Tuesday, December 02, 2008

Rombongan 'Cik Kiah'

Pengumuman

Mar telah selamat melahirkan baby boy on 23rd of November. Alhamdulillah dan tahniah!


Dah lama Nurin bagi tahu aku gigi kacip bahagian bawah tu dah goyang, tapi bila aku periksa, takde pulak nampak nak keluar gigi baru. Lagi pun Nurin baru 5 tahun, takkan la cepat sangat gigi baru nak keluar. Minggu lepas bila aku periksa balik, rupa-rupanya dah nampak gigi baru nak keluar, so kena la cabut nanti tak elok tumbuhnya kalau ada gigi lama kat depan tu.


Nurin pernah ikut aku pergi klinik gigi 2 tahun lepas. Masa tu NUrin cuma check gigi biasa je tak sakit pun, so dia ingat kali ni pun macam tu jugak....heheh.... masa sampai kat klinik tu, releks je dia duduk kat kerusi, siap berbual-bual lagi dengan dr tu. Bila dr check, rupa-rupanya gigi bersebelahan yang nak dicabut tu pun dah goyang juga. So bila dr tanya, aku suruh dia cabut dua-dua sekali sebab esok lusa nak kena datang lagi. Bila seleasai cabut satu gigi baru la rasa sakit, masa tu Nurin dah menangis dah, kali kedua lagi kuat dia menangis....hmm...kesian pulak aku tenguk. Tapi Alhamdulillah, within a minute semua selesai. Doktornya pun sangat baik dan lemah lembut. lepas tu, Nurin siap dapat present lagi. So, lopong la gigi depan dia tu :)


2, 3 menjak ni, galak sangat Cik Kak ni melaram dengan anting-anting yang berbagai warna dan bentuk, siap cakap dengan aku 'Mama, Nurin nak pakai yang goyang-goyang'. So, aku belikan la 2,3 jenis warna dan bentuk, yang murah-murah je. Bagus juga dah boleh pakai yang murah-murah ni sebab subang emas putih yg aku belikan tu hilang masa kat sekolah, bila check rupa-rupanya longgar subang tu.

Hujung minggu lepas, 'rombongan cik kiah' yang diketuai oleh mak aku selamat sampai. Seronoknya sedara mara dari kampung datang, meriah betul rumah! Ini kali pertama yang datang beramai-ramai dan bermalam di sini. aku rasa bersyukur sebab dapat menyediakan tempat bermalam yang selesa untuk diaorang.


Cicik ni, dia jaga aku dari umur aku 2 tahun sampai 12 tahun, rapatnya aku dengan dia dah macam mak sendiri. Cicik, Cik Ajim dan Min cuma satu malam je kat rumah aku sebab diaorang nak pergi melawat adik Cik Ajim yang nak menunaikan haji.


Yang paling tak sangka, Irfan pun bermalam di rumah aku juga. Syeda dan Izhar ada hal yang perlu diuruskan, so diaorang minta aku bermalam di Gurney. Sebab rumah aku pun ada tetamu, jadi aku minta diaorang hantar Irfan dan Kak Supi ke rumah. Seronok betul bila si kecik ni ada, ramai orang yang melayan dia.


Dari kiri Cik Ilah, Cik Jen, Haziq, Cik alik dan Hafiy. Kat pintu van tu Dini dan yang kat dalam Mak Ngah dan Nenek. Alhamdulillah, dengan rezeki Allah, dapat nenek sampai ke rumah aku.


Biasa la kan, kalau dah ramai-ramai tu mesti la ada acara makan-makan. Malam kedua diaorang kat rumah aku, aku jamu spaghetti bolognese, salad, mushroom sup dan garlic bread. Kelam kabut juga aku masak nasib baik Hafiy rajin menolong.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat, diaorang selamat sampai dan selamat juga pulang ke Batu Pahat. Aku dapat sediakan tempat bermalam dan makan minum. Harap-harap panjang umur dapat datang lagi ke sini.

Oh ya, Nurin dah selamat ikut mak aku balik ke Batu Pahat. Alasannya, dia kata 'Mama, kenapa Nurin kena pergi sekolah, kan sekarang ni cuti sekolah?' Hmmm...berkali-kali dah aku terangkan yang aku kena pergi kerja, dan seseorang perlu menjaga dia, lepas terangkan dia faham, 2,3 hari lepas tu dia tanya lagi. Kalau setakat tanya je takpe, ni siap nangis lagi. Sebenarnya masa nak ikut mak aku balik tu dia nangis juga, macam tak nak berpisah pulak degan aku, tapi mengenangkan kena pergi sekolah kalau tak ikut mak aku, so lebih baik ikut mak tok balik kg dari kena pergi sekolah. Aku pulak yang rasa serba tak kena bila dia takde, rasa takde fungsi pulak kat rumah ni. Kalau tak tu, mesti nak melayan dia, makan la, menulis, melukis, tenguk tv sama tak pun menolong aku kat dapur....senyap pulak rasa rumah ni bila takde Nurin. Tak sabar nak balik hujung minggu ni, rindu sangat kat dia!


.

6 Comments:

At Tuesday, December 02, 2008 11:28:00 AM , Blogger Sya said...

Bestnya anak dara nak bersubang bagai.. anak dara kak sya dah ditindik pun tak nak langsung pakai

 
At Wednesday, December 03, 2008 8:10:00 PM , Anonymous Anonymous said...

masa aku kecik dulu, cabut gigi mmg kt klinik saja sbb gigi susu br goyang skit, gigi betul dh kuar.

cantik la pakai anting2 goyang tu. chik zura pn teringin nak pakai yg mcm tu. :)

 
At Thursday, December 04, 2008 4:39:00 PM , Blogger mommamia said...

irina sibuk dah noha nak mntk tindik telinga,aku yg tangguh2kan takut dia meraung,tunggu besar skit,nurin dulu camne?nangis tak?-wah ni boleh honeymoon ng cik abg la cik kak kecik tu takde,aku miss lak nak spend masa berdua2 ng hubby,la ni dah ber4 lg la payah huhu

 
At Friday, December 05, 2008 8:00:00 AM , Anonymous Anonymous said...

kak sya : setahun juga nak memujuk dia ganti subang, ni bila lubang dah longgar, ok la nak tukar2 subang.

xura : masa kecik2 dulu, gigi aku mmg byk cabut sendiri kat rumah...takuuuuut nak jumpa dr gigi...huhuhu...

subang goyang2 tu masa aku kecik2 aku suka gak pakai, beli kat pasar malam je :)

mar : kalau dia dah nak, bagi je. Nurin dulu dia yg mintak. atuk dia takut2kan juga tapi dia selamba je. tak nangis pun cuma selepas tu baru la dia rasa sakit. aku cecepat bagi dia panadol. honeymoon?? takdenye la...tapi best sket la for spontaneus s*x....heheheh...kat mana2 nak bila2 masa...muahahha

 
At Friday, December 05, 2008 12:20:00 PM , Blogger Zetty said...

nurin rongak. hihihi. nanti dia dah besar kena tunjuk gambar ni.

 
At Friday, December 05, 2008 11:58:00 PM , Anonymous Anonymous said...

kak zetty.....ammboiii kete baru, bila nak tumpangkan saya ;P...iiskk....ni yg buat saya nak tukar kete jugak nihhh...tak tahaaaannnnnn......

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home