Tuesday, February 24, 2009

21 tahun.....

.....aahhhh....itu sepuluh tahun yang lalu. Sekejab je dah 10 tahun kan? Masa tu aku dalam semester 6 di universiti, tengah berhempas pulas menyiapkan thesis. Tinggal satu kelas yang perlu aku habiskan dan kebanyakan masa di dalam makmal melakukan eksperimen. Masa tu tak sampai setahun pun kenal dengan Hubby dan dia masih tinggal dan bekerja di JB.

Sambutannya pun aku tak ingat dah, hmm...banyak juga yang hilang dari ingatan ini. Cuma yang aku ingat, aku dapat jam Swatch dari Hubby. walau pun dah tak bergerak jarumnya, aku masih simpan jam tu :).

Semalam, ucapan pertama yang aku terima adalah dari Hubby sebelum dia pergi kerja. Seharian sibuk dengan kerja, malamnya pula ke KLIA, menghantar Syeda dan Izhar. Syeda akan melanjutkan pelajaran di Australia, Izhar pula akan menemankan Syeda sehingga semua urusan selesai di sana. Buat masa ni Irfan akan bersama-sama Nek Wan dan Kak Supi di JB. So, takde la special celebration, maybe celebration tertunda ada kot, tak gitu Honey?? ;)

Mulanya pelik juga kenapa la takde ucapan dari sms diterima, sedih juga....ye la kalau kawan-kawan tak ingat, takkan la mak dan makcik-makcik yang rapat pun tak ingat juga...huhuhu.... Rupa-rupanya Celcom buat hal, semua sms baru aku dapat hari ni.

Sebenarnya, aku tak harap apa-apa pun, ingatan dari mak, abah dan kawan-kawan dah buat aku rasa aku sentiasa dalam ingatan dan di hati mereka :). Aku bersyukur aku masih berpeluang menikmati kehidupan ini, sihat, bekerja, dikelilingi keluarga dan sahabat-sahahat tercinta dan terutama sekali Hubby dan Nurin. Aku berdoa, semoga terus diberikan kesihatan dan panjang umur agar dapat melihat Nurin membesar dan berjaya, juga berpeluang menggapai impian.


Tertidur Irfan dibuai ayah, nasib baik juga la dia tidur kalau dia sedar masa Syeda dan Izhar berlepas, takut menangis pulak dia.


Sempat Utih memberikan tips dan gambaran bagaimana keadaannya di Melbourne, maklum la kerja Utih baanyak buat Utih ke luar negara. Aku dengan Hubby dengar je la dulu, mana la tahu satu hari bakal menyusul pula. :)


Sambutan hari jadi tahun ni ditaja oleh Utih dan Cik Wa, takde kek cuma makan malam je, terima kasih daun keladi!

3 Comments:

At Wednesday, February 25, 2009 10:33:00 AM , Anonymous Anonymous said...

aku nak jadi org pertama wish ko
dlm blog...
sms dah terlambat...hehhe

happy 31st b'day...
semoga ko sihat..ditambah rezeki melimpah ruah dan mencapai impian....
aku sgt happy dpt kwn dengan ko...byk yg aku belajo..spjg persahabatan kita...
ok noha..
take care...hope 2 C U soon...

 
At Friday, February 27, 2009 4:32:00 PM , Anonymous Anonymous said...

ARGHHHHHHHHH!!!!

I'M THE WORST ADIK IPAR IN THE WHOLE WIDE WORLD!!! HAPPY BELATED B'DAY. sorry la..siaran tertunda. :)

-ana & napi-

 
At Saturday, February 28, 2009 9:03:00 AM , Blogger noha chomel said...

ju : thanks ju, aku pun nak jumpa ko sebelum ko bersalin, nanti eh kita plan :)

ana : ala...takpe (sedih nihhh....) agak2 boleh claim seoul garden tak as bday present..hikss...acah je, thanks ana, bila nak turun kl lagi?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home