Sunday, May 04, 2008

Janji

Thanks kekawan di atas sokongan kalian, sorry tak sempat nak balas komen-komen korang, nak post this entry pun makan sejam! Entry kali ni, korang renguk gambar-gambar je la ye?


Sejak Isnin sampai la Rabu, aku akan sampai di rumah lepas pukul 10.30 malam. Kesian Nurin, so aku janji dengan dia aku nak bawak dia jalan-jalan masa cuti Hari Pekerja nanti. Pada Nurin aku pernah cerita, 10 tahun yang lepas masa zaman berendut dulu aku pernah ke Taman Rama-rama, jadi Nurin pun teringin la nak ke sana. Aku pun teringin juga nak tenguk, apa perubahan setelah 10 tahun berlalu.

Berani-berani takut Nurin masa aku suruh ambil gambar dengan rama-rama, terjerit-jerit macam la rama-rama nak gigit dia.


Tak banyak rama-rama masa ni, agaknya bukan musimnya. Kalau masa rama-rama banyak, silap-silap kat kita pun dia hinggap.


Terdapat galeri yang menempatkan buakn saja rama-rama yang telah diawet, juga serangga, amfibia dan reptilia lain, salah satunya Katak Daun.


Antara koleksi rama-rama tercantik di dunia.


Boleh cam tak gambar apa yang aku ambil ni?....

... yang ini juga....


.... dan ini?....


Nampak apa yang aku nampak?


Bila tenguk kura-kura banyak macam tu, rasa geli pulak...iskk...


Nurin dan Babah.


Nurin dan Mama.



Taman Rama-rama terletak Jalan Cenderasari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang. Bayaran masuk untuk dewasa RM 8 dan RM 4 untuk kanak-kanak.