Wednesday, September 10, 2008

Selamat menjamu.........mata

Maaf la yek, update je blog terus cerita pasal makan, nak buat macam mana eh, yang empunya blog ni sangat la suka perihal makan-makan ni.


Masa cuti sekolah bulan lepas, aku balik kampung dengan Nurin, lama la tak duduk kampung. Khamis malam Jumaat ikut mak pergi surau, yasinan dan lepas tu biasa la, ada makan-makan. Malam tu, hidangannya nasi briayani kambing...hhmm....best!


Cik Nurin Salma ni, memang suka sangat makan daging kambing. Tak cukup lauk, siap mintak lagi tuhh...uuiiskk... mama pun bole tumpang sekali eh Nurin ? :)


Ini hidangan berbuka semalam, jagung bakar, burger, pizza, fries dan sedikit kuih muih. Memula ingat nak buat burger je, tapi teringat Nurin suka pizza. Bila balik dari sekolah terus ke dapur, nampak je mama buat pizza, senyum sampai ke telinga.


Chicken chop untuk Nurin masa berbuka di Ancasa, PD. (ceritanya kemudian, lain entry ye). Anak aku ni, memang la suka western.


Ini pulak menu berbuka untuk mama dan babah, nasi putih, kuih-muih, kerabu mangga dan betik, sambal tempoyak, daging salai masak lemak cili api (agak cair, kurang 'kick') dan ikan bawal masak kicap. Sambal tempoyak tu, sangat la sedap! Kat Negeri Sembilan je pulak tu yang ada, pernah gak aku jumpa kat buffet Palace of Golden Horses, tapi melampau la pulak kalau mengidam nak kena makan kat hotel kan?


Maka, tidak sah la kalau balik JB, tak berbuka di Singapura. Hidangan buka puasa diakhiri dengan manisan kek mangga (tak ingat hari jadi sape), yogurt (campur berry, coklat mars...hhmm....heaven!) dan cocktail cincau (favourite ni).


Antara juadahnya, mengikut jam, roti, ayam panggang dan sayur-sayuran, makaroni sup, beef steak (merah) dan yang tengah-tengah tu, kepak ayam goreng. Tidak kelihatan, Shatsuka dan Butter Rice.


Selain dari itu, ada kuih koci, karipap, mutabak, wadeh, kurma dan buah anggur.


Sengaja aku upload gambar makanan, nak bagi korang teruja bila menjengah ke blog ni. InsyaAllah akan banyak lagi menyusul entry seterusnya memandangkan bulan ni, aku nak slow down sket bekerja. Boleh la mengemas rumah sekali. Sehingga berjumpa lagi, selamat menjamu mata dan selamat berpuasa. :)

4 Comments:

At Thursday, September 11, 2008 2:35:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

alahai sedapnye la makanan2 tu... buat aku terliur je. dh la selera mkn sentiasa ada, even tekak kdg2 rase x brape nk sedap n perut tegang.

 
At Thursday, September 11, 2008 4:22:00 PM , Anonymous Anonymous said...

kek mangga tu utk besday nek wan la.. apa da cucu ...itu pn lupa ka?

-pembuat koci kenyal-

 
At Thursday, September 11, 2008 4:34:00 PM , Blogger mommamia said...

arghhh tidaaaaak!nyesal aku masuk blog ko di ptg2 yg bening ni noha,dah la tgh lapar nih!huhu-perghhh kecur air liur tgk mknan tu sumer,tu 1st gmbr tu nasik beriayani ng air sirap bandung,combination yg umphh!!lama tak mkn ramai2 dlm dulang camtu,kt johor jer praktis style ni kan?lg terasa kemeriahan dan kelazatannya..mmm nyumm nyumm

 
At Friday, September 12, 2008 8:41:00 AM , Blogger noha chomel said...

xura : mmg sedap. actually kali ni aku bole control selera.semua makanan rasa, tapi amik sikit2 je. tapi bila nampak ada cocktail cincau tu, nafsu mmg takleh nak control, 4 mangkuk aku bedal! sedap! sampaikan aku belaja camne nak buat cincau tu, skrg ni,dah 2 hari berturut2 aku bedal air cincau...heheheh

pembuat kuih koci : hehehhe....akak ingat ada 2 org punya besday kan? akak ada gak gambar nek wan tgh potong kek, tapi mana la tahu besday dia sebab ingatkan saje bagi dia honour utk potong kek tu.

mar : eerr....nanti raya minta maaf eh? makan dlm dulang tu, mmg kat johor je kalau jumpa, especially waktu sekolah atau pun majlis maulud nabi kan?.itu nasi briyani dgn sirap bandung mmg marvelous!bandung tu plak, bandung soda...aku dah tak kira lemak tepu ke tak tepu...malam tu mmg bedal je! eh, aku penah try briayani kat tesco shah alam, briyani jm ke? tak ingat la nama dia...pergghh...mmg best, tapi camne pun takleh lawan la briyani kat johor. pada aku, semua mkanan johor hanya sedap bila makan kat johor je :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home