Thursday, October 30, 2008

Burrppp!!....

Meriah sungguh sambutan raya tahun ni, maksud aku dari segi jemputan rumah terbuka. Banyak betul undangan! Apa yang aku perasan, tahun lepas ramai kengkawan yang pindah rumah, tahun ni memasing buat rumah terbuka. Memandangkan aku dah buat rumah terbula/house warming bulan Ogos lepas, so tak buat la kali ni. Aku suka buat rumah terbuka ni selain dari waktu raya, senang nak menjemput dan senang juga orang nak datang. Tapi tidak la bermakna bila tak buat rumah terbuka tu takleh datang, datang je la bebila pun :)

11hb dan 12 hb Nov, tak pergi mana-mana rumah terbuka, ada jemputan tapi tak semua dapat penuhi. Masa tu habis beraya rumah sedara mara je, itu pun dijamu dengan pelbagai juadah.

11hb Nov 2008

1. Leen : Laksa Johor dan roti jala.
Laksa Johor memang menu wajib keluarga ni, kalau kat JB, kadang-kadang tu, sampai 3 hari berturut diaorang menjamu keluarga dan sahabat handai dengan hidangan ni. Walau pun Leen jemput in short noticed, aku pergi gak rumah dia sebab malam tu dia dah nak berangkat ke South Africa, setahun kerja kat sana. Kalau tak jumpa masa tu ntah bila nak jumpa lagi

2. Hakim : Mee Bandung
X-schoolmate Hubby. Kat sini aku bantai minum air oren sejuk, hiks...tak bole sebenarnya tapi segan nak minta air lain, lagi pun panas masa tu, sedap je membalun air sejuk. Masa ni punhidung dah gatal-gatal dan dah mula batuk-batuk.

3. Syedah : Satay, makaroni sup, roti jala dan caincau cocktail.
Kenduri doa selamat sempena Irfan setahun. Kejab je masa berberlalu, raya tahun lepas sibuk-sibuk kat hospital, tahun ni Irfan dah setahun.

4. Ucu & family : Lemang, roti arab, kari ayam dan samosa
Masa ni, perut dah tegang betul! tapi roti arab tu sedap betul dicicah dengan kari :D. Makan la juga sikit, kang Ucu kata apa pulak kan.

12hb Nov 2008

1. Nanny : Ayam Goreng
Nasib baik la takde makanan berat, itu pun sibuk Nanny gorengkan chicken drummet, lepas rumah Nanny, singgah umah Cik Man , pun nasib baik kuih raya je. Masa ni aku dah mula batuk.

2. Cik Wa dan Utih : Nasi lemak, nasi goreng dan meehoon goreng.
Patutnya datang rumah Cik Wa for brunch, tapi kitaorang sampai pukul 2 ptg, terus la jadi lunch. lepas makan aku terus tido!...hehe... tak senonoh eh, nasib baik la rumah makcik sendiri. Masa ni dah betul-betul tak tahan, macam semput. Asar bangun, terus bertolak ke rumah Mak Ngah.

3. Mak Ngah : Soto, spaghetti cabonara, nasi impit kuah kacang dan rendang.
Aku rasa semua, tapi sikit-sikit. Balik terus cari madu minum dengan limau kasturi untuk hilangkan batuk. Esoknya dah dedar-dedar, batuk macam nak semput dan hidung berair sampai ke petang, tak tahan aku pegi klinik juga petang tu.

18hb Nov 2008

1. Md Nor : Mee Kari
Hari Jumaat pagi (17hb), masa aku membongkok nak ambil baju yang jatuh, bila tegak semula, terus sakit belakang. Memamg pernah jadi macam tu, tapi sebab aku keluar outstation Jumaat tu, pegi balik ke Sabak Bernam almost 5 hours duduk dalam kereta, malam tu bertambah sakit. Pagi Sabtu tu, dekat 45 min aku tergolek-golek atas katil, nak bangun tak boleh. Bila tak tahan sangat sampai menangis dibuatnya. Nasib baik Hubby ada kat rumah, dia bagi makan ubat, letakkan hot water bottle, terus aku tertido semula. Pagi tu Hubby yang sidai kain, buat sarapan semua. Bila aku dah boleh bangun terus pergi jumpa Dr. Sebelum pergi rumah Md Nor, aku makan pain killer yang dr bagi, rupa-rupanya aku alah dengan pain killer tu, habis gatal dan bengkak mata aku! Nak tak nak, pergi juga jemputan tapi siap dengan cermin mata hitam...heheh...glamer la pulak kejab. Sungguh la tak selesa, pakai spek itam dlm rumah, pastu sambil menjamu selera...huh!

2. Kak Ita : Mee Jawa, Nasi Tomato, kuih- muih.
Bertolak dari rumah dah lambat, sampai ruamh Kak Ita dekat pukul 6 ptg, lepas hujan dan suasana pun dah mula gelap. Tapi sebab mata bengkak, pakai juga la spek itam tu lagi...huhuhu...lawak sungguh maghrib-maghrib beraya dengan spek itam!

19hb Nov 2008

Hari ni, ada 6 jemputan rumah terbuka, 2 darinya terpaksa aku tolak sebab tak sempat nak pergi. kalau ikutkan semua nak pergi, maklum la bak kata Jon, yang menjemput 'hardcore' frens belaka. Yang buat tak sempat tu, sebab rumah terbuka Hubby's company, dari pukul 12 tgharo sampai 4 ptg, byk masa dah terbuang kat situ.



1. Teliti KSIT : Buffet di Holiday Villa, Subang.



Favourite ni, kambing panggang. Ada la 3 kali kut aku ambik...heheh... kalau ada kambing panggang, makanan lain tu aku tak heran dah...heheh.... selain dari tu ada satay, nasi minyak, mee rebus, laksa, lasagna, salad, pulut dengan kuah durian, soto dan kuih muih. Seronok kat sini, selain suasana yang sejuk dan nyaman, kanak-kanak dipisahkan dengan acara tersendiri. Ada cabutan bertuah dan pertandingan karaoke juga.

Nurin masa limbo stick game, bukan main cik kak ni sampai terbaring-baring dibuatnya, bau pun boleh tahan, hamis!!...iskk...iskk...


Bagus betul bila ada clown ni, jadi bebudak ada acara sendiri, mak bapak boleh la berjamu selera sambil bersosial gitu.


Hubby segak dengan Baju Melayu Johor, samping labuh dan songkok tinggi siap capal sekali!


Hubby dapat set gelas tu masa cabutan bertuah dan Nurin dapat stationary set dalam acara bersama-sama dengan clown.

2. Linda dan Atuk : Mee soto dan Laksa Penang
Tersesat barat masa nak pergi rumah Linda, tapi akhirnya sampai juga, itu pun Linda datang ambil. Bukan tak pernah datang, cuma selama ni lalu federal highway, kali ni ntah kenapa aku lalu Kesas, tu yang sesat tu. Laksa ko memang best la!

3. Jon dan Mila : Mee Jawa dan Ketupat palas dengan rendang.
Sampai rumah diaorang, Jon dah bertula, Afiq pulak tinggal pampers je...heheh... kat sini aku cuma masa seketul je ketupat palas, nasib baik la adik sendiri, boleh la tapau yang mana tak sempat makan. Balik dari rumah Jon, solat pastu bersiap ke rumah Dayang. Aku pergi berdua je dengan Nurin sebab Hubby kena kerja.

4. Dayang : Laksa Sarawak, Nasi impit kuah kacang, puding roti dan kuih-muih.
Sampai rumah Dayang dah pukul 9, bawak keta slow-sloe sebab hujan. Kebanyakkan makanan dah licin. Tak kisah la, yang penting nak datang beraya, sempat juga rasa laksa sarawak tu. Sedap! Sampai rumah dekat pukul 11 mlm, penat dan kenyang!

25hb Nov 2008

Takde jemputan hari ni, tapi aku masak Laksa Penang sebab mak bapak aku dan in laws nak datang beraya. Kebetulan Cik Wa, Utih, Tuk Rem dan Nek Noriha pun dtg sekali selepas menghadiri majlis di Muar. Dapat la menjamu diaorang juga.

26hb Nov 2008

1. Kak Chak dan Abg Dan : Laksa Kedah
Dah 4 tahun Jon dan Mila kahwin baru kali ni aku dapat pergi rumah Kak Chak, kakak Mila. Kitaorang konvoi 2 kereta bawak mak bapak aku sekali. Sampai dah lambat dekat pukul 4 ptg, lapar betul, jadi memang berselera menjamu laksa, lagi pun kitaorang tak lunch lagi. Dari PJ ke rumah Tuk Lim, abah sangat jumpa Tuk Lim, atuk sedara Hubby. Kitaorang pun tak beraya lagi ke sana, ok la tu.

2. Redwan : Nasi Hujan Panas, ayam masak merah, kari ayam, keli berlada, rendang daging, sayur campur, kerabu kacang botor, nasi impit.
Ni pun xschoolmate Hubby, lama tak jumpa dia ni, last time 8 tahun lepas! tak lama kat sini sebab bawak mak bapak aku sekali, kalau ikutkan Hubby tak puas dia nak sembang. Maybe nak kena buat rumah terbuka kecil-kecilan khas kekawan Hubby. Bagi la can, asik jumpa kekawan aku je kan. Balik dari sana, Hubby dan Jon singgah surau kat rumah kitaorang, sebab surau tu pun majlis rumah terbuka. Masa ni aku dah tak larat, rasa belengas satu badan, bila mandi baru segar.

27hb Nov 2008

1. Opie : Nasi briayani, ayam merah, sambal goreng, nasi impit kuah kacang
Opie ni sepupu sebelah Hubby dan agak rapat dengan kitaorang, rumah pun dekat je. So, pegi just nice nak makan tengahari :). Kekadang tu, punya banyak rumah terbuka sampai boleh plan, nak lunch, tea and dinner kat mana dan rumah siapa...boleh cover untuk meal satu hari...hehhehe....

1. Kak Liza dan Abg Lotfi : Nasi goreng cina, ketupat palas, lemang, rendang, puding karamel, rojak petis, kuih muih.
Diaorang ni kekawan dalam business. Pasangan ideal yang berjaya dalam rumahtangga dan business. Suka tenguk diaorang ni, sentiasa murah dengan senyuman. Kat rumah diaorang, aku rasa makanan sikit-sikit je, tak larat dah sepanjang bulan ni asyik makan je. Esoknya aku puasa, bagi perut berehat sikit.

All in all, memang meriah raya tahun ni. Ada banyak lagi kemeriahannya bukan hanya sebab undangan rumah terbuka sahaja, tetapi sebagai businesswoman, aku berbangga dengan pencapaian aku setakat ini dan apa yang aku dapat lakukan sempena Aidilfitri kali ini. Alhamdulillah, rezeki dari Allah, sentiasa aku syukuri.

Lega rasanya bila musim raya dah berlalu. Harap-harap boleh la perut ni berehat dan kembali normal seperti selalu.

4 Comments:

At Thursday, October 30, 2008 2:32:00 PM , Blogger Nadiah said...

Nov? Bukan kita masih lagi in Oktober ke? Hmmm..

 
At Friday, October 31, 2008 9:12:00 AM , Blogger mommamia said...

tu la psl kan nad,aku pun tgh pikir openhse raya mana ni,raya puasa ke raya deepavali hihi,jgn mare noha!

harap2la perut dpt berehatkan pas2 raya ni,aku rehat ke tak rehat ke sama jer mengeras perut ni haa,penuh jer

bagus gak ko listdown kan menu2 ni sumer noha,boleh cilok2 idea org kalu next time nak buat mkn2,mcm2 menu ada ni hah..

 
At Friday, October 31, 2008 9:42:00 AM , Anonymous Anonymous said...

noha mesti minda ko
tlh dikaburi dengan makanan..
bulan OCTOBER laa...

peh mane tak semua orang berat badan naik..
mmg ler raye ko meriah ngan open house...
aku naik 5kilo tuh..
oklah jom kita diet..lepas raye ni..

 
At Friday, October 31, 2008 12:22:00 PM , Blogger azura said...

lama tak jenguk sisni..

wah..penuh ngan list makanan... isk..slurpp!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home