Friday, February 27, 2009

Happy birthday darling....

Enam tahun lalu, kelahiran Nurin disambut dengan penuh drama. Mana taknya, kelahirannya memang tak disangka-sangka sebab masa tu kandungan baru 34 minggu. Bermula dengan pecah air ketuban di tempat kerja bersambung-sambung dengan kejadian-kejadian menarik yang lain.

Bila sampai di hospital, ventilator takde, incubator pulak penuh. Ventilator ni penting sebab takut bila lahir nanti baby tak bernafas. Makanya naik ambulan la aku ke hospital lain. Kalau nak citer pasal bersalinkan Nurin ni, panjang berjela, kelakar pun ada, takut pun ada, macam-macam. Nak tahu cerita selanjutnya sila ke sini.

This year, sebab birthday both of us jatuh pada hari bekerja, nampaknya acara menyambut harijadi pun terpaksa la ditundakan. Tapi untuk Nurin tak boleh la nak tunda-tunda, the day before siap-siap dah dia ingatkan kita. So, aku planned utk sambut di sekolah je dulu.

Memula prepared untuk goodies, saje la suka-suka buat kanak-kanak kat tadika tu gembira. Fyi, goodies tu buat sendiri yek, dekat 2 jam juga la nam menyiapkan 30 biji.


Ini la rupanya goodies tu.


Tahun ni, takde gambo kartun ke, barbie ke, kek black forest biasa je. Itu pun dia dah suka, Alhamdulillah :)

Sekejab je rasa masa berlalu, bila tenguk gambar ...ni iiskk.... dah anak dara dah anak aku nih. Tahun depan dah nak masuk darjah satu, tak lama lepas tu PMR, pastu tup tup dah kat universiti, tak lama kemudian nak kawen dah...arrgghh...tiiDDaaakkkkk! Kalau la masa tu boleh dibekukan, aku nak tgk dia comel macam ni sampai bila-bila....hehehe....tak mungkin la kan...;p. Apa pun, aku bersyukur dapat menjadi mama pada anak dara nan seorang ni. Kehadiran Nurin menjadikan aku lebih matang dan bertanggungjawab dan aku memang seronok dan bangga mempunyai anak sepertinya. Anakku Nurin Salma, selamat hari lahir sayang, semoga menjadi anak yang solehah, mendengar kata mama dan babah juga guru serta dirahmati Allah dunia dan akhirat. I loves you so much!!


.

5 Comments:

At Sunday, March 01, 2009 2:08:00 PM , Anonymous Anonymous said...

i miss nurin salma! kem salam pelok cium kt dia k. hadiah insyallah otw. hehe.

btw, visit me at hubbsnmoi.wordpress.com

-cik ana banana-

 
At Monday, March 02, 2009 10:40:00 AM , Blogger mommamia said...

happy bday nurin salma,makin cantik anak dara ko sorang ni noha,kejap jer dah besarkan?mmg kalau boleh nak anak tu kecik jer so boleh sentiasa ada dgn kita-oh ya again hepi belated bday kt ko gak,aku ter miss nak tinggal komen kt entry bwh tu-dekat2 bday date ko ngan nurin kan,kiranya 6thn lps birthday gift paling hebat utk ko ialah nurin salma kan?semoga dua2 org birthday girl ni akan sentiasa beroleh keberkatan di dunia dan akhirat..amin..

 
At Tuesday, March 03, 2009 9:25:00 AM , Anonymous Anonymous said...

epi b'day adik nurin salma...
mase dia lahir..that is 6 years ago..first time aku dengo nama dia..
emm ader nilai konservatif yet quite rare n interesting..pandai ko pilih..
ye lah noha kengkadang terase kejap je mase berlalu..
kejap ke anak kita dah beso...
enjoy jer every each moment kita ngan dia...
amik gambo n video...
bole gak dah tua nnt kita playback
that memories...

ok jadik tak turun mca weekend nih...

 
At Tuesday, March 03, 2009 10:27:00 AM , Anonymous Anonymous said...

cik ana banana : dia cakap kat akak dia pun rindu ana juga, akak tak sangka korang tak jumpa masa tu. ehemm...ajak le napi dtg kl, lepak umah kitaorang :)

mar : haaa....tu yg aku tak lalu tu mar, cepat sgt dia besar..huaargghh.... thanks mar, yeah ni la bday gift yg paling best :)

julia : nurin tu mmg aku yg nak, salma tu yg tak sangka...kat sekolah teacher panggil dia salma. salma tu arwah moyang dia yg bagi nama tu. aku ada klip video masa umur dia setahun lebih...alahaiiii...kiuttt sgt, meroyan aku dibuatnya (anak sendiri kiut dia lebih sket..hahahha)jalan terkedek2 dengan pampers..aduhh ju, kalau ada baby lagi, takde la kut terkenang2 saat tu...

tak jadi turun melaka, sori! tapi awal mei tu mmg aku nak turun, ada kawan aku kawin kat jasin. maybe nak bermalam kat melaka, bole jalan2 sekali

 
At Tuesday, March 03, 2009 6:56:00 PM , Blogger Leyla Shuri said...

salam noha,

kak lela dah baca entri ini, baca pertama kali itu terkata dalam hati ini...dah dara pun budak itu. Tak lama lagi kelip2 mata, dia jadi remaja pulak.
semoga menjadi anak harapan ibu bapa.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home