Sunday, July 20, 2008

Konvensyen

Hari ni (Sabtu 19hb Julai), kitaorang wakil-wakil Etiqa Takaful menghadiri Sales Conventions and Kick-Off for new financial year 2008/2009. Konvensyen diadakan di Sunway Convention Center bermula dari pagi sampai la ke petang. Malamnya pulak di adakan Big Challenge 2 Award Presentation Nite di Sunway Resort Hotel and Spa.

Sejak aku memulakan business ni, ini la aku rasa event yang paling grand pernah diadakan, dan untuk malam tu temanya dalah Arabian Nite dan menunya Chinese set. Untuk tidak mengecurkan air liur korang, aku tak upload gambar-gambar makanan...heheh..tak sampai hati, tapi antara hidangannya braised shark's fin sup with crabmeat and golden mushroom, boneless chicken with lemon sauce, fried sea bass with thai sauce, ling zhi mushroom with assorted vegetables, deep fried tiger prawn with king of soy sauce, chinese fried rise dan desert yang sangat la sedap, chilled honeydew with sago and vanilla ice.

Peergghhh....macam nak meletup perut aku dibuatnya. Walau pun makan sikit-sikit, tapi sampai 8 hidangan memang la sendat!! Nasib baik la abaya yang aku pakai dapat meng'cover' perut yang nak meletup tu.


Ya habibi, ya maulana, ya unta...eh...silap...;) Arabian Nite la katakan, melaram tak ingat!


Another pak arab-pak arab tauke minyak.


Ini la la business partner yang tak kisah susah senang sentiasa bersama, i loves both of you very much!!!!



Akak handbag putih tu ada anak 4 orang, nak masuk 5 kalau kira yang dalam perut tu...tapi business baik punya, kalah aku....huhuhu.... So, ini lah business partner, sahabat menangis dan ketawa, yang sama-sama berjuang mengejar impian. InsyaAllah, sama-sama kita menuju puncak kejayaan!!


..................Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkerlipan
Menyerlah jauh dari yang biasa...................

Sunday, July 13, 2008

Adik Sufi

Dah lama nak suruh anak dara aku nan seorang ni bertudung, macam-macam tudung dah aku belikan, tapi tak pernahnya lekat tudung tu kat kepala barang sejam dua. Ada je yang tak kena, gatal la, panas la, macam-macam alasan dia.

Baru-baru ni aku pergi satu butik, butik pakaian kanak-kanak. Puan punya butik, aku pernah jumpa memandangkan suaminya kerja dalam bidang yang sama. Saja la nak tenguk-tenguk, nak cari seluar atau skirt labuh untuk Nurin.

Sedikit sebanyak mengenai Puan punya butik ni, dia ada 4 orang anak perempuan, sebab susah sangat nak cari pakaian muslimah untuk kanak-kanak, dia mengambil inisiatif untuk mereka sendiri pakaian untuk anak-anak dia.

Bila aku belek-belek baju, material dia, not bad, sama je dengan jenama pakaian kanak-kanak sekarang, yang berbeza pakaian menepati matlamat untuk menutup aurat. Salah satu yang aku berkenan ialah tudung Syria. Masa aku pergi tu, tinggal 3 pasang je, aku borong 2 pasang, itu pun yang tinggal warnanya aku tak berapa suka.

Bila aku suruh Nurin pakai, dia berkenan dan hari ni buat pertama kalinya berjalan, Nurin bertudung! Alhamdulillah, suka sangat aku tenguk dia bertudung. Pasal pakaian takde masalah sebab selama ni pun, aku akan belikan baju jalan yang berlengan panjang, seluar panjang dan skirt labuh. Lagi pun sejak Nurin kecil lagi aku dah ajar dia, malu kalau pakai baju tanpa lengan, nampak ketiak...heheh...so, sekarang dia pun taknak pakai baju tanpa lengan.

So, siapa-siapa yang nak cari pakaian muslimah untuk kanak-kanak boleh la datang ke Butik Al Amin Kids, sama ada di Giant Kinrara atau di SACC Mall, Shah Alam. Aku tak dibayar untuk mengiklankan butik ni, tapi suka la aku nak share dengan korang semua.




Manis anak dara aku ni bertudung, sejuk hati aku memandang :)


...............................................................


Ada sedikit pengumuman untuk sesiapa yang singgah di blog ini. Sudilah kita sama-sama membantu Adik Sufi yang sedang memerlukan bantuan . Untuk membaca maklumat lanjut sila klik sini.

Tuesday, July 08, 2008

Masih belum terlambat

Suatu malam selepas meeting, aku dapat sms dari x-classmate, Suffian (Yan) masa matrik dulu, malas nak balas sms tu aku call je terus. Antara perbualan kitaorang malam tu ....

Yan : Ko tahu Noha, ada sebab kenapa aku berusaha nak mengumpul kawan-kawan kitani.

Aku : Kenapa Yan?

Yan : Ko ingat Mad?

Aku : Ingat, budak Sabahkan? Aku rasa dia dok area sini-sini je.

Yan : Dia dah takde Noha, baru je, Isnin lepas.

Aku : (Terdiam tak terkata, terbayang-bayang muka Mad yang happy go lucky tu)...eerr...nape dengan dia Yan?

Yan : Denggi berdarah, memang takde siapa yang tahu, dah tahu pun lepas-lepas tu. Err...btw,aku dengar cerita Helmi pun sakit juga.

.......................

Bercampur baur perasaan aku malam tu, gembira sebab jumpa semula kawan lama yang hampir 12 tahun tak jumpa, sedih mendengar berita kematian Mad dan gundah sebab Helmi sakit. Ntah kenapa setelah sekian lama tak dengar cerita, cerita buruk belaka yang aku terima.

Aku beritahu Yan malam tu, yang Helmi dah lama berusaha nak mengumpul list kekawan masa di matrik dulu, tapi asyik la separuh jalan. Dan aku betul-betul respect dengan usaha Yan, bersungguh telefon, sms, email sana sini nak mengumpul kekawan masa matrik dulu. Bilangan kitaorang tak ramai, walau pun tak kenal semua orang, tapi tahu la siapa-siapa yang disebut tu.

Sehari selepas tu, baru la aku dapat call Helmi, dan apa yang buat hati aku remuk redam, Helmi bagitau dia dapat cancer. Ya Allah, beratnya dugaan kawan aku yang sorang ni. Hampir menitik air mata aku, terus je sejam selepas tu aku telefon kawan-kawan yang lain dan kitaorang plan nak pergi tenguk dia keesokkan harinya.


Aku, Nurin, Siela dan anak-anak, serta Dayang bersama Helmi. Alhamdulillah, Helmi nampak sihat dan gembira dengan kehadiran kitaorang. Helmi bagitau cancer dia baru first stage dan baru je habis first set of kemoterapi.

Aku ni memang pelik sikit, dengan kawan-kawan rasa kasih dan sayang, tak kira la lelaki atau perempuan. Apatah lagi macam Helmi ni, kitaorang pernah la rapat maksud aku pernah belajar sama-sama, pegi library sama-sama, keluar tgk wayang, dia pernah datang rumah aku kat BP, tido sana lagi dan biasanya semua tu bersama-sama kawan-kawan yang lain. Jadi aku rasa sedih sangat bila dia sakit ni. Rasanya macam baru je jumpa, last year kalau tak silap, masa tu dia sihat lagi.

Apa pun, aku bangga dengan sikap Helmi, dia langsung tak tunjuk dia sakit, ceria, gembira dan mahu berjuang melawan cancer, walau pun dalam hati dia Allah je yang tahu. Aku mohon, kita semua sama berdoa untuk Helmi supaya diberi kekuatan dan ketabahan dan semoga cancernya dapat diubati.


..................................................................................................................

Bulan Jun lepas, masa aku memang banyak dihabiskan untuk kerja, kerja dan kerja, maklum la dah nak financial end. Sejak bulan Mac sampai la Jun, bersambung-sambung aku join kaunter, kekadang siang je, kekadang sampai malam. So, Julai ni aku nak relaks sket, kerja-kerja juga, tapi aku nak meluang masa sikit untuk Nurin dan Hubby. So, apa yang kitaorang buat, kitaorang pergi Gym!


Pergghh...kembang kempis hidung aku menahan mengah...huhuhu...tak larat dah ni dah sejam lebih, semua peralatan dalam tu kitoarng dah cuba, Nurin lak dah merengek-rengek nak main kat swimming pool. Balik tu semua pengsan, beberapa hari ni badan Hubby sengal-sengal sana sini, heheh..tu la, lama dah tak exercise. ;P


Ni upah untuk budak yang sangat la bersabar tunggu mama dan babah bersenam. Bila dah jumpa kolam, tak ingat apa dah, kalau boleh nak berendam sepanjang hari.


Sorry eh, aku tak buat lagi entry pasal rumah baru, tapi baru-baru sempat la kitaorang buat solat berjemaah bacaan Yassin dan tahlil masa mak ngan bapak aku datang sini. Untuk pengetahuan korang hingga ke hari ni, masih ada lagi barang yang tak berkemas, dah tak kuasa nak melayan, lantak le.


Afiq layan Atuk baca tahlil, bergoyang-goyang badan dia ikut kitaorang berwirid.