Tuesday, July 08, 2008

Masih belum terlambat

Suatu malam selepas meeting, aku dapat sms dari x-classmate, Suffian (Yan) masa matrik dulu, malas nak balas sms tu aku call je terus. Antara perbualan kitaorang malam tu ....

Yan : Ko tahu Noha, ada sebab kenapa aku berusaha nak mengumpul kawan-kawan kitani.

Aku : Kenapa Yan?

Yan : Ko ingat Mad?

Aku : Ingat, budak Sabahkan? Aku rasa dia dok area sini-sini je.

Yan : Dia dah takde Noha, baru je, Isnin lepas.

Aku : (Terdiam tak terkata, terbayang-bayang muka Mad yang happy go lucky tu)...eerr...nape dengan dia Yan?

Yan : Denggi berdarah, memang takde siapa yang tahu, dah tahu pun lepas-lepas tu. Err...btw,aku dengar cerita Helmi pun sakit juga.

.......................

Bercampur baur perasaan aku malam tu, gembira sebab jumpa semula kawan lama yang hampir 12 tahun tak jumpa, sedih mendengar berita kematian Mad dan gundah sebab Helmi sakit. Ntah kenapa setelah sekian lama tak dengar cerita, cerita buruk belaka yang aku terima.

Aku beritahu Yan malam tu, yang Helmi dah lama berusaha nak mengumpul list kekawan masa di matrik dulu, tapi asyik la separuh jalan. Dan aku betul-betul respect dengan usaha Yan, bersungguh telefon, sms, email sana sini nak mengumpul kekawan masa matrik dulu. Bilangan kitaorang tak ramai, walau pun tak kenal semua orang, tapi tahu la siapa-siapa yang disebut tu.

Sehari selepas tu, baru la aku dapat call Helmi, dan apa yang buat hati aku remuk redam, Helmi bagitau dia dapat cancer. Ya Allah, beratnya dugaan kawan aku yang sorang ni. Hampir menitik air mata aku, terus je sejam selepas tu aku telefon kawan-kawan yang lain dan kitaorang plan nak pergi tenguk dia keesokkan harinya.


Aku, Nurin, Siela dan anak-anak, serta Dayang bersama Helmi. Alhamdulillah, Helmi nampak sihat dan gembira dengan kehadiran kitaorang. Helmi bagitau cancer dia baru first stage dan baru je habis first set of kemoterapi.

Aku ni memang pelik sikit, dengan kawan-kawan rasa kasih dan sayang, tak kira la lelaki atau perempuan. Apatah lagi macam Helmi ni, kitaorang pernah la rapat maksud aku pernah belajar sama-sama, pegi library sama-sama, keluar tgk wayang, dia pernah datang rumah aku kat BP, tido sana lagi dan biasanya semua tu bersama-sama kawan-kawan yang lain. Jadi aku rasa sedih sangat bila dia sakit ni. Rasanya macam baru je jumpa, last year kalau tak silap, masa tu dia sihat lagi.

Apa pun, aku bangga dengan sikap Helmi, dia langsung tak tunjuk dia sakit, ceria, gembira dan mahu berjuang melawan cancer, walau pun dalam hati dia Allah je yang tahu. Aku mohon, kita semua sama berdoa untuk Helmi supaya diberi kekuatan dan ketabahan dan semoga cancernya dapat diubati.


..................................................................................................................

Bulan Jun lepas, masa aku memang banyak dihabiskan untuk kerja, kerja dan kerja, maklum la dah nak financial end. Sejak bulan Mac sampai la Jun, bersambung-sambung aku join kaunter, kekadang siang je, kekadang sampai malam. So, Julai ni aku nak relaks sket, kerja-kerja juga, tapi aku nak meluang masa sikit untuk Nurin dan Hubby. So, apa yang kitaorang buat, kitaorang pergi Gym!


Pergghh...kembang kempis hidung aku menahan mengah...huhuhu...tak larat dah ni dah sejam lebih, semua peralatan dalam tu kitoarng dah cuba, Nurin lak dah merengek-rengek nak main kat swimming pool. Balik tu semua pengsan, beberapa hari ni badan Hubby sengal-sengal sana sini, heheh..tu la, lama dah tak exercise. ;P


Ni upah untuk budak yang sangat la bersabar tunggu mama dan babah bersenam. Bila dah jumpa kolam, tak ingat apa dah, kalau boleh nak berendam sepanjang hari.


Sorry eh, aku tak buat lagi entry pasal rumah baru, tapi baru-baru sempat la kitaorang buat solat berjemaah bacaan Yassin dan tahlil masa mak ngan bapak aku datang sini. Untuk pengetahuan korang hingga ke hari ni, masih ada lagi barang yang tak berkemas, dah tak kuasa nak melayan, lantak le.


Afiq layan Atuk baca tahlil, bergoyang-goyang badan dia ikut kitaorang berwirid.

3 Comments:

At Friday, July 11, 2008 3:44:00 AM , Blogger Ann said...

hye akak;
ha3..sy pn selalu cr org2 yg nm sm dgn sy..:)

 
At Friday, July 11, 2008 9:45:00 AM , Blogger Nadiah said...

Aku kenal Helmi dan aku pun kenal Mad walaupun aku tak sematrik dengan nko dulu. Sebak bila aku dapat tahu cerita pasal member2 nko ni. Semoga kita semua dirahmati Allah.

 
At Thursday, September 04, 2008 1:24:00 PM , Blogger Rosnani Rasadi said...

Dik, akak prihatin dengan masalah yang Helmi hadapi. Boleh tak akak nak recommend susu igG kolostrum pada beliau. bukan apa ada beberapa testimoni yang akak ada pulih dengan pengamalan susu ini. kita tahukan susu dapat mencegah daripada sel2 badan yang sakit daripada terus aktif kesan daripada jangkitan. InsyaAllah ikhtiar perlu dilakukan. Salam akak buat Helmi.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home