Wednesday, December 24, 2008

....sudah basi.....

Semalam, buat pertama kali aku memasak daging korban untuk raya tahun ni. Sejak seminggu lepas kerja dari pagi ke malam, so bila ada kat rumah ni kononnya nak le masak nyang spesel sikit. Tengah dok sibuk kat dapur, Hubby bagi resepi ni. Bila dah siap tu, boleh tahan la rasanya...hik..hik.... almaklum la masak sendiri, cuba rasa masakan restorannya, ntah-ntah jauh langit dengan bumi rasanya. Pada aku resepinya senang, cuma banyak step nak memasaknya.


Sup Tulang Merah Beach Road Singapore, sedap dimakan dengan roti.


Sebenarnya nak cerita pasal raya korban hari tu, asik la tertangguh, so citer ikut gambo je la.... sudah agak basi ceritanya, tapi nak buat juga entry supaya bole jadi kenang-kenangan. 2 tahun lepas (2006) aku buat korban utk Nurin (aku rasa aku ada buat entry, tapi carik tak jumpa!), tahun lepas (2007), aku buat korban utk Hubby, baru tahun ni aku dapat buat korban untuk diri sendiri. Aku punya last sebab mak dengan abah pernah buatkan bebrapa kali termasuk la di Mekah masa diaorang menunaikan haji dulu-dulu. Cumanya kali ni aku buat, sebab aku nak guna duit dari pendapatan aku sendiri. Alhamdulillah, sampai juga niat aku nak 'berkorban' tahun ni.



Ini masa singgah di R&R Senawang kut, nak sarapan. Hubby pun dapat la meluruskan kaki...hehhe...walhal baru je bertolak.


Nasi kerabu dan nasi dagang yang dibeli di pasar tani Salak Tinggi. Kak Sya yang suruh cuba, memang sedap!


Sempat singgah di Muar, menjenguk Mar and her newborn hero, Iman Izmeer. Geramnya dengan baby ni, tapi tak sempat nak belek lelama, dia asik la tido jek!


Kat rumah Mar, dijamunya masakan oarng Johor yang terkenal tu, apa lagi kalau bukan asam pedas. Asam pedas ikan mayong lagi...huiihh....sedap sampai menghirup kuah di pinggan!...hahahha.... Ko masak memang best (dalam dok berpantang tu, sempat berkuntau masak asam pedas ni, nasib baik tak bentan!), nanti balik kl, masak lagi panggil kitaorang makan eh?? ;P


Masa kat BP, pegi tenguk Xura and her newborn baby juga, Aina Nur Izazi.... what a beautiful name. Tenguk tu baby Aina, mata bukan main cerah, padahal dah dekat pukul 10 mlm tu. Comnel sangat rasa macam nak bawak balik rumah! :)


Kekonon nak ambil gambar dengan lembu yang bakal dikorbankan, tapi sampai-sampai kat rumah nenek, orang dah siap melapah. hhmm...... Cekap juga kumpulan menyembelih tu berkerja, so kerja aku tinggal menimbang je la....


Kali ni, Surau Taman Soga buat korban 21 ekor lembu, korabn terbanyak dalam sejarah di situ. Punya la efisien kerja diaorang ni, 21 ekor selamat disembelih dan dibahagi-bahagikan pada hari raya pertama tu juga. Balik tu, abah dapat kepala lembu ni... banyak juga daging kat kepala ni rupanya, dekat 2 kg pun ada siap dengan lidah sekali. Hari tu, kitaorang makan rendang kepala lembu.


Wahh!.... mentang-mentang menantu orang Utara, apa lagi la abah request ketupat palas. Nasib baik la menantu pandai buat, Jon pun boleh la menolong sama, maklum la dah selalu menolong mak dan pak mertua, mesti la pandai. ;P


Juadah pagi raya.


Kat rumah nenek, tahun lain dari yang lain, selain hidangan ketupat, ayam merah dan lodeh, Cik Jannah buat Laksa Johor. Memang best, lama tak buat ni, sesekali jumpa, balun laaa.....


Alhamdulillah, sambutan hari raya berjalan dengan lancar dan baik, juga hajat nak berkorban pun dapat. InsyaAllah, panjang umur, ada rezeki tahun depan boleh buat korban lagi.



.

9 Comments:

At Thursday, December 25, 2008 5:29:00 PM , Anonymous Anonymous said...

eh, siap ada gambo ng aina skali.. bila masa la korg aik gambo ni??

aku x prnh dgr or mkn kepala lembu. bkn ke slalunye org tanam je kepalanya?

 
At Friday, December 26, 2008 1:18:00 PM , Anonymous Anonymous said...

laaa...masa amik gambo dgn aina tu ko ada sekali la....iiskk...ko ni, kang aku amik bawak balik pun tak sedo nanti

kepala lembu yg di tanam tu selalunya sebab takde sape yang nak 'menyiang'...tu pasal tanam je.

 
At Saturday, December 27, 2008 4:46:00 PM , Blogger mommamia said...

terselit gak muka hero aku kt blog ko-again,thanks noha sudi singgah n lunch kt rmh aku,mak aku tak abis abis menyebut suka tgk ko ng an mkn,ye la mak aku kembang la asam pedas dia org suka hhhi-meriah tul raya qurban ko noha,aku tgk gmbr je dah terasa kemeriahannya!

 
At Monday, January 05, 2009 12:01:00 PM , Anonymous Anonymous said...

emmm..
meriahnye...
aku abiskan ngan makan ngan tengok astro...
kat taman aku kureng sikit laa...

pehh...gambo last mcm haji n hajjah...

 
At Tuesday, January 06, 2009 7:24:00 AM , Anonymous Anonymous said...

mar : hahaha...kalau bab makan, takleh nak kata apa la mar....semua yg dihidang kami bedal! orang johor kalau tak makan asam pedas, bukan orang johor namanya :)

julia : sebenarnya tak meriah mana pun, cuma byk aktiviti, mungkin juga sebab buat korban kat rumah sendiri, jadi semua orang ada tu yg ramai, pastu jadi la meriah. masin mulut ko ju, lagi 3 tahun dpt la kitaorng title tu insyaAllah!

 
At Thursday, January 08, 2009 12:35:00 PM , Anonymous Anonymous said...

ehem! selamat tahun baru. bila nak updet ni?

 
At Thursday, December 31, 2009 3:21:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Ihre Idee ist prächtig cialis levitra [url=http//t7-isis.org]cialis ohne rezept[/url]

 
At Sunday, January 10, 2010 7:53:00 AM , Anonymous Anonymous said...

os habéis equivocado, puede ser? http://nuevascarreras.com/tag/comprar-cialis/ cialis 20 precio Sì, una buona scelta [url=http://nuevascarreras.com/tag/comprar-cialis/ ]cialis o viagra [/url]

 
At Tuesday, November 20, 2012 9:35:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Terrific post but I was wanting to know if you could write a litte
more on this topic? I'd be very grateful if you could elaborate a little bit more. Thanks!
my page - john thomas financial

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home