Saturday, June 28, 2008

6 tahun yang hebat

Seminggu sebelum berpindah ke rumah baru dan selepas sebulan seminggu duduk rumah baru, baru la streamyx dapat on balik...hhmmm.....dalam tempoh tu, aku rasa 3,4 kali je aku online, itu pun nak check email-email penting, sekali tenguk mailbox, beribu-riban email dalam tu.

Alhamdulillah, pertama sekali aku anak beranak selamat dah berpindah ke rumah baru....heheh..takde la jauh mana pun dengan rumah lama, kawasan yang sama juga lebih kurang 5 minit perjalanan. Kalau ikut perkiraan, setahun 2 minggu kami pindah, pindah sekali lagi. Huh! Kalau la tahu nak pindah lagi, baik la semua barang dok je dalam kotak. Tak larat betul rasanya, pack, unpack, mengemas, sampai la sekarang, ada lagi yang duduk dalam kotak...huhuhu.....

Tapi entry kali ni, aku bukan nak citer pasal rumah baru, aku nak citer sambutan anniversary kitaorang yang ke 6. Alhamdulillah, diam tak diam dah 6 tahun kitaorang nikah. Nak dijadikan cerita, Ana dan Napi juga akan bernikah pada tarikh yang sama, so aku dah siap-siap mintak permission kat diaorang nak bersanding sekali lagi. Nak sanding sekali lagi dengan bajet sendiri, ntah tahun bila la kan, ni dah siap ada pelamin, tumpang je le ;).

Part yang best tu, tailor aku siap buatkan veil untuk baju yang aku akan pakai pada hari tu, bukan tu je, pepandai dia menambah manik dan labuci kat baju tu. Aku punya la segan nak pakai, kang ada orang yang tersalah sangka ingat kitaorang pulak yang jadi pengantin...huhuhu.

Majlis pernikahan dan persandingan di adakan di Rumah Limas, Teluk Danga, Johor Bharu. Syukur pada Allah, majlis berjalan lancar dari bernikah sampai la bersanding. Majlis Ana akan aku cerita pada entry yang lain eh? Kali ni, bagi can la kat pengantin lama nak berangan bersanding semula ;P


Muka 'pengantin' dah berminyak-minyak, takde sape nak touch up, gasak la kan, janji dapat bergambar.

Cik Kak ni jadi pengapit kami pada hari tu, sibuk nak mengipas, siap warning tu, "Mama ngan Babah kawen sekali ni je tau"...hohoho...jeles la tu.


Walau pun pelamin orang lain, dapat la menumpang nak amik gambar pun jadi la :)


Pengantin sebenar menjadi pengapit kami berdua pada hari tu...heheh...dan korang tenguk la anak dara aku berposing, ni Uncle Izhar dia la ni yang menunjuk ajar... nasib baik la ramai jemputan dan balik, takde la segan sangat atas tu.

Begitu la ceritanya sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6, harapan dan doa kami, semoga jodoh ini berkekalan hingga akhir hayat kami, diberkati dan dirahmati kami sekeluarga serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Aminnn.......




5 Comments:

At Tuesday, July 01, 2008 2:57:00 PM , Blogger Nadiah said...

Arramakkk Noha..! Selamat Menjadi Raja Sehari Sekali Lagi..! Aku suka tengok part pengantin jadi pengapit korang. Hahahaha!

 
At Tuesday, July 01, 2008 3:18:00 PM , Anonymous Anonymous said...

bole sama pulak tarikh nikah korg ek??... semoga bahagia slalu. amboi nurin, posing maut tuuu..

 
At Tuesday, July 01, 2008 3:22:00 PM , Anonymous Anonymous said...

sori yg komen atas tu aku. heheh

 
At Thursday, July 03, 2008 11:41:00 AM , Blogger nadahahs said...

hepi anniversary to both of u..

kitaorg tengah menunggu anniversary ke4 hehehe.. tapi tak der le peluang nak naik pelamin macam korang... sedey.. teringin tu teringin laa.. hak hak hak..

 
At Tuesday, July 08, 2008 9:42:00 AM , Blogger noha chomel said...

nad : tq..tq...:) bila lagi nak melaram...:)

xura : diaorg dah pilih tarikh tu, baru perasan sama tarikh ngan kitaorgn, kitaorag tak kisah pun, nanti leh sambut anniversary sesama.

nadahahs : tq :) happy anniversary in advanced. btw, semoga anak cepat sembuh.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home