Tuesday, September 16, 2008

Kalau dah rindu....

Puasa tahun ni, aku slow downkan sikit kerja. Aku masih keluar, temujanji, mesyuarat tapi aku akan pastikan aku balik awal dan sempat memasak. Ini lebih jimat dan makanan semestinya lebih fresh dan lebih sedap. Lagi pun bila Nurin semakin membesar, banyak pulak makannya, tak padan dengan badan yang kurus cekeding.

Buka puasa hari ni, hubby request roti sardin dan kuew teow kungfu. Aku tak bagi hubby beli kuih-muih kat luar, sebab malam ni lepas terawih kitaorang nak berjalan ke Bukit Jalil, so terus mentong sekali.


Setiap tahun dalam bulan hubby akan buat makanan kegemaran dia, roti john. Sesekali menunjukkan skill di dapur kalah chef kat hotel ;P


Sabtu lepas, aku ajak Jon anak beranak datang berbuka. Menu hari tu aku masak mee & meehon kari, resepi special dari Batu Pahat.


Hubby buat roti john, Mila buat kuih buah melaka dan aku buat air sirap bandung cincau. Roti john dan air bandung tu licin!


Kesian mak dan abah kat Batu Pahat, menjenguk blog ni hampir setiap hari, nak tenguk gambar cucu-cucu. Awal puasa hari tu sempat la aku balik berbuka di kampung. Nampaknya takde la balik lagi sampai la raya nanti. Mak dan abah pulak tak sempat nak datang sini sebab Amad sekolah, lagi pun tahun ni nak PMR.


Terselit gak si encem boy ni. Irfan dah pandai berguling, senyum dan ketawa. Teringat tahun lepas, rasanya macam baru sangat Syeda keluar masuk hospital sampai 4 kali dalam bulan puasa masa tu. Sekejab je dah setahun.


Ini la budak comel yang Mak Tok dan Atuk tunggu-tunggu nak tengak gambar dia. Puas kitaorang agah biar Afiq ketawa nak bagi Mak Tok dan Atuk tenguk gigi Afiq yang dua batang tu.

Kalau tenguk betul-betul bole nampak gigi Afiq 2 batang kat gusi bawah. afiq ni dah pandai jalan, tapi saje abah dia letak dalam walker, kalau tak merata dia berjalan!


Serupa tak kami berdua? Siap berbaju melayu datang rumah berbuka puasa, tak padan kecik! Muka comel tapi sgt la cheeky...geram! Nasib rumah dekat, bila rindu terus bole jumpa. Harap Mak Tok dan Atuk terubat la rindu bila tenguk gambar-gambar ni ya :)

4 Comments:

At Friday, September 19, 2008 6:20:00 AM , Blogger Fara said...

Noha, aku tukar link sbb kantoi ngan boss eekekeke .. btw, slamat berpausa to u and family .. dah anak dara dah nurin .. comel dia pakai tudung tu .. Lydia pun mintak nak pakai tudung masa raya .. :-)

 
At Friday, September 19, 2008 10:36:00 AM , Blogger mommamia said...

astagfirullah..sabar..sabar marfuza..urut dada..aku akan pastikan lps ni ptg2 jerr aku gi blog ko noha,air bandung,roti john,mee kari arghhh..menggegar iman btul!huhu-aku pun prefer masak noha,beli pun kuih muih skit jer,selain dr jimat,mkn pun puas,ktdg2 org yg menjual tu mknan tak sedap mana pun,bape kali dah aku kena

 
At Friday, September 19, 2008 1:03:00 PM , Blogger Cik Ana said...

ikhs, comelnye encem boy tu. terpesona jap dgn mata bulat n bibir mungil dia tu.

adeh..rindu la plak kt anak2 sedaghe.

 
At Friday, September 19, 2008 3:20:00 PM , Blogger noha chomel said...

fara : hohoho...kantul ngan bos! :) hati2 dong!

mar : heheh..minta maaf zahir batin ye puan, raya nanti dtg umah hehehe masak mmg jimat! btw, nantikan entry majlis buka pose eh ;P

ana : meh le dtg kl, jalan2 sambil melawat anak2 sedara :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home