Aidilfitri 2008...Part 1
Puas pujuk Nurin untuk ambil gambar ni, kitaorang kata lepas ni nak pegi Eye On Singapore, pastu buat-buat telefon, kata tempat tu tutup...heheh.... Irfan dan tidur kepenatan, ramai sangat yang nak bergambar dengan dia, glamer betul!
Tahun ni giliran beraya dengan mertua di Johor Bahru dan Singapura. Selasa sehari sebelum raya, aku dan Hubby bertolak pukul 4 dari rumah, singgah di Batu Pahat ambil kuih dan baju raya dan sampai di JB 11.30 malam. Babah kata kena keluar dari rumah pukul 6 pagi untuk elakkan jem di kastam Singapura...hhmm..... camne ek? Sebelum tidur, aku gosok semua baju nak pakai esok, maklum la, semua anak menantu balik, selain dari berebut bilik air nanti, papan gosok baju dan seterika pun mesti jadi rebutan.
Aku bangun pukul 5.30 pagi, Babah dah siap berbaju raya! Alamak... sempat ke nih??? Gedebak-gedebuk...pukul 7.20 pg kitaorang baru bertolak. Almaklumlah, kalau dah ramai-ramai tu...faham-faham je la...heheh
Alhamdulillah, tambak dan kastam semuanya clear! Tak jem pun, kitaorang sempat sampai di Masjid Sultan, tepat pada waktunya. Bila semua kaum lelaki pergi solat Aidilfitri, kitaorang yang pompuan-pompuan ni, piknik kat tempat letak kereta :P Lepas selesai solat, baru la ke rumah Nek Wan di Opera Estate.
Juadah Aidilfitri. juadah ni sebenarnya dah bercampur dengan jiran sebelah. Speciality Nek Wan, Udang Sambal dan Sambal Pengantin....very...very rich...i mean with fat and cholestrol, nasib la setahun sekali je. Aku suka lodeh kat sini, lain dari yang lain, ada terung, nangka dan tahu yang di belah dua selain dari sayur-sayur yang biasa.
9 Comments:
comel nye anak buah ko..
aku ni kepingin lak nak
baby boy....
meriah sungguh ari raye ko....
ke sana ke mari....
penuh la schedule ko...
ann mcm da naik sket je.. hehehhe
insyaAllah tahun depan bertiga..
tingkatkan usaha...hehehe...
saya pn tahun dpn nak gak bertiga ;)
insya allah next yr b'4... boy lak tuuu.... :D
julia > a ah...an mmg naik badan dia, semau seluar ketat! dia kata dia byk makan sebab bulan puasa ari tu hari2 aku masak kan umah..hhmm....
ana > yeahhh...akak berempat anak bertiga...yakin boleh!!
xura > aku harap sgt menjadi, tak sanggup nak ulang proses tu...scaaaaryyyyyy...
hai Noha, salam kenal.
I'm Fiya, ur hubby's peers...hehe
Nice 2 know you have a family blog.
With best wishes, Slamat Hari raya, Maaf zahir Batin.
wah.. betullah.. happening gile raya nko thn ni.. dah la raya kat oversea, lauk-pauk pun berlambak!
This comment has been removed by the author.
fiya > hi! selamat hari raya 2 u 2, i tahu and hubby selalu sebut. my hubby baru je kerja, so sila beri tunjuk ajar ye :)
nad > heheh...balas dendam sebab beraya kat spital last year, oversea apakebendenya, seberang tambak je daaa...itu pun sebab FIL aku sipngaporean, so nenek ada kat sana. lauk pauk tu mmg confirm every year...sib baik tahun ni makan dgn berhemah ;P
selamat hari raya noha!selain dr gmbr family yg semuanya cantik2 belaka dgn baju gemerlapan,gmbr mknan tu betul2 meng'capture' mata aku,penuh selambak satu meja!sambal udang ng lodeh mkn ng ketupat nyum nyum,sedaaapnya..fuhh mmg meriah la noha raya ko,nasib la sethn skali raya kan,kalu tiap2 bulan raya,harusla bdn membulat jwpnya
insyaAllah..tahun dpn ber4,aminnn amin..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home