Sunday, July 13, 2008

Adik Sufi

Dah lama nak suruh anak dara aku nan seorang ni bertudung, macam-macam tudung dah aku belikan, tapi tak pernahnya lekat tudung tu kat kepala barang sejam dua. Ada je yang tak kena, gatal la, panas la, macam-macam alasan dia.

Baru-baru ni aku pergi satu butik, butik pakaian kanak-kanak. Puan punya butik, aku pernah jumpa memandangkan suaminya kerja dalam bidang yang sama. Saja la nak tenguk-tenguk, nak cari seluar atau skirt labuh untuk Nurin.

Sedikit sebanyak mengenai Puan punya butik ni, dia ada 4 orang anak perempuan, sebab susah sangat nak cari pakaian muslimah untuk kanak-kanak, dia mengambil inisiatif untuk mereka sendiri pakaian untuk anak-anak dia.

Bila aku belek-belek baju, material dia, not bad, sama je dengan jenama pakaian kanak-kanak sekarang, yang berbeza pakaian menepati matlamat untuk menutup aurat. Salah satu yang aku berkenan ialah tudung Syria. Masa aku pergi tu, tinggal 3 pasang je, aku borong 2 pasang, itu pun yang tinggal warnanya aku tak berapa suka.

Bila aku suruh Nurin pakai, dia berkenan dan hari ni buat pertama kalinya berjalan, Nurin bertudung! Alhamdulillah, suka sangat aku tenguk dia bertudung. Pasal pakaian takde masalah sebab selama ni pun, aku akan belikan baju jalan yang berlengan panjang, seluar panjang dan skirt labuh. Lagi pun sejak Nurin kecil lagi aku dah ajar dia, malu kalau pakai baju tanpa lengan, nampak ketiak...heheh...so, sekarang dia pun taknak pakai baju tanpa lengan.

So, siapa-siapa yang nak cari pakaian muslimah untuk kanak-kanak boleh la datang ke Butik Al Amin Kids, sama ada di Giant Kinrara atau di SACC Mall, Shah Alam. Aku tak dibayar untuk mengiklankan butik ni, tapi suka la aku nak share dengan korang semua.




Manis anak dara aku ni bertudung, sejuk hati aku memandang :)


...............................................................


Ada sedikit pengumuman untuk sesiapa yang singgah di blog ini. Sudilah kita sama-sama membantu Adik Sufi yang sedang memerlukan bantuan . Untuk membaca maklumat lanjut sila klik sini.

1 Comments:

At Friday, July 18, 2008 9:39:00 AM , Blogger mommamia said...

comellllmya nurin..mmg sejuk mata memandang..aku tau butik tu,kt sacc mmg ada satu, aku rasa mmg dpt smbutan sbb susah nak cari butik pakaian muslimah utk kanak2-harap2 adik iman irina pun ikut jejak kakak nurin lah nnti..oopss silap,mak iman irina dulu!hihi

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home