Bubur putih, bubur merah
Dulu-dulu, bila lulus periksa (selalunya periksa yang besar-besar la, macam upsr ke, pmr ke) atau ada sesuatu yang baik berlaku, nenek aku akan buat bubur putih bubur merah. Bubur ni selalu disediakan dalam masyarakat jawa sebagai simbolik atau tanda kesyukuran dan pada aku melambangkan peristiwa-peristiwa dalam kehidupan seharian.
Pertama kali aku buat bubur ni, 2 minggu lepas sempena majlis kesyukuran untuk Irfan. Majlis ni lebih kepada perjumpaan adik beradik maklum ada yang duduk JB dan ada yang di sini.
Bubur putih bubur merah terdiri dari 2 bahagian, merah rasanya manis dan putih rasanya tawar dan masin sedikit. Selalunya dibuat menggunakan beras pulut, tapi ada juga yang buat guna beras nasi.
Irfan tanpa feeding tiubnya, isn't he adorable? aku paling suka bibirnya yang mungil tu, geram! Berat Irfan dah makin bertambah dan dia makin comel. Aku dah mandikan dia 2 kali dan dah pernah bagi dia susu. Tukar pampers pun pernah, tapi rasa kekok sikit, maybe sebab dah lama tak buat dan anak orang, jadi macam takut je kalau sakit ke apa. So far, kalau seminggu tak jumpa, rasa dah rindu. Jadi bila berkesempatan di hujung minggu, mesti nak tenguk dia.
.................................................................................................
Mak saudara Hubby, Cik Yah telah kembali ke Rahmatullah kerana serangan jantung pada hari Rabu lepas. Arwahnya baru berusia 48 tahun dan sebelum ni tidak pernah mengalami sakit apa-apa. Aku rasa sedih sebab arwah Cik Yah seorang yang mesra dan peramah, melayan aku dan Hubby seperti anak-anaknya sendiri. Semoga Cik Yah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, Al-Fatihah.
7 Comments:
1.huhu tak tau plak ada bubur putih bubur merah...ingatkan bawang putih bawang merak jek :P
2. comel nurin pakai tudung itam tu..
takziah atas pemergian makcik an.
family aku kalo kesyukuran buat pulut kuning, x prnh buat bubur putih bubur merah. tp kalo family yusman mmg buat bubur ni. aku bole mkn, tp x brape suka.
muka nurin pakai tudung, mcm muka ko. dh tentunye anak ko ek?? ;)
mak aku masih buat..
BPBM nih..
w/pon kami dah jadi org melaka....
atuk ketawakan kami...
cesss....
org melaka tak pandai mkn....
ah ah mcm muka ko...
sejibik....
al-fatihah utk arwah cik yah.
bubur ni mak aku pun slalu buat,mcm ko ckp la sebagai tanda kesyukuran esp bila exam besar2 tu-hmm kalau dah senegeri tu sama je la adatnya,tak boleh nak lari
ala,comelnya irfan,alhamdulillah sihat dia..
Aku pernah makan bubur ni, arwah Tok Mama yang rajin buat. Tapi tak tahu la pulak ada ceritera di sebalik masakan ni.
p/s : Suka aku tengok Irfan makin sihat. Mudah2an cepat-cepatla di besar dan tak payah pakai tiub tu lagi
azura : aaddaaaa....cuma takde la semerah mana, btw, nurin comel macam mama dia ;p
xura : thanks. pulut kuning pun kekadang buat juga, sebab family aku mmg suka makan pulut, kalau ko tgk nurin makan pulut, macam makan nasi, apa je yg berkaitan dgn pulut dia suka, pulut panggang, kuih serimuka..etc...and a ah, ramai yg kata nurin potostat aku :)
julia : heheh...atuk tak biasa, ko kena la buat, bagi dia makan
mar : thanks. alhamdulillah irfan semakin sihat, makin bulat
nad : sebenarnya irfan masih guna feeding tiub tu, aku ambil gambar ni masa nak tukar feeding tiub dia. tiub tu 2 hari sekali tukar.
amboih, comelnya cik akak kecik nurin tu ha.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home