kelembutan raut wajahnya, tiada segaris pun tergambar penderitaan beliau dalam melawan penyakit pembunuh nombor 1 wanita ini. Ini yang membuatkan aku kagum dengan ketabahan beliau melalui kehidupannya setelah didiagnosis penyakit ini.

Sesungguhnya, kita telah kehilangan seorang insan yang amat disayangi dan disanjungi oleh rakyat Malaysia. Semoga beliau ditempatkan di kalangan oarng yang beriman dan beramal soleh...Al-Fatihah..

Wednesday, October 19, 2005

LaSaGna

OopPPpppsss..... jangan risau, aku takkan citer pasal makan mahu pun meng'upload' gambo-gambo makanan. Cuma aku nak bagitau pada sape-sape yang nak teringin nak buat lasagna sendiri, korang boleh dapatkan resepi dan cara membuatnya di sini. Err..tapi bila korang pegi kat sini, jangan la plak korang marah kat aku bila nampak gambo-gambo yang tak sepatutnya ditenung lama-lama apatah lagi di bulan yang mulia ni...heheh..

Thanks berbilion-bilion to my sister in law Ana, kerana sudi menge'share' resepi...eerr....apa special untuk berbuka ujung minggu nih?..*wink*..*wink*...anyway.....

Selamat mencuba!

Tuesday, October 18, 2005

Balik mana??

Sebab ramai sangat orang komplen aku asik citer pasal makan je, kali ni aku ubah tajuk la sikit. Minta maaf la bebanyak, kalau dalam sepanjang aku buat entry pasal makan-makan ni, ada yang terbukak pose ke, ada yang basah keyboard ke..ampun yek!??

"Balik beraya kat mana??"

Well, ni la topik utama setiap kali nak raya, kan? Pada setiap rumah yang penghuninya ada sepasang suami isteri mesti akan timbul topik ni. In fact, in my case, this topic dah keluar pun sejak blom mula pose lagi!!..Heheh...bukan apa, just nak clarify dan make sure awal-awal, supaya takde la last minute punya plan. Bukan tu je, siap ada back up plan lagi.

Sape-sape yang bujang tu, takyah la nak gelabah sangat. Kalau dapat cuti awal, balik la kampung awal, takkan la nak balik kampung jiran sebelah pulak kan? Yang rumah mak sendiri dan mertua pun cuma sekangkang monyet pun takyah la risau sangat, sepagi hari raya pertama tu, dua-dua belah umah dapat pergi. Yang jadi topik ni menjadi panas dan hangat bila bini orang Kelantan, laki orang Johor (contoh sahaja, tiada kena mengena dengan sesape pun)...hah...baru la jadi isu.

Contoh tu memang terang dan nyata la sorang kat penjuru sana, sorang lagi kat penjuru sini, macam aku ni, dah satu negeri cuma lain-lain daerah pun bole jadi isu...sigh....Ntah la, kalau ikutkan, takbir raya kat mana-mana pun sama, tapi tak sah betul kalau malam raya tu tak kat umah mak bapak kita sendiri.

Kalau cam aku, aku akan kata, aku the only daughter, kena balik tolong mak, kesian kat mak. But then hubby pun bole cakap macam tu sebab dia pun the only son! After that, keluar la segala fatwa, sebab musabab kenapa kena raya kat 'umah mak saya' yang sometimes it lead up to an argument.

So, aku dan hubby mengamalkan sistem giliran, walau pun dua-dua rumah dapat pegi masa raya tuh. Cuma rumah mak kita / mak hubby jatuh hari raya ke berapa itu lah yang kena make sure dan clarify awal-awal. Tahun ni, kitaorang beraya kat rumah mak aku dulu dan beberapa hari kemudian baru la aku join in laws punya family pulak untuk beraya. Then bila raya haji, it turn to my hubby place first dan macam tu la dari sejak tahun pertama kitaorang mendirikan rumahtangga. Yang tak larat sebenarnya, nama je both side duduk Johor, tapi sedara mara ada yang kat KL, Melaka dan Singapore. Kiranya setiap kali raya, dari kawasan tengah Malaysia, sampai selatan aku covered!

Apa pun, aku tak kisah sangat, asalkan segalanya adil dan saksama, kalau kena raya dengan ni laws dulu pun takpe, nanti next raya, raya lak rumah mak aku. Dan aku percaya, semua ni kena la bawak berbincang jangan pentingkan diri sendiri je, baru la aman rumah tangga...;)

So, korang balik mana??

Monday, October 17, 2005

Gurney dan berbuka pose

2 orang adik ipar aku duduk serumah kat Gurney, kira cam diaorang jaga rumah tu untuk parents in law la. Aku ngan hubby lak, selalu la lepak kat situ bila ujung minggu. Sepanjang bulan pose ni, baru la minggu lepas berkesempatan nak melepak ngan diaorang. Lagi pun aku dah janji ngan Ana nak tolong buat biskut tempahan raya. Banyak jugak tempahan, tak sangka betul mendapat sambutan sebab promosinya pun kecil-kecilan je, maklum la baru nak test market.

Hari Sabtu tu, Ana masak laksa kari untuk berbuka. Macam biasa hubby beli kuih dan dia buat air 'bancau'...heheh..bandung campur cincau. Since hubby tahu camne nak buat, so every year, bulan pose memang dia je yang buat. Sebab kalau tersilap campur susu ngan air soda tu, bole jadi tairu, masam dan tak sedap.

Hari Ahad lak, kitaorang berbuka western style. Ana buat beef lasagna, Syedah buat mushroom soup, salad dan garlic bread, aku ngan hubby pi beli ayam panggang. First time rasa lasagna buat sendiri..mmm...memang sedap! Cukup lemak, keju, rasa dan segala-galanya la. Maklum la buat sendiri.

Ayam panggang, special from Pantai Dalam dekat-dekat ngan UM. Kalau tak silap aku, nama dia Ayam Panggang 5 Bintang. First time aku makan ayam panggang tu masa couple dolu-dolu, 5,6 tahun lepas. Tak sangka, sekarang masih ada lagi dan rasa dia masih sedap macam dulu. Cuma harga je la dah naik. Ingat nak beli seekor setengah, tapi tak bole, so kitaorang beli 2 ekor, dan jangan tak percaya seekor setengah tu, tinggal 2 ketul paha je masa berbuka. Setengah ekor lagi, kitaorg bawak balik buat sahur.

Kitaorang sampai rumah malam tadi dengan keletihan dan kekenyangan...hhmm...nasib baik la tak tinggal serumah ngan adik-adik ipar aku, semuanya pandai masak, mau bertambah-tambah 'kecomelan' aku ngan nanti...hehehe...

Friday, October 14, 2005

To My Super Lanun

Aku nak ucapkan makasih banyak-banyak kat hubby kerana berjaya me'lanun'kan lagu raya untuk aku ni untuk.

I love u sweetheart!!..Muaahhhss...muaahhhss...

Peringatan : Anda dilarang untuk meneruskan pembacaan sekiranya imej-imej yang terpapar menyebabkan anda batal pose. Sila beredar dari sini...eerr...malam nanti kalau dah buka pose, bole la datang balik...



Ini la menu utama juadah berbuka puasa semalam, ikan cencaru sumbat. Resepi ni aku belajar dari mak aku. One thing about me, kalau memasak, tak pernah sama resepinya setiap kali memasak padahal aku masak benda yang sama. Sebab apa? sebab aku tenguk bahan, kalau cukup, ok la, kalau tak aku tambah tolak mana-mana yang patut. Hari ni, aku akan perturunkan resepi cencaru sumbat ni untuk korang, lain kali korang bole cuba sendiri.

Bahan-bahan :

1 ekor ikan cencaru, sederhana besar

3 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

1/2 inci halia

1 inci kunyit

3 batang serai1 biji cili merah (kalau nak pedas bole ganti dengan cili api)

1/2 sudu teh garam

3 sudu teh gula

1 biji limau kasturi / asam jawa / cuka

1 senduk minyak untuk menggoreng

Siang ikan untuk buang isi perut dia tapi kulit dia jangan buang. Pastu belah belakang ikan tu memanjang dari kepala sampai ekor.Bawang putih, merah, halia, kunyit, serai dan cili ditumbuk, tapi kalau otot lengan korang lemah, sila blendar/kisar, takut pulak cencaru tak sempat goreng, korang dah masuk spital! Kemudian gaul bahan tadi dengan garam, gula dan limau atau asam sesedap rasa.

Selepas tu, sumbat bahan-bahan yang telah ditumbuk/kisar tu kat belakang ikan yg kita belah tadi, masukkan jugak kat bahagian perut dan kepala.Letak ikan dalam kuali, masukkan minyak, tutup kuali dan goreng ikan dengan api yg perlahan. Setelah agak garing, terbalikan ikan dan goreng lagi. Selain digoreng, ikan ni pun bole dibakar atau sape yg suka lemak-lemak sikit bole deep fry.


Kuih-muih pulak selalunya hubby yang beli, semua pilihan dia sebab yang banyak makan pun nanti dia jugak, aku selalunya cuma makan 2,3 biji je. Dah kenyang makan nasi, tak larat nak makan kuih.


Along with cencaru sumbat, aku masak gak sambal sotong. Err...mesti korang tertanya-tanya, camne la aku boel sempat memasak semua benda-benda ni dalam masa tak sampai satu jam, kan? Sebenarnya ikan tu, aku dah prepare 2 hari lepas. Sotong ni pla, sambal tumis dia segera, aku cuma tumis bawang je, pastu tambah 2,3 sudu sambal, dah siap!


Bila semua lauk kering tanpa kuah, aku buat la sayur air tumis, lagi pun Nurin suka menghirup. Sayur air aku ni ada tauhu kering, kentang, suhun, carrot dan kacang buncis. Aku tabur gak daun sup dan bawang goreng. Perisanya aku guna ikan bilis je.

Alhamdulillah, semua habis, senang aku nak mengemas dan membasuh. Kalau bole aku memang cuba masak untuk ngam-ngam sekali makan je, malas nak menyimpan kalau ada lebih. Sahur lak, aku ngan hubby memang jarang makan nasi, kalau ada pun nasi goreng, jadi takde lauk, tak jadi masalah.

So, apa lauk korang berbuka hari ni??

Thursday, October 13, 2005

Ramadhan al Mubarak

Hari ni, aku nak citer pasal bulan pose. Aku rasa aku blom sentuh apa-apa topic pun pasal bulan pose kan? Asik dok sibuk citer pasal eksiden ngan dapat keje baru, sementelah aku pun banyak keje nak buat. Semua sample dah dijadualkan untuk setiap minggu dan aku kena siapkan sebelum hari raya. Buat masa ni, aku taknak citer dulu mengenai keje baru aku, masih terlalu awal untuk aku citerkan pada korang.

Anyway, whoever came here, congrats me and wished me luck, thanks you so much! Please pray for me, that everything will run smoothly. Dan sape-sape yang mengetahui situasi aku with my current job, korang mesti tahu betapa aku bersyukur dan lega yang teramat sangat bila dapat keje baru ni. Doa kalian juga telah diperkenan Allah sebenarnya!

Ok, sekarang aku nak citer pasal bulan pose lak. Aku rasa, bulan pose tahun ni agak kelam-kabut sikit, maklumla sehari sebelum tu dah eksiden. Banyak hal yang perlu diselesaikan. Dan aku lak, tak sempat pun nak pose, ‘anak bulan’ hari raya memang telah ‘kelihatan’ seminggu sebelum tu. Jadi sehari dua masa awal ramadhan tu, berprojek la aku dengan 2,3 labmates ni, makan maggi kat umah…hehheh…

First day pose aku try masak walau pun masa tu tinggal lagi satu jam nak berbuka. Alhamdulillah, elok je abis mandi, azan berkumandang. Second day pun cam tu gak. Walau pun tak merancang nak balik kampong, at the terpaksa balik gak nak amik keta sebab keta yg eksiden tu masuk workshop. Dapat la satu hari berbuka dengan mak ngan abah.

Oh ya, the day I went back to my home town, berbuka masa kat dalam bas, sebab kesuntukkan masa, kitaorang beli je juadah berbuka kat pudu tuh. Mak ai, harga mahal betul! Meehoon goreng kosong (sebab aku tak jumpa apa-apa pun dalamnya, yg ada cuma rasa masin dan coloured) pun nak RM1.50 – 2.00!!...iiskk…buat duit betul diaorg ni. Yang paling mahal aku beli, sesenduk (satu senduk je tau, korang try la sesenduk nasi kat rumah tu macam mana) plus telur dadar yang tak la sebesar mana dan 2 benda ni pun tak sampai separuh dari polistrin tu harganya RM2.00! Do u believed that?!!..sigh…nasib la anak yang minta, aku beli la jugak. The thing is bukan tak mampu nak bayar, tapi biar la harga berpatutan dengan saiz makanan tu. And fyi, nasi goreng tu pun, takde isi, putih pucat! The taste, I don’t know sbb Nurin yang makan.

Isnin lepas, sebab dah keletihan, aku cakap kat hubby, takyah la masak, beli je kat pasar ramadhan. Hhmmm ….ni pun satu hal, punya la ramai, bersesak-sesak, asap sana sini, belinya cuma nasi kerabu ngan nasi campur. Itu pun harganya…sigh…malas nak cakap, korang sendiri paham kot. Senang citer masak je la kat rumah. Tinggal lagi masa la. Dalam kes aku, sekurang-kurangnya aku akan masak satu lauk dan sayur dan yg lain tu tambah ulam dan kuih-muih yg hubby beli. Cukup la tuh, bole makan sampai kenyang. Nasib baik dapat hubby yang tak berkira dengan kerja rumah. Dah 2 hari nih, aku masak, dia yang mengemas periuk belanga kat dapur selepas aku masak, Alhamdulillah! Aku happy sangat bila dia membantu, walau pun penat, tapi tak terasa..:)

Lagi satu yang aku perasan, tahun ni aku ngan hubby jarang ‘mentong’, paling tidak lepas berterawih tu, kitaorg cuma makan buah atau minum air. Maybe sebab berbuka dah makan sampai kenyang, jadi malam tu tahyah nak mengulang. Sahur pun simple je, kalau takde apa-apa nak makan, kitaorang just minum quiker oats dan makan buah. Kalau aku buat bekal untuk Nurin which is nasi goreng atau mee/meehoon goreng aku akan buat lebih sikit untuk hubby. Aku lak takleh nak makan benda berat-berat pepagi, nanti asik nak burping je. Tapi aku akan pastikan aku minum sekurang-kurangnya 2 mug air masak masa sahur tu, kalau tak rasa cam kering je sepanjang hari.

Apa pun, kau rasa, pose tahun ni memang lain dari yang lain, ramadhan yang akan aku kenang sampai bila-bila!!

Monday, October 10, 2005

A Miracle?

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)

Lama dah aku tak update, memang banyak perkara yang berlaku minggu lepas yang menyebabkan banyak perkara yang perlu diselesaikan, in fact, hari ni pun ada beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan.

Seperti hadis kat atas, apa yang berlaku memang musibah dan menguji kesabaran. Kadang-kadang bila duduk-duduk tu, aku terfikir juga, apa la agaknya yang Tuhan cuba nak beritahu atau apakah hikmah di sebalik semua ni. Apa pun, aku dan hubby redha, ini cuma sikit, mungkin peringatan je, ada orang tu lebih teruk lagi kena berbanding dengan aku. Jadi lepas ni, kenalah lebih berhati-hati dan selalu berdoa pada Allah agar dijauhkan dari segala petaka.

Ada kawan aku kata, macam mana aku bole handle semua ni, I seemed like very calm and positive. Ye la, nak buat macam mana, benda dah jadi pun, pasrah dan redha je la, aku dan hubby hanya mampu berdoa semoga Allah kuatkan iman kami berdua, berikan kesabaran untuk menghadapi apa jua rintangan dan murahkan rezeki kami lagi selepas ini.

Dan hari ni, aku yakin setiap musibah dan kesabaran ada ganjaran disebaliknya. Dan juga tepat la seperti rukun iman yang ke enam, percaya pada qada dan qadar Allah, kerana Allah sahaja yang mengetahui kenapa dia buat macam tu dan apa yang terbaik untuk kita.

Kronologinya :

Selasa, 04.10.05, 7.45 pagi : Accident, kena langgar dengan motor pada bahagian depan kereta
Rabu, 05.10.05, 12.30 tghari : Accident, bumper kena ‘cium’ dengan kereta belakang
Khamis, 06.10.05, 3.00 ptg : Got a job interview via phone.
Isnin, 10.10.05, 9.45 pagi : Real interview and I GOT A JOB!!!

Alhamdulillah, kuyakini, inilah ganjaran dan hikmah yang aku dapat selepas ditimpa musibah itu. Aku tak terkata, terucap dan tak tergambar, begitu cepat semuanya berlaku, it was like a blink! And I’m truly grateful and blessed by Allah our Creator, Alhamdulillah. Dan aku percaya, juga bahawa doa-doaku selama ni telah Allah dengari cuma mengambil masa sahaja untuk diperkenankan. And its never enough to thank to Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Tak dapat aku gambarkan, ini lah saat-saat yang aku tunggu sejak 3 tahun yang lalu, an offer and a real job. Dalam dok gembira tak terkata ni, terkenang juga kengkawan kat sini, I will miss them tremendously! I will miss my job here and my supervisor cum my teacher. She is very nice and kind to me dan aku hanya mampu berdoa agar dia sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Tak terbalas segala jasa-jasanya padaku hanya Allah juga yang mampu membalasnya.

As I always been told, God works in mysterious way, and what I have to do is, keeps on pray and have faith in Him!

Tuesday, October 04, 2005

Malang tak berbau...

Aku keluar dari rumah macam biasa pagi nih. Elok je masuk dalam kereta, hujan pun turun renyai-renyai, walau pun tak lebat, tapi rintiknya halus dan banyak pulak. Fikiran aku takde lain, nak belikan Nurin breakfast pastu nak sambung kerja-kerja semalam.

What a lovely day today, kereta tak banyak, cuaca lak redup je. As we reached a junction, signaled to right and ready to cross the road when suddenly....


Bannngggg!!!.....



…..i just closed my eyes and held Nurin tightly when a motorcycle hit our car. Please God, save the motorist, because I don’t want he/she be our religiously nightmares. Slowly I opened my eyes and I saw, the motorist stand up and tried to walk.

Nampak macam luka, terhincut-hincut dia jalan. Hubby bawak dia masuk motorist tu that I discovered later was a ‘bangla’. Dalam kereta, semua orang senyap, yang kedengaran cuma keluhan kesakitan bangla tu. I’m trying to make a conversation with hubby tapi cam tak terbuka mulut.

Me : Teruk ke dia?

Hubby : Dia kata sakit kepala

Me : Kereta camne?

Hubby : ..sigh…teruk la jugak

Me : …sigh….

It was very quite until we reached Pusat Kesihatan. Aku tak rasa apa, bersalah langsung takde sebab aku rasa bangla tu yang bawak laju sangat dan langgar kitaorang. Lagi satu, aku pernah mengalami accident yang lebih teruk dari ni, jadi takle la trauma. But for hubby, it really a trauma! Sebelas tahun memandu, tak pernah terlibat dengan accident and he was very ‘skema’ dan berhemah, jadi cam takleh nak terima dia kena langgar.

Apa yang aku rasa masa tu, rasa cam nak lempang-lempang je bangla tu, tapi tak bole la pulak sebab rasa perikemanusiaan menghalang. Lagi pun dia luka kan? Yang buat rasa nak lempang tu sebab dia la lepas ni aku kena buat report kat polis, maybe tak pasal-pasal kena bayar compound, pastu kereta pulak ntah berapa la habis nak mem’repair’nya nanti.

Meanwhile, I tried call abah, but not answered. I really need an opinion how to make a report and I’m just lucky and blessed to have a friend like ‘ Deli’ who was a lawyer. He gave me some advise and information that very useful to us for the police report. Dalam dok aku bersembang ngan Deli through phone, aku nampak bangla tu melintas depan aku…hmmm…nampak cam ok je. Lepas ambil ubat aku Tanya dia beberapa soalan.

Me ; So camne sekarang?

Bangla : Tak apa, nanti ada kawan mari ambil

Me : U macam mana bawak motor, laju tau?

Bangla : Tak ada la akak, saya slow juga, itu hujan jalan licin

Me : Dah tahu hujan kenapa bawak laju?


Bangla : Tak ada la akak, sori la..

…eerrmm…pakkal je kat tempat public dan pakkal je ko sakit, kalau tak mau aku pelangkung kat situ jugak…

Sebelum kitaorang blah, bangla tu sempat bersalaman dengan hubby dan minta maaf. Bila fikir-fikir balik, nampak sangat cam orang bersalah kan? Menyesal tak heret sekali ke balai.

Later we discovered the motorcycle that he ride ada 6 saman dan satu waran tangkap! 2 dari saman tu saman sebab takde lesen! And that make hubby think maybe motor tu ‘motor panas’. Hubby takde mood nak pegi keje, terus amik EL. Lepas tu dia jadi PI la pulak, kumpul maklumat dan bukti, mana la tahu esok-esok bangla tu muncul nak claim apa-apa la pulak, so ada la benda for defense ourself. But, aku rasa bangla tu tak deserve untuk dapat claim apa-apa dan dia sepatutnya bersyukur yang dia masih hidup!

Well may dear friends, aku menyambut kedatangan Ramadhan tahun ni dengan ujian dari Tuhan. Bak kata adik aku 'Harap ko ngan abang An banyakkan bersabar, mungkin Allah nak uji ko di awal Ramadhan ni dan mungkin ada rahmat dan ganjaran darinya lepas ni. Sabar ye..'

Ya, at the end of the day, kami redha. Ini ujian Tuhan dan telah ditakdirkan. Berhemah macam mana pun kat jalan raya, kalau kita tak langgar orang, orang lak yang langgar kita. Aku bersyukur , aku, hubby dan Nurin tak apa-apa. Cuma kereta la, ..mmm…nak buat camne, sabo je la..

Btw, aku nak ucapkan terima kasih terutamanya pada Deli, u gave me so much help and relief and I know u always be there for a friend! Pada yang telefon dan sms bertanya kabar, thank you so much. Cuma semalam tak sempat nak cerita sebab sampai lab je, banyak dah kerja menanti…sigh…

Sempena bulan yang mulia dan penuh kerahmatan ni, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada semua, semoga kita menjadi lebih sabar, bertimbang rasa dan memperolehi ganjaran yang banyak, amin…

Daun ketumbar buah pelaga,
Buat penyedap penambah rasa,
Ikhlas dari kami sekeluarga,
Selamat menjalani ibadah puasa.