Aku minta maaf le, tak dapat nak balas komen korang semua, aku takde masa. Tapi komen dari xura membuatkan aku terfikir dan nak kongsi dengan korang semua pendapat aku pulak.
Setiap dari kita semua tahu kan, anak itu anugerah, amanah dan tanggungjawab Allah pada kita, kerana, dengan sebab kita la (…’memprojek’ sedap sangat, dapat la hasilnya ye tak? ;P…) dia lahir ke dunia ni. Jadi segala keperluannya, makan minum, pelajaran kitalah yang kena sediakan termasuk la simpanan di masa depan. Ye la, kita ni cuma mampu berharap dia rajin/pandai belajar, dapat pekerjaan yang baik dan nanti boleh la mengumpul harta sendiri, tapi tak semua anak-anak boleh menjadi seperti yang diharapkan. Mungkin ada yang dari segi pelajaran tidak sebaik mana. Jadi, anak-anak yang macam ni la, kita sebagai ibu bapa kena bantu. Mungkin dari segi akademik tidak berjaya, dia ada kelebihan dari segi kemahiran pula.
Bayangkan, kalau mak bapak ada harta atau kaya, anak dah tak boleh belajar, kita boleh set up a business untuk dia belajar berdikari. Contohnya dia pandai baikpulih kereta, kita boleh buka satu bengkel kereta untuk dia. Memang la agaknya dia tak boleh menguruskan bengkel tu dari segi kewangan atau pengurusan sebab dia tak berapa bijak, tapi sekurang-kurangnya kita dah beri dia satu peluang pekerjaan yang tidak melibatkan kelulusan dia yang mana kalau minta kerja kat dengan orang lain mungkin susah nak dapat. Dan sebenarnya secara tak langsung, kita tak bagi dia harta/kekayaan begitu sahaja, dia kena berusaha untuk mendapat setiap sen yang dia mahu.
Cuba bayangkan pula, kalau dia makan gaji, sampai bila dia kena jadi hamba pada orang lain? Nak kumpul modal mengambil masa, so why not, kalau kita yang kumpul modal tu dan harta dari sekarang?? Supaya bila tiba masanya nanti, kita boleh bantu yang mana patut. Kalau dia pandai sekali pun, harta dan kekayaan yang kita kumpul tu, boleh pula membantu dia menyambung pelajaran, takyah la nak pinjam dengan PTPTN atau institusi kewangan lain. Kalau kita dulu belajar mendapat bantuan dan ada di antara kita dok terkial-kial membayar pinjaman sekarang ni, mengapa tidak kita mengubah nasib anak kita nanti, membiayai pelajarannya dengan keupayaan kita sendiri, bukankah itu lebih bermakna?
Macam mana pun, setiap harta dan kekayaan yang kita ada mesti ada kawalan dan sebagai ibu bapa, kita kena la educate/terangkan pada anak-anak, apa yang kita buat atau kumpulkan ini, bukan untuk suka-suka atau bermewah-mewah. Hidup, makan pakai sederhana, yang penting harta dan simpanan banyak, melimpah ruah untuk masa depan, anak cucu hatta ke cicit sekali pun takpe! Baru la nanti, anak cucu tak mengutuk kita, sebagai contoh “ Tu la, mak bapak @ atuk nenek aku dulu orang susah, tak pandai simpan harta sebab tu aku pun hidup susah” (maaf ya, tak semua macam ni, ini sekadar contoh semata-mata) kenapa kita yang dah ada pengetahuan dan pendedahan ni, cuba mengubah taraf hidup kita dan keluarga.
Sebab itu juga lah, kenapa kalau kita tenguk, sesetengah orang cina (tak semua la, termasuk apek client xura tu) bila peringkat atuk nenek dah kaya, sampai peringkat mak bapak lagi bertambah kaya, apatah lagi sampai generasi anak-anak nanti. Tahu kenapa? Sebab generasi anak-anak dah nampak yang generasi dulu berjaya menyimpan kekayaan dan berjaya, jadi dia akan kata “ Keturunan aku boleh kumpul harta dan semuanya kaya raya dan berjaya, jadi aku pun kena jadi macam tu, kalau tak aku akan memalukan keturunan aku nanti” Secara tak langsung, generasi dulu sudah terapkan satu nilai yang baik untuk generasi akan datang. Jadi, mengapa perkara yang sebegini baik tidak kita ikuti atau contohi?
Aku sedih bila tenguk suratkhabar NST (kalau tak silap, yang pasti suratkhabar berbahasa inggeris) kat TV3 semalam, seorang pelajar kolej, meragut kerana nak bayar yuran yang cuma bernilai RM200++, tak sampai pun RM300, dikenakan denda penjara sehari dan RM1000. This student was so desperate, nekad meragut sebab taknak menyusahkan mak yang baru didiagnos kanser dan bapak yang jobless (iiskk apa nak jadi dengan orang lelaki zaman sekarang nihhh…).
Satu lagi kes, awal tahun baru ni, student kat JB, pelajar cemerlang, dapat melanjut pelajaran ke asrama penuh, tapi mak bapak tak mampu nak hantar sebab takde duit! Sedih sangat. Kita tak tahu la, apa yang menimpa pada mak bapak dia, tapi cuba bayangkan diri kita, suruh anak belajar pandai-pandai, bila anak dah pandai dapat pelajar cemerlang, dapat tawaran sekolah yang baik atau universiti, tapi kita pula tak mampu pula untuk membiayai pembelajarannya.
So, ini lah pendapat yang aku nak share dengan korang. Pada aku takpelah kita susah payah sekarang mengumpul harta dan kekayaan, bukan untuk siapa pun, untuk generasi kita juga. Kalau pun satu hari nanti, anak kita pandai mencari harta sendiri, bukankah itu bermaksud kekayaan kita juga akan bertambah? Dan alangkah baiknya kekayaan itu bukan sahaja dinikmati oleh generasi kita, tapi untuk umat Islam yang lain, cantikkan??
Dalam bab me’reward’ diri sendiri tu, aku memang setuju sangat. Dah penat-penat kerja, mesti la kita pun nak rasa juga hasilnya dan sebenarnya itu la perkara pertama yang kita perlu buat. Dalam satu ceramah pengurusan kewangan yang aku pernah pergi, penceramah tu kata, setiap dari kita perlu me’reward’ diri sendiri dengan menyimpan 10% dari gaji kita setiap bulan. Very interesting tau, lain entry la aku cerita ek and as for me…heheh..kekadang dapat simpan, kekadang terbabas gak. ;)
eh, nk tmbh skit, makcik aku prnh ckp, nk simpan harta utk anak pun biar b'pada2, jgn t'lbh2, nnt anak2 x reti nk b'dikari. kita dh keja susah2, kita pun patut menikmati hasil titik peluh kita. anak2 tu, pandai2 lah dia carik harta dia bila dia keja nnt. yg penting t'jwb sbg ibu bapa mesti disempurnakn dulu.
lain pulak ng citer sorg klien aku ni. apek ni mmg dh tua jugak. asyik bukak kilang je. mmg kaya giler. lps tu htg ng bank pun byk, juta2. dia kata dia x kisah psl htg, janji dia dpt duir skrg. 1 juta dpt untung dr hutang blh enjoy. kalo dia mati htg company, biar anak dia yg pandai2 uruskan. janji dia senang skrg. hmm... smpi ati apek ni, bkn tinggalkan harta tp tinggalkan htg!