Friday, December 05, 2008

15 Nov 2008 - Hari Ini Dalam Sejarah

When I'm started this career, I just have no choice, T have to do something, to work as to earn money for the family. Memang struggle masa memula tu since this is totally different environment from my previous job, tapi takpe aku belajar and gained as many experiences as I can.

Memula tu, ramai juga kawan-kawan yang menjauhkan diri, takut agaknya aku paksa diaorang ambil takaful, padahal diaorang tak dengar lagi apa yang akan aku terangkan. Tapi aku yakin apa yang aku buat ni betul, untuk kebaikan bukan sahaja aku je tapi untuk juga orang lain. Mungkin juga ramai yang meragui kemampuan aku, ntah-ntah aku buat ni hanya hangat-hangat tahi ayam. So, takpe aku teruskan juga apa yang dah aku mulakan. Lagi pun rezeki ada di mana-mana. Parents pun macam tu, both sides, dalam menyokong apa yang aku buat, kalau nampak ada kerja kosong kat mana-mana sibuk suruh aku apply. Tapi aku kuat hati dan semangat. Aku ni jenis ‘never look back’. Bila aku melangkah, aku akan terus melangkah dan buat sehabis baik!


Alhamdulillah, Allah tu Maha Pengasih, Maha Pemurah dan mendengar doa dan rintihan hambaNya. Perlahan-perlahan bila aku semakin stabil, ramai orang mula percaya dengan kemampuan aku. Mungkin tempoh yang aku ambil untuk menjadi seperti hari ni panjang pada orang lain, tapi pada aku, aku kena consider juga benda-benda lain bukan saja pada career. Aku percaya pada sikit-sikit, lama-lama jadi bukit…slow and steady, kang laju sangat kalau ‘eksiden’ atau 'jatuh', sakit wooooo.


Kawan-kawan yang selama ni sentiasa memberikan sokongan dan percaya kepada kemampuan aku (you know who you are…:) ) terima kasih banyak-banyak! Especially for hubby, thank you for your support and understanding, terima kasih kerana sentiasa di sisi walau pun dalam keadaan susah. Percayalah kesenangan ini bukan untuk Sayang seorang tapi untuk kita sekeluarga.



Alhamdulillah, syukur Ya Allah, perjuangan ku dalam masa 2 tahun 8 bulan menyertai Etiqa Takaful sungguh berbaloi! Bukan sahaja aku menyediakan keperluan perlindungan kepada sesebuah keluarga yang menyertai takaful aku juga menyumbang dalam ekonomi umat Islam. That's why I am proud of what I am doing :).


To my clients, you are in good hands :) . Terus la menyokong kepada sistem muamalat Islam!


Bila abah tenguk suratkhabar ni, dia ckap kat aku, "Terima kasih la sebab masukkan nama abah dalam suratkahabar ni" sambil senyum meleret-leret. Walau pun dia tak cakap, aku tahu he is proud of me :). (klik gambar untuk besarkan keratan suratkhabar)


Beratur nak ambil award. In this industry, tak kira tua atau muda kalau ikhlas bekerja dan bersungguh-sungguh, insyaAllah, tiada ganjaran di dunia, ganjaran di akhirat sedia menanti.



Kak Roza, my best friend, kawan waktu tak kira susah atau senang. Sentiasa memberikan bantuan, may Allah bless u my dear :)


Siang dapat award, malam pergi dinner pulak. Yang tudung hijau tu, kecik-kecik cili api! Selalu aku 'curi' semangatnya masa aku 'down' atau tengah sedih. She is such a motivator :)


Enjoy betul malam tu, melaram, makan-makan dan memasang impian. Satu je yang aku pohon, doakan ye kawan-kawan, aku sentiasa sihat dan dapat bekerja. Banyak lagi impian yang belum aku gapai dan semoga Allah panjang umur aku dan orang-orang yang aku sayang, aku belum puas menabur bakti dan menghamburkan kesenangan kepada mereka...aminnnnn!



.

7 Comments:

At Tuesday, December 09, 2008 10:25:00 AM , Anonymous Anonymous said...

yee noha
aku mmg tahu ko BOLEH lakukan...
o seorang yang kuat berusaha..
teruskan usaha ko....

 
At Wednesday, December 10, 2008 8:17:00 PM , Anonymous Anonymous said...

gud luck noha... teruskan usaha. insya allah cit-cita dan impian ko akan dicapai.

 
At Saturday, December 13, 2008 7:28:00 AM , Blogger Zetty said...

congratulations Noha!
akak mewakili kawasan cyberjaya dan putrajaya, amat berbangga dgn kejayaan anda.

tahun depan akak sign up ok.

 
At Saturday, December 13, 2008 4:27:00 PM , Blogger mommamia said...

congrats noha!ko mmg seorg yg full of determination dan dr awal2 lg aku tahu ko mmg boleh berjaya dlm bidang ni-ur parent,an mesti bangga sgt ng ko,tak semua org blh achieve apa yg ko dh capai skang ni,alhamdulillah n all the best!

 
At Sunday, December 14, 2008 10:13:00 PM , Anonymous Anonymous said...

ju : aku mmg boleh! :D hahahaha.... mesti la kena keje kuat ju, selain ini periuk nasi aku, aku pun kena buktikan kat semua org yg aku buat benda ni bukan main2. bak kata org, alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!

xura : thanks! yeahh chaiyuk..chaiyukk...InsyaAllah!

kak zetty : thank you! sokongan cik 'YB' amat la saya hargai, lebih-lebih lagi bila cik 'YB' sign up nanti ;P. (bila sebut tang 'kawsan' tu terasa la macam menteri2 bila berucap..hehheh)

mar : thanks! berliku2 jalan yg aku lalu untuk sampai ke tahap ni. Alhamdulillah, Allah sentaisa bersama-sama orang yang tak berputus asa. fyi, out of 15,000 agent all over malaysia, tak sampai 100 org yg termasuk dlm producer club ni, so aku rasa mmg berbaloi keje aku selama ni :)

 
At Tuesday, December 16, 2008 9:03:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Yup... jutaan tahniah untuk Pn Noha bt Md Supian. hehehe memang ko berbakat beso.. lebh beso dr orangnyer... apa-apa pun, kami kat sini doakan terbaik untuk ko sekeluarga..

Amin....
-SsSs-

 
At Tuesday, December 30, 2008 2:43:00 PM , Blogger Fara said...

bangga nyer aku baca citer ko .. :-) .. mmg kuat la ko ni .. aku dulu pernah ada cita2 mcm ko, tapi terkubur mcm tu jek ...


keep it up!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home