Tuesday, January 13, 2009

Selamat datang tahun baru

Pejam celik pejam celik, dah tahun baru, Salam Tahun Baru Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 pada semua. Agak lambat la yek, tapi masih dalam bulan Januari, ok la tuh...

Bukan tak nak update ye Apple :)... when i have better things to do, update mengupdate blog ni terpaksa la dilupakan. Kalau ikutkan banyak benda nak cerita atau sekurang-kurangnya dirakamkan untuk jadi kenangan di masa akan datang. Takpela mungkin boleh summarize sikit-sikit dalam entry ni.

Aku sambut tahun baru dengan melakukan benda-benda yang paling aku suka buat iaitu memasak dan menjamu orang makan. Sekian lama merancang , akhirnya pada 1hb lepas, jadi juga majlis doa selamat untuk meraikan Normee yang mengikut isteri melanjutkan pelajaran ke UK dan juga doa selamat untuk Kak Jorah dan Siti Nor yang telah berangkat ke Mekah semalam untuk menunaikan umrah. Untuk aku pulak, sebagai tanda kesyukuran kerana tahun 2008 berlalu dengan banyak kenangan yang indah-indah. Majlis dilakukan di rumah aku, tapi kitaorang masak kongsi-kongsi. Aku cuma masak sup tulang dan lauk pauk yang lain rebung dan udang masak lemak cili api, paru goreng dan rojak disediakan oleh Kak Jorah. Alhamdulillah, ada juga yang datang membawa kek dan kuih muih, terima kasih semua. Kebanyakan yang diundang dapat menghadirkan diri, itu yang buat aku seronok sekali. Di akhir majlis, kebanyakan lauk habis dan mana yang tak habis tu, dapat pula dibekalkan untuk tetamu yang pulang.

Selang 2 hari, pada hari Sabtu satu lagi majlis diadakan, kali ni menjemput kawan-kawan Hubby pulak. Nasib baik tak ramai, suami isteri termasuk anak-anak ada la dalam 15 orang. Kali ni aku cuma masak mee kari, manakala nasi goreng aku buat untuk hidangan kanak-kanak. Kalau ikutkan memang la penat, tapi aku buat keputusan untuk buat juga sebab sekali dah keluarkan pinggan mangkuk, lepas tu senang nak simpan balik. Lagi pun lepas ni, boleh concentrate dengan business pulak.

Sepanjang tahun lepas, apa yang berlaku boleh la aku ringkaskan seperti berikut, dari segi ;

Kesihatan
Aku kerap kali diserang batuk, sekali kena baik 2,3 bulan lepas tu kena lagi. Ini disebabkan kerja aku yang tak menentu, kadang-kadang balik malam, so bila sejuk tu senang la nak kena batuk. Keseluruhnya kami sekeluarga Alhamdulillah, sihat-sihat je.

Keluarga
Kami masih bertiga, aku, Hubby dan Nurin. Kehadiran Si Kecil yang kami tunggu-tunggu masih tak kunjung tiba. Sempat juga aku buat treatment pada Oktober lepas, setelah setahun mencuba secara normal, masih juga tidak berjaya. Memandangkan aku tak boleh nak bagi full commitment buat masa ni, aku berhenti dulu dari treatment tu. Mungkin masih belum sampai rezeki kami untuk yang satu ni, mungkin juga rezeki tu datang dalam bentuk yang lain. Walau pun aku rasa macam desperate sangat, tapi aku redha, kami hanya merancang, Allah jua yang menentukan. InsyaAllah, aku tak give up dan akan terus berdoa.

Pekerjaan
Tahun lepas, tahun yang paling manis untuk dikenang dalam career aku ni, bole dikatakan tahun 2008 aku all out bekerja, Alhamdulillah memang berbaloi bila aku dapat ini. Aku rasa seronok dalam bidang ni dan aku bangga dengan apa yang aku buat. Bila dikenang-kenang balik, tidak sedikit pun menyesal bila aku tak dapat kerja di Mardi dulu mahu pun di mana-mana sektor awam yang lain. Allah tu Maha Adil, takde rezeki makan gaji, rupa-rupanya rezeki aku dalam bidang perniagaan. Dan tepat sungguh janji Allah, sesungguhnya 9/10 rezeki berpunca dari perniagaan. Yang paling seronok ialah increment berkali-kali setahun juga bonus berdasarkan performance, maksudnya aku boleh create banyak mana bonus yang aku nak, bestkan?? :D. ( Teringat ada orang tu memandang rendah pada aku, seolah-olah aku tidak berminat utk belajar lebih tinggi bagi mendapat pekerjaan yang lebih baik seterusnya mendapat gaji yang lebih besar, seperti yang dia lakukan. Dalam diam, aku dah dapat buktikan pada dia, walau pun tak aku tak sambung belajar, tak kerja makan gaji, aku juga boleh berjaya. Takpelah rezeki masing-masingkan? It just that takyah la nak bangga sangat dengan apa ada.Tak semestinya tak sekolah tinggi, tak makan gaji takleh berjaya. Itu yang aku nak buktikan pada dia.)

Selebihnya, ada impian dapat ku gapai, ada juga yang masih tak tercapai. Takpe la, mana mungkin dapat semua apa yang kita mahu kan? Ini semua buat aku lebih tekun berusaha untuk mendapatkan apa yang aku mahu.

Aku harap tahun ni dapat baby, pastu boleh la ambil maid. Jadi boleh la aku luangkan banyak masa pada family. Bukan tak bole amik maid sekarang, cumanya rasa macam tak berbaloi, takde banyak benda yang dia boleh buat. Cumanya kalau ikutkan aku mmg dah letih nak membuat kerja-kerja rumah dan ianya banyak membuang masa aku yang aku bole spend untuk family dan business. Tenguk la, kalau tak bole nak handle sangat maybe aku akan ambil part time maid.

Tahun ini juga kami plan untuk lebih hemah berbelanja, banyakkan savings for better financial ahead. Yang paling aku tunggu-tunggu InsyaAllah, bulan depan aku nak settle credit card citibank. Menyampah betul aku! Aku memang tunggu-tunggu saat ni, tak sabar-sabar nak kerat dua credit card tu! ( mmg salah aku juga , apsal aku gatal-gatal apply credit card at the first place!).

We also expecting 'family new member' middle of year, InsyaAllah. :) .... eeii...ini pun rasa macam tak sabar juga nak menunggu, sabar Noha...sabar...sabar tu separuh dari iman :)

Sebagaimana aku dan family impikan yang terbaik untuk tahun ini, aku harap korang pun begitu juga. Semoga apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Aku berdoa, mohon diberikan kesihatan supaya boleh bekerja, membuat lebih banyak amal kebaikkan, bersedekah, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah serta diberkati Allah hidup kami sekeluarga.

p/s: aku suka sangat lagu ni, kalau diamati liriknya, kita patut jadi seperti itu, bermimpi la seindahnya dan berusaha la menggapai apa yang diimpikan!


Laskar Pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya



Selamat Tahun Baru semua!

7 Comments:

At Wednesday, January 14, 2009 2:38:00 PM , Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah, byk kejayaan yg kau capai thn lepas. moga2 this yr, kau akan lebih berjaya.. insyaallah.. :)

 
At Friday, January 16, 2009 9:28:00 AM , Blogger Zetty said...

i love that song too...it reminds us to be grateful for what we have.

u hv a great yr ahead!! semoga dimurahkan rezeki :)

 
At Saturday, January 17, 2009 11:03:00 PM , Blogger noha chomel said...

xura : thanks! aku doakan ko juga lebih byk kejayaan yang akan ko capai tahun ni, especially dlm mencari kerja. manala tahu dapat menyambung semula impian yang tak terlaksana :)

kak zetty : betul kak, lagu tu best, mendalam betul maksudnya. thank you very much!

 
At Friday, January 23, 2009 2:03:00 PM , Blogger ummu said...

noha..akak nak tahu lah,noha ada takaful untuk maid tak ek?akak baru ambik maid ni.tq

 
At Friday, January 23, 2009 2:04:00 PM , Blogger ummu said...

akak ambil maid ni sendiri jadi insurans utk dia tengah cari2 yang termampu.

 
At Saturday, January 24, 2009 12:38:00 AM , Anonymous Anonymous said...

ummul masyitah : iiskk...takyah ler berakak-akak dgn saya, awak lagi muda dari saya tau :)

macam ni la, i will find out for you, kalau tak silap ada, cuma tak pernah la buat lagi.

pls contact me @ 013-7708355, saya jarang bukak email, sms pun bole juga.

 
At Sunday, March 08, 2009 7:05:00 AM , Blogger ummu said...

puan..tak jadi tanya ttg insurans tu.kami dah hantar balik bibik.apa pun,tq ya

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home