Thursday, September 27, 2007

Sudahkah anda menulis wasiat?

Tajuk tu macam serius je bunyikan? So does this entry. That question did not bother me much until I came to this lecture of ‘Legacy Management by Amanahraya Berhad (ARB)” this evening. It’s really open up my mind and how important to write your will.

Aku tahu penulisan wasiat ni penting, tapi aku selalu cakap kat diri aku sendiri, camne aku nak menulis wasiat kalau takde harta benda yang nak diwasiatkan. Jadi bila aku dapat jemputan ke ceramah yang dianjurkan oleh alumni universiti, I think I should grab this opportunity. Sampai je kat sana, menang tak ramai orang muda sebaya aku, kalau ada pun agen-agen ARB, sampai la aku ditanya oleh seseorang tu “Aik, muda lagi nak nak menulis wasiat ke?” which aku balas, aku nak mencari ilmu.

Yang membuatkan aku terdetik untuk menulis wasiat ni, bila aku ambil polisi takaful. Memang la aku tidak berharta sekarang, tapi bila aku meninggal dunia ni, aku tahu aku akan meninggalkan sejumlah wang dalam bentuk khairat kematian dan simpanan.
The question is weather the monies goes to the right person or not?

There is nominees in every insurance policy or our EPF and etc but the question is, who is the executor? Kalau dalam Takaful Nasional, penama bukan la the only beneficiary, penama hanya sebagai pemegang amanah which is kalau ada penama yang tak Amanah, alamatnya wang peninggalan tu tak sampai la ke tangan yang berhak.

Mungkin korang akan kata, adik beradik tak pun suami/isteri korang yang diamanahkan untuk menguruskan wang/harta peninggalan korang, persoalannya, setakat mana kepakaran mereka? Adakah mereka mampu dengan limitation knowledge yang mereka ada, tu belum kira undang-undang, faraid segala. Takut nanti, bila dah nampak duit banyak tergolek-golek, beneficiary ke mana, duit lak ke mana. Itu yang kita tak mahu.

Macam aku, ada la beberapa akaun bank, tapi duitnya tidak la banyak mana, dan aku ada 3 polisi Takaful Nasional yang mana aku buat tu untuk menjaga melindungi diri aku dan orang yang aku sayang terutamanya Nurin Salma. Maksudnya, walau apa pun yang terjadi pada aku, aku mahu Nurin dapat meneruskan kehidupan dan belajar dengan selesa tanpa memikirkan pembiayaan sekolahnya. Same goes to my hubby. Apa yang kitaorang buat semata-mata untuk si kecil kesayangan kami, andai kata kami tidak berumur panjang, kami telah jalankan tanggungjwab sebagai ibu bapa, insyaAllah.

Jadi, dalam kes aku ni, untuk memastikan Nurin mendapat hak dia yang sepatutnya, aku perlu menulis wasiat. Penulisan wasiat bukan la semata-mata untuk pembahagian harta, banyak klaus-klaus yang boleh di masukkan di antaranya :

- melunaskan hutang dengan Allah contohnya kalau tak sempat pegi haji atau umrah, belum berzakat, ada kifarah yang belum bayar, maka ARB melaksanakan tanggungjawabnya untuk menyelesaikan semua tu bagi pihak kita menggunakan wang/harta yang kita tinggalkan


- melunaskan hutang dengan manusia contohnya hutang kredit kad, hutang PTPTN, personal loan, pun ARB akan uruskan

- melantik WASI, iaitu orang yang diamanahkan untuk menguruskan wasiat kita contoh kat sini, pegawai ARB

- melantik pemegang amanah, contohnya siapa yang kita pilih untuk menguruskan hal-hal kewangan anak kita bila kita takde.

Senang cerita, ARB ni sebagai executor bagi melaksanakan apa jua wasiat/amanah yang dipertanggungjawabkan setelah ketiadaan kita. Ok,
apa pula bezanya meninggal dunia tanpa wasiat atau sebaliknya?

Dengan adanya wasiat, pembahagian harta/wang menjadi lebih mudah, memendekkan proses dan harta/wang terpelihara kepada mereka yang berhak, jadi selamat la kita di ‘alam sana’. Sebab ini berdasarkan satu hadis yang maksudnya “Tergantung roh seorang muslim, tidak ke syurga juga ke neraka walau pun terdapat hutang hanya satu sen”, na’uzubillah! Adanya wasiat, pembahagian harta bole dijalankan secepat sebulan dari masa seseorang itu meninggal dunia.

Manakala, tanpa wasiat, kita memerlukan LA iaitu letter of administration, kena cari pewaris-pewaris and it will takes a lot of time! Paling-paling pun setahun, persoalannya, apahal pulak anak-anak kita yang masa tu mungkin memerlukan wang untuk membiayaan pelajaran diaorng, kalau bukan pelajaran pun untuk meneruskan kehidupan. Ya, takkan la sedara-mara tak nak tolong, again persoalannya sampai bila? Dan alangkah baiknya duit tu sedia ada sebaik sahaja kita meninggal dunia, sekurang-kurangnya senang la hati sedara mara nak menjaga anak kita dengan adanya peninggalan wang dari kita.



Ok la, tak semestinya bila ada polisi insurans je baru nak buat wasiat, kalau kita mmg ada simpanan dalam ASB ke, ada unit trust ke atau kita dah buat siap-siap akaun bank untuk setiap orang anak kita, itu tidak menjamin wang yang kita simpan tu boleh terus sampai pada anak kita atau sesiapa yang kita mahu. Kalau anak kita bawah umur, 18 tahun, duit tu akan frozen sampai la dia mencecah umur 18 tahun. Dan segala wang kita yang berkepuk-kepuk tu turut la frozen sama sampai la LA tadi settle for everything, itu tak termasuk kalau ada pihak yang menuntut (maklum la, duit byk, semua mengaku sedara mara), maka proses akan menjadi lebih panjang. Jadi bila ada wasiat, ARB as executor, terus je bahagikan duit tu pada sesiapa yang kita dah wasiatkan.

Apa yang pernah berlaku dalam family aku, Amy adik aku meninggal pada usia yang muda, 19 tahun, apa la yang dia tahu tentang wasiat, jadi lepas dia meninggal dunia, ada la duit sikit dalam akaun dia yang mak aku nak clearkan, sekurang-kurangnya duit tu boleh dibuat upah haji. Apa yang aku tahu, pihak bank tak kasi keluarkan walau pun telah dikemukan surat kematian dan cerita tu habis sampai situ, sampai sekarang aku tak tahu apa kesudahannya. Nasib baik la duitnya sikit je, kalau aku jadi mak aku aku pejam mata je kot, tapi imagine kalau adik aku tu the only son, yang mana mak aku berharap betul pada duit dia or dia ada anak-anak yang memerlukan duit tu, tak ke aniaya namanya.

Sebab itu la pentingnya penulisan wasiat ni. Wasiat akan mempercepatkan pengagihkan harta/wang kepada yang berhak, dan yang penting ia selamat and of course P&C. Macam mana pun ada juga terms and conditions yang perlu diikuti and later la aku update kalau ada persoalan dari korang.

So, katalah kita nak buka satu fail wasiat dengan ARB ni, senang je, contact diaorang punya agen and set the appointment or else korang terus pergi ke cawangan ARB yang berdekatan. Tak pun contact aku, aku akan minta agen datang jumpa korang. Yurannya hanya la RM350.00 which is kalau korang buat dengan lawyer atau company luar, berpuluh-puluh ganda mahalnya sampai boleh mencecah RM3,000++. Untuk amendment yang pertama Cuma RM50 dan seterusnya adalah RM25. Amanahraya Berhad merupakan yang termurah dan termudah di Malaysia ni.

So my dear friends, aku harap entry kali ini dapat membuka mata dan minda korang sebagaimana apa yang aku alami. Sebarang pertanyaan kalau boleh aku jawab aku akan jawab, tak pun kita boleh bincangkannya kemudian. Knowledge yang aku ada ni, suka la aku nak share sebab aku tahu ada di antara kita yang bukan tak nak ambil tahu Cuma tak tahu kat mana nak pegi dan tak berkesempatan pula atas sebab bekerja atau sebagainya. Jadi lepas ni, aku menyeru pada diri aku dan korang semua, mari kita buat wasiat bukan sebab nak mati cepat atau apa, it just to make everything in perfect order and of course to our beloved ones.


Saturday, September 15, 2007

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah dengan izin-Nya, aku diberikan kemudahan dan kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa. Sebenarnya sehari dua sebelum bermulanya puasa macam sedar tak sedar je dah nak masuk Ramadhan, kalau tak kerana iklan raya (huh...puasa pun belum iklan bukan main lagi), macam tak rasa apa-apa.

Makna dan pengertian Ramadhan dan menjalani ibadah puasa pun semakin berubah selari dengan peningkatan usia (iiskk...rasa cam tua beno la pulak bunyiknya), tapi itu la yang aku rasakan sekarang. Dah takde rasa seronoknya berpuasa sebab nak beli makanan di bazar ramadhan atau pun bershopping untuk raya. Apa yang aku rasa hanya la kesyukuran kerana diberi peluang untuk merasai Ramadhan kali ini.

Selain dari itu, Ramadhan kali ini juga memberikan pengertian yang berbeza seperti

- aku lebih fokus untuk bekerja sebab tak sibuk nak melayan perut yang lapar, bila lapar kena makan, bila makan mula mengantuk dan datang le malas!


- lebih fokus untuk beramal ibadah kerana ini la bulannya yang terbaik untuk kita meraih seberapa banyak pahala kerana setiap amalan sunat mendapat pahala wajib dan setiap amalan wajib mendapat pahala 70 kali ganda. So, kira la berapa banyak pahala dari setiap amalan kita. Azam aku nak buat terawih tetiap malam (macam azam tahun-tahun lepas) tapinya mesti la kantoi especially bila balik kg, dah berbuka sedap, makan tak ingat punya, lepas tu tersandar...hmmm....so, terawih pun ntah ke mana!

- jadual harian lebih teratur, sempat masak, masak, tak sempat beli je, bila makan awal, ada masa nak melayan Nurin belajar dan dapat berterawih juga bertadarus.

- berdoa bersungguh-sungguh, tak kira apa pun yang kita nak, masa ni masa terbaik untuk berdoa terutama sekali pada Ramadhan ke 10 terakhir nanti. Jadi, jangan lepaskan peluang, cari la masa untuk kita beramal ibadah selagi terdaya (kerja juga ibadah, jadi kerja la bersungguh-sungguh). sekurang-kurang bila berlatih membuat kebaikkan, insyaallah akan berterusan walau pun Ramadhan berlalu nanti

- juga dapat ler aku mengawal pemakanan aku dengan berpuasa dan bersenam bila berterawih. Ni je la jalan yang aku nampak untuk berdiet. Kalau waktu-waktu lain tu, rasa cam takde masa nak bersenam-senam, jadi berterawih pun boleh buat badan berpeluh-peluh, kira bersenam la tu.

Apa pun, aku rasa seronok bila kemunculan bulan Ramadhan ni, kalau boleh biarlah lambat ia berlalu, tak sanggup nak melepaskan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ni kerana ntah panjang umur atau tidak untuk bertemu dan melaluinya lagi di tahun depan.....

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua :)

Sunday, September 09, 2007

Konvokesyen Cik Ana

4hb September lepas, hari konvokesyen untuk Cik Ana. Tahniah! 2 tahun bergelumang dengan thesis master akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah. Alhamdulillah. Masa ni tengah tunggu Cik Ana keluar dari dewan.




Cik Ana dengan Nurin.




Cik Ana dengan Tuk Aki



Cik Ana dengan Nek Wan




Ada orang tu, bukan main lagi dengan kasut tumit tinggi naik pentas amik scroll, vogue gitu, sudahnya Crocs gak yang sedap ye??












Makan-makan lagi

Selepas 7 hari kelahiran Afiq, Jon dan Mila buat akikah dan cukur rambut untuk Afiq. Majlis tu dibuat di Kodiang, Kedah dan tak dapat la kitaorang pergi sana untuk meraikannya. Tapi bila balik tu, mak Mila ada bekalkan sikit daging kambing untuk kitaorang.



Ini daging kambing yang dibekalkan tu, ada bahagian tulang belakang, daging dan paha. Aku just ambil bahagian tulang sebab nak buat sup tulang.




Kalau sup tulang mesti la ada daun sup dan daun bawang, bawang goreng dan yang paling penting sekali sambal kicap.





Demo menghirup sup oleh cik kak kita, aku yang tenguk lagi sekali gambar ni pun terliur...iiskk...nak kena buat lagi nih.



Sup tulang kambing dengan kentang dan lobak merah.



Ini la rupanya lepas makan, seketul tulang pun takde yang tinggal, habis licin! Hubby yang takut-takut nak makan pun, bertambah berkali-kali. Kata Jon, ni daging kambing kampung, takde lemak. Memang betul pun, selalunya kalau sup dah sejuk, mesti ada lapisan lemak atas sup, tapi kali ni memang takde.





....................................................................





Pizza lagi.....



Kali ni aku buat pizza guna roti arab untuk ganti doh pizza (takdenya aku nak menguli doh sendiri, tips dari Cik Ana). Toppingnya ayam cincang, sosej ayam, nenas, capsicum, bawang, keju dan sos.



Sebelum bakar



Selepas bakar. Aku buat banyak ingat nak kasi kat Jon, bila Jon tak datang, simpan untuk buat breakfast esoknya. Hubby kata best dan Nurin pun suka, nampaknya takyah la pergi pizza hut lagi.









Wednesday, September 05, 2007

Bayar hutang

Mar, sorry le...sikit punya lama aku berhutang eh....hehehe


Sebelum aku pregnant lagi aku dah decide, kalau dapat anak pompuan aku nak bagi nama Nurin, pertama sekali sebab nak bagi pangkal tu sama dengan nama aku. Kedua pulak aku memnag nak letak nama yang maksudnya cahaya, tapi taknak la Nur ke, Noor ke atau Nurul, dah biasa sgt. So, untuk nama kedua aku bagi hubby pilih, kalau boleh biar la pangkalnya juga sama nama dia dgn jugak. Tapi hubby ni, releks je aku juga la yang sediakan senarai, bila dah sediakan senarai takde pulak dia berkenan, apa-apa pun tak kisah la janji Nurin tu ada.

Bila pregnant je, kuat instinct aku kata aku pregnant baby girl. Nak dijadikan cerita, Nurin ni mmg tak sabo-sabo nak melihat dunia, patut lahir bulan April, bulan Februari dah kuwa, jadi kelam kabut la sket masa tu nak bagi nama. Masa lepas bersalin tu, aku terus announce nak bagi nama Nurin, so terpulang la second name tu nak bagi nama apa.

Bila hubby balik rumah dia discuss la dgn mak dan atuk, so esoknya masa melawat aku kat hospital....

Hubby : Yang, Nurin tu ok, semua orang setuju, so second name tu atuk yang bagi

Me : Ok, nama apa?

Hubby : Err... Atuk pilih Salamah

Me : Hah...apa??!

Hubby : Nurin Salamah

Alamak...cam orang dulu-dulu la pulak...ye la, yang bagi pun orang lama kan? After much discussion and alteration...heheh...Salamah tu jadi la Salma je...

'Salma' tu dipilih sebab maksudnya yang baik iaitu kesejahteraan, keamanan dan kebetulan masa tu sedang berlangsung perhimpunan 'Aman Malaysia' kat Bukit Jalil. Jadi Nurin Salma tu maksudnya Cahaya Kesejahteraan/Keamanan.

Apa yang aku bole nampak nama memang memainkan peranan, dan nama juga merupakan doa. Nurin selalu jadi pendamai antara aku dan hubby, menjadi keceriaan pada makcik-makcik dan pakcik-pakciknya dan mengeratkan hubungan yang rapat antara family. Aku cukup bangga dengan Nurin, Alhamdulillah, syukur aku pada Allah. so, pilih la nama yang mempunya maksud yang baik kerana nama juga memberi kesan kepada perwatakan.

Aku dah tahu kenapa Xura dan Mar pilih nama anak diaorang, aku nak tahu juga kenapa Julia dan Sany pilih nama-nama yang cantik untuk anak-anak diaorang, so Julia ngan Sany, sebab korang takde blog, korang boleh post entry kat bahagian komen, tak pun, email korang punya entry nanti aku update dalam entry ni.