Thursday, May 14, 2009

Cuti-cuti Melaka

Bila aku dapat tahu Yana nak kahwin dalam bulan Mei, aku pun plan dengan Hubby nak bercuti-cuti ke Melaka pulak. Dah lama kitaorang berangan nak bercuti kat Melaka ni, especially Bandar Melaka, katanya dah banyak perubahan. Lagi pun last aku berjalan-jalan kat Bandar Hilir tu masa aku sekolah rendah. Di samping tu, boleh la jugak jumpa kawan-kawan kat Melaka, tapi akhirnya Julia je yang aku dapat jumpa, maklum la masa tu cuti panjang, ramai la yang dah ada program memasing.

Seronok berjalan, memborong t-shirt bertemakan Melaka yang cantik-cantik, makan seafood kat Alai dan ber'river cruise' malam harinya. Sehari semalam memang tak cukup! Nanti la, lain kali boleh datang lagi.


Meraikan Yana yang melangsungkan perkahwinannya di Felda Bukit Senggeh, Jasin. Yana ni rakan dalam business, sama-sama agen. Dah macam adik kitaorang je, selalu bermalam kat rumah aku kalau datang KL, tak sangka dah kahwin. Semoga, jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.


Kitaorang bermalam di Emperor Hotel, Jalan Munshi Abdullah. Dapat tingkat 21 dan pemandangan yang menarik. Selain dari kitaorang satu family, Kak Roza dan her husband, Abg Pojie pun join kitorang. Asalnya nak sama-sama ke rumah Yana, tapi bila dengar aku nak makan kat Alai dan ber'river cruise' diaorang pun nak join sekali. Hotel ni dekat sangat dengan Jeti dan untuk ke Alai, dalam 15 min.


Ada meja solek dan kerusi meja untuk menulis atau minum/makan yang pemandangan mengadap Bandar dan Selat Melaka.


Cik kak ni, tak dapat swimming pool, bathtub pun okeh.


Beca-beca yang dihias cantik.


Sayup mata memandang, tak sempat naik , Hubby dan Nurin je yang naik sebab aku jumpa prospek.


Malam tu, kitaorang makan seafood kat Alai, restoran Hj Musa. Ketam dan pepahat ni pilihan Kak Roza.


Ikan kerapu stim pun pilihan Kak Roza.


Sotong goreng tepung dan kupang masak halia.


Kegemaran Hubby, pari bakar.


Tu dia...habis licin! Berbaloi betul makan, semua makanan kat atas, campur air buah-buahan bergelas-gelas lebih kurang RM100 jek, percaya tak?


Masa ni lagi setengah jam pukul 10 mlm, tapi beratur masih panjang, kitaorang dapat naik bot pukul 9.45 dan habis round pukul 10.30. L-R ; Nurin, Hubby, Amer, Nisa, Abg Pojie dan Kak Roza.


Tengah tunggu bot.


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...heheh...muka berminyak lepas makan, tambah berpeluh sebab pakai life jacket tu. Kunun-kunun bergambar dgn life jacket, sudahnya aku buka sebab tak tahan panas.

View dari bilik hotel, seluruh Bandar Melaka dan Selat Melaka. Cantik! Tak sangka dapat bilik ini, kitaprang cuma booking untuk non-smoking area je, sekali tu dapat tingkat 21 dan mengadap laut, walau pun jauh tapi cantik betul pemandangannya.


Sebelum naik Menara Taming Sari, aku tak ikut masa ni sebab ada presentation dengan prospek. Walaupun cuti, tapi kalau peluang buat business, sapu je ;)


Suraya yang innocent, asyik la melekat kat mama dia. Ikut aku pun tak nak. Ju tak kasi aku amik gambar dia, so lengan dia je boleh la buat mengubat rindu kawan-kawan.


Sajian lunch di rumah Julia, udang masak sambal, sup ayam dan yang terbaik asam pedas ikan kembung. Fyi, 2 mangkuk asam pedas tu aku yang habiskan! Thanks Ju, sedap sekali!


Cayalah adik ku, masa dinner pun sempat study, esok nak exam...huhuhu.... Masa ni pergi dinner sambutan Hari Ibu kat Tera-Thai, Jalan Mohd Amin, kat JB. Balik dari Melaka, terus ke JB, ada urusan yang perlu diselesaikan.


Cik Ana tengah monitor Nurin baca menu, sambil Uncle Bob sebut dalam dialek Thai...heheh...boleh jadi translator.


Nurin ni, apa yang Uncle Bob buat, semuanya interesting, Uncle buat air pun tenguk penuh minat.

8 Comments:

At Friday, May 15, 2009 10:30:00 AM , Blogger Xura'Z Craft said...

hmm.. seronok jln2 kan??.. slalu rasa cam x cukup masa je. dh lama nk jln kt melaka nk bwk aiman naik beca, tp blm ada kesempatan lg.

 
At Friday, May 15, 2009 1:46:00 PM , Anonymous Anonymous said...

hehe. saya suka itu gambar yang lassttt sekali.

ngehngehngeh.

-cikanabanana-

 
At Friday, May 15, 2009 4:27:00 PM , Blogger Leyla Shuri said...

salam noha,

Hotel Emperor ada kabel internet dlm bilik ke? Maklumkan ye. Itu nampak dalam gambar.

 
At Friday, May 15, 2009 8:04:00 PM , Anonymous nohachomel said...

xura : kalau dari bp, balik hari pun bole, tapi setakat jejalan kat bandar hilir je la :). aku tak naik beca sebab kesian dgn org yg nak kayuh nanti..heheh

ana : yup, akak pun suka :)

kak lela : wslm kak lela, takde internet, tapi kami guna celcom prepaid, kalau ada free wifi pun cuma di coffee house. :)

 
At Tuesday, May 19, 2009 3:09:00 PM , Blogger mommamia said...

best nyer naik cruise tu,mak aku ckp cantik kalu naik bot tu mlm2,dia mcm area perkampungan air kan?aku yg duduk muar sekangkang kera ng melaka pun tak penah gi situ lg,tp mknan tu sumer nyam nyam la noha,esp ikan bakar pari tu,tu fav aku gak tu-noha,next time leh try kt medan ikan bakar sabak awor muar,sedap dan murah!aku blk muar lps gian mkn seafood sumer kt situ la sbb murah,kalu kt kl mahalll,tak dpt la harga cam gitu

 
At Wednesday, May 20, 2009 6:56:00 AM , Anonymous nohachomel said...

betul mar, sebab tu naik memalam, so segala sampah ke, pemandangan yg tak menarik tu leh la cover. dia lalu kg morten, katanya kampung tu siap dibagi bil api percuma asalkan tetiap mlm diaorg kena pasang lampu2 kat umah diaorg...menarik! aku penah dengor gak kat muor ada tmpt makan ikan bakor besr...nak kena try ni. belah mana ek?

 
At Wednesday, May 20, 2009 12:19:00 PM , Anonymous Anonymous said...

dengar-dengar dah sampai eh?

-cik ana banana -

 
At Wednesday, May 20, 2009 2:25:00 PM , Blogger mommamia said...

noha,medan ikan bakar sabak awor kt area bandar gak,kalu ko dr tangkak/melaka ko naik jambatan baru gi muar,turun2 jambatan jer nmpk signboard jln ismail,ko masuk situ,nnti ada la sign board medan ikan bakar tuh-sedap dan yg penting muraaah,sotong goreng tepung cicah sambal kicap dia fuhh,powerrr!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home