Thursday, May 06, 2010

January 2010

Keseronokan anak mula bersekolah tak terasa seperti mana ibu bapa lain yang cukup teruja bila anak sulung mula memasuki alam persekolahan. Pada minggu akhir dalam bulan Dec, Nurin dapat 'chicken pox', tak tahu la berjangkit dari siapa, sebab dah lama dia tak pergi nursery. Lagi pun bulan Dec tu dia banyak balik kampung, sekejab ke Batu Pahat, sekejab ke Johor Bahru. Dr pun tak dapat pastikan, cuma chicken pox ni airborne disease, so siapa-siapa pun boleh berjangkit.

Selepas satu majlis makan-makan akhir bulan Dec tu, aku pun mula batuk, hhmm...talking about banyak sangat minum air oren here...hehehe...batuk berterusan sampai awal bulan January. Tak pergi klinik pun sebab makan ubat beli dari farmasi, itu pun habiskan ubat yang lama (ubat sentiasa ada sebab senang sangat dapat batuk). Bila nak beli baru, baru teringat yang period tak kunjung tiba. Takut la jugakkan?

Sebenarnya sepanjang bulan Dec tu dah 2 kali aku buat upt test, awal bulan dah akhir bulan memandangkan my last period was in Nov. But both are negative. So, untuk tidak mahu mengecewakan diri sendiri, malas dah nak buat. Dalam 2 tahun kebelakangan ni tu je la keje aku, macam nak give up pun ada, tapi ku teruskan juga usaha.

Sebagai langkah keselamatan, aku pun buat la upt test untuk kesekian kalinya. Kali ni, tak perlu tunggu lama, muncul 2 line yang sangat jelas. Sampai aku ketuk-ketuk test stick tu...betul ke, ntah-ntah rosak...heheh...Macam tak percaya pun ada. Malam tu pergi klinik, buat sekali lagi test dan memang positive. Alhamdulillah!!

Berbalik kepada 6 bulan lepas, selepas buat medical check up in June 2009, the dr discovered aku ada ovarian cyst, since then aku mulakan treatment di hospital in July. Memandangkan anak pertama dah berusia 7 tahun, dr cadangan kitaorang buat fertility test dan diikuti dengan fertility treatment kalau perlu. Dari bulan July sampai la Oktober, banyak la test yang aku buat, blood test, hormone test, HSG and for Hubby, sperm count. Sepatutnya next due for follow up in January, jadi tak sabar nak bagitau kat dr yang im already concieved. :) (Later bila dah jumpa dr, dr kata result sperm count tu very excellent...heheh...patut la kan? hahahah....dan aku dapat tahu juga yang HSG juga boleh meningkat tahap kesuburan).

Kenapa ek, once dapat tahu je bila pregnant, mula episode muntah loya semua???...Heran betul aku, sebelum tu ok je, lepas confirm everything bukan morning sickness je, afternoon, evening and night sickness semua ada! Dan nak dijadikan cerita, lepas Nurin elok je dari chixken pox, aku pulak yang kena! But there is agood news. dr kata lebih baik la kena awal-awal pregnancy, kalau akhir nanti takut pulak berjangkit kat baby. Untuk keselamatan semua pihak, balik la aku ke Batu Pahat untuk proses kuarantin. Sedih sebab terpaksa berjauhan dengan Hubby dan Nurin, but its really a blessed dapat bersama-sama dengan mak dan abah...teringat macam masa bujang dulu, seronok dilayan orang tua!..hahaha

Bulan ini juga, Irfan dan in laws tinggal bersama kitaorang. Panjang ceritanya tapi aku terima dengan hati yang terbuka. Pasti ada hikmah disebalik semua ni nanti. Lagi pun aku percaya dengan berbakti kepada orang tua, Allah akan buka pintu rezeki seluas-luasnya untuk kita dan aku juga Hubby merasakan ini la masanya sementara masih berkesempatan. Memula tu memang la sukar, banyak adjustment nak kena buat, but once you gone through it, insyaAllah everything will be ok itu pegangan aku.

Nampaknya since Dec till January ni, kerja-kerja jadi tergendala. Banyak hari aku tak keluar rumah buat sales, ada satu ketika aku terlentang je kat atas katil. Kalau bangun sure nak muntah dan paling menyedihkan aku tak lalu nak minum. Air masak yang begitu sedap diteguk dikala waktu panas tak boleh nak melalui tekak ni, walau pun seteguk. Makan pula kena berkira-kira sama ada boleh bertahan lama untuk tidak dimuntahkan atau tidak.

Kadang tu, kalau dah lapar, aku makan juga tapi akhirnya keluar juga. Tak pun aku akan keluarkan segala isi perut sebelum aku makan, boleh la bertahan agak lama sikit dengan cara tu. Akhirnya, aku boleh minum tapi dengan syarat air sejuk, lagi sejuk lagi bagus..siap ais sekali. Kalau ikutkan sure dah terbatuk-batuk, tapi Alhamdulillah, kali terakhir aku batuk, masa bulan January tu la. Sampai sekarang aku masih minum air sejuk, agak-agak ok aku minum la air masak biasa je...kalau tak loya la.

Dengan keadaan aku begitu, aku kehilangan hampir 4kg. Oh ya, lupa nak bagitau. Aku tak begitu teruja untuk berkongsi khabar gembira ni dengan sesiapa sebab lepas jumpa dr untuk sessi follow up tu, perkembangan baby tak seperti yang sepatutnya. Dr hanya confirmkan yang aku pregnant di dalam rahim takpe still takde heartbeats. Kalau ikutkan sepatutnya dah ada dan itu yang buat aku sedih dan risau. Dr kata mungkin salah kira, tak bole ikut tarikh akhir aku period, so kena tunggu next appt which in Feb. Sementara itu, tak tentu hala aku jadi. As i wanted this so much aku takut aku tak bole terima kalau jadi seperti yang tidak sepatutnya berlaku. Sehingga appt seterusnya aku hanya mampu berdoa dan berhati-hati dengan apa jua yang aku lakukan that harm my little baby inside me. Aku berdoa dan berdoa agar semuanya ok....

1 Comments:

At Monday, May 10, 2010 4:31:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

teiba rasa nk bukak blog. hmm.. rasa seronok dpt baca blog mcm dulu2. fb x sebest blog tp time is limited nk tulis blog dh x sempat. btw aku doakan baby lahir dlm keadaan sihat nnt. :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home