Friday, December 30, 2005

Bila dah takde kerja....

Malam tadi, ntah mana dapat extra energy, rasa macam nak buat kek pulak. Sebelum tu dah membasuh Nurin punya comforter, manually.... apa nak buat, sejak sejuk-sejuk 2,3 hari ni, asik ngompol je anak aku nih...iiskk...

Perut aku pun tak berapa sedap sejak kelmarin...heheh... sakit perut yang di cari, 2 hari berturut-turut makan cencalok yang kawan aku bawak dari Melaka. Baik punya cencalok tu, ada orang tu dari tak suka bole jadi suka...hehe..kena la tenguk siapa yang menyediakannya.. :)

Ok korang, siapa-siapa yang nak menerai kek baulu yang aku buat malam tadi sila ikuti langkah-langkah di bawah. Senang sangat, insyaAllah jadi. Sukatan pun senang, kalau guna cawan, semua cawan, kalau guna mangkuk, semua sukat ikut mangkuk. Macam malam tadi, telur satu cawan, gula satu cawan dan tepung gandum satu cawan. Cuma gula tu aku kurangkan la sikit, kalau tak manis sangat. Oh ya, jangan lupa esen vanilla, wangi la sket kek korang nanti. Perasa pulak, ikut citarasa korang.


Mula-mula, pukul telur dan gula sampai kembang, semakin kembang korang pukul semakin spongy kek korang. Masukkan sekali esen vanilla dalam langkah ni.


Bila telur dah kembang, masukkan tepung gandum dan adun sampai sebati, guna senduk je pun dah ok.


Cik kak ni, sibuk la juga nak mengadun, jadi aku aku bagi dia mangkuk dan sesudu adunan, bole la dia mengadun sama.


Adunan aku bahagi 2, satu aku warnakan hijau, satu aku tambah koko. Korang bole tambah perasa yang korang suka, sebagai contoh, korang bole tambah 2,3 sudu sunquick perasa oren pastu tambah dengan parutan kulit limau sunkist, itu pun sedap jugak..:)


Sebelum korang masukkan dalam loyang, alas la loyang dengan kertas minyak ke, macam aku aku sapu minyak masak je, tujuannya tak mau kasi lekat kek tu nanti. Pastu ikut la kreativiti korang macam mana nak masukkan adunan tu dalam loyang. Korang bole gak tambah ceri ke, badam ke, tak pun tabur choclate rice atas kek, bagi nampak lebih menarik.


Pastu masukkan adunan dalam oven. Kalau oven kokak macam aku ni, kena la tunggu setengah jam hingga 45 minit untuk masak. Jangan lupa, sebelum masukkan dalam oven, panaskan dulu oven. Nak tahu bila kek baulu ni dah masak, cucukkan garfu ke, lidi ke, pisau ke, kalau adunan tak lekat kat garfu, lidi atau pisau, dah masak la tuh. Lagi satu, bila dah dekat-dekat nak masak, dia punya bau, satu rumah bole bau, silap-silap jiran sebelah mau pun satu bangunan apartment pun bole bau...heheh...


Tadaaaa..... ini la kek baulu yang aku buat malam tadi, keluar je dari oven, 3 keping hubby makan, sedap katanya...heheh... kalau ikutkan aku, macam terlebih tepung sebab tak brape spongy. Apa pun, pada korang yang nak mencuba tu, Selamat Mencuba!

Thursday, December 29, 2005

Petrosains

Walau pun kepenatan pergi Ulu Yam hari Sabtu tu, hari Ahad aku bawak Cicik ke Petrosains pulak. Sebenarnya itulah tujuan Cicik sekeluarga datang KL ni sebab anak dia Min, dapat 2 tiket percuma untuk memasuki Petrosains. Jadi dia ajak la kitaorang join sekali. Jon tak dapat ikut, jadi aku sekeluarga bawak Cicik hari tu.

Kitaorag sampai dalam pukul 11.30 pagi, ingatkan bole la dapat terus masuk, rupa-rupanya tiket dia bermasa. Jadi kitaorang beli tiket tu, tapi bole masuk hanya pukul 2.00 petang. Mana ye nak bawak diaorang jejalan, sebabnya masa pun bukannya panjang sangat, nak bawak keluar dari KLCC, dah parking 'cantik-cantik', sayang nak tinggalkan parking.

Sudahnya, kitaorang melepak kat Kinokuniya, dalam dok lepak-lepak, sempat la membeli belah buku-buku cerita untuk Min dan Amad. Lepas pergi Kinokuniya, kitaorang pi lunch pulak, pastu pergi solat, baru la pergi Petrosains.

Kitaorang masuk pukul 2.30 petang, ingatkan 2 jam dah selesai, pukul 5.30 petang keluar, masih ada yang tak sempat tenguk! Aku cakap dengan hubby, lain kali nak datang lagi tapi tak nak bawak Nurin. Bukan apa, hari tu Nurin dah kepenatan, bole dia mengamuk kat dalam Petrosains tu..aduuuhhh... Sampaikan nak keluar dari KLCC, bole tertidur, terpaksala kitaorang dukung dia bergilir-gilir sampai ke parking kereta, macam nak patah lengan!

Apa pun, aku memang nak promote ni, pergi la Petrosains kalau ada kelapangan. Bawak sekali anak-anak ke, adik-adik ke memang sesuai. Banyak aktiviti yang bole dicuba dan dibuat bersama. Kalau macam aku ni, banyak betul pengetahuan sampai rasa nak je duduk kat situ sepanjang hari.

Masa masuk KLCC, nampak ramai orang berkerumun, rupa-rupanya Dr. Mahathir dan isteri ada kat sana. Dr, M tak tahu ke mana, cuma sempat ambil gambar dengan Datin Siti Hasmah je.

Bukan main lagi anak dengan bapak ni mencuba salah satu sistem tuas (kalau tak silap aku) yang ada kat situ.


Seronok berposing dan mencuba segala benda yang ada kat sana. Melayan Nurin sampaikan aku rasa banyak betul information yang tak sempat nak baca/tenguk. Memang nak kena pergi lagi nampaknya ni.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tambahan :

Sesiapa yang berminat nak pergi Petrosains, anda dinasihatkan pergi la pepagi, bole jejalan kat dalam tu puas-puas. Jangan risau, kat dalam tu ada banyak toilet yang 'user friendly', tempat tukar pampers baby, tempat permainan untuk kanak-kanak (katalah anak-anak korang melalak tak nak jalan lagi, bagi je dioarng dok kat situ), surau dan vender machine.

Tuesday, December 27, 2005

Berkelah di Ulu Yam

Hujung minggu lepas ni, aku menerima kehadiran tetamu dari Batu Pahat. Cicik (adik perempuan mak) and the family attacked the house! Cicik selamat sampai Jumaat malam Sabtu, itu pun setelah sesat ke susur keluar Bangi. Malam pertama ni, cicik bermalam kat rumah Jon.

Malam tu, masa makan-makan Jon ajak pergi berkelah esoknya. Asalnya nak pergi Petrosains tapi sebab Jon takleh nak ikut, rancangan ditukar pergi berkelah pulak. Jadi masa makan tu, kitaorang berbincang la nak bawak apa, nak pergi pukul berapa, nak masak apa. Sebab stok makanan kat rumah pun dah habis, aku ajak hubby pergi pasar borong malam tu jugak. Nasib baik la, barang-barang yang dicari ada. Sibuk berkemas dan membuat persiapan, pukul 3 pagi baru tido!

Bangun pagi dalam pukul 6.30 terus masak bekal yang nak dibawa. Siap lebih kurang, bertolak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi. Cuaca mendung, takut juga kalau hujan lebat, tapi di celah-celah awan yang mendung tu, nampak juga la cahaya matahari yang malu-malu nak keluar. Kitaorang sampai je terus bentang tikar, pasang khemah dan apa lagi, berendam la!!..

Sejuknya air sungai, takleh nak cakap sampai kecut tangan dan menggeletar dibuatnya. Bila ingat-ingat balik memang dah bertahun tak mandi sungai. Dulu masa kecik-kecik setiap kali cuti sekolah abah akan bawak kitaorang adik beradik mandi-manda kat Air Terjun Gunung Ledang. Last aku pergi ngan hubby kat sungai Congkak pertengahan tahun ni. Dalam banyak-banyak tempat termasuk la Sungai Tekala, Kota Tinggi, aku rasa Ulu Yam yang terbaik. Takyah bayar parking, port tersembunyi dan bersih dan pemandangan yang cantik. Kalau rajin, bbq pun boleh.


Anak dara aku ni tak nak mandi...sejuukkkkkkk!!! Lepas benamkan dalam air, bila dah terbatuk-batuk dan muntah, terus naikkan ke darat, sempat lagi posing tu..


Kesian pulak aku tenguk dia terkebil-kebil dok atas pasir tu, aku bagi la senduk dengan mangkuk polisterin tu, bole la dia buat main masak-masak. Lain kali nak kena bawak permainan dia, takde la dia boring sangat menunggu sementara kitaorang mandi manda.


Cantik pemandangan kat sana, air deras masa tu maybe sebab malam sebelumnya hujan turun.


Adik-adik bermandi manda dan berendam sakan walau pun air sejuk cam ais!


Ini la bekalan kitaorang bawak hari tu, ada nasi lemak, nasi goreng, ayam goreng berempah, sambal tumis, sambal sotong, dan keledek rebus.

Friday, December 23, 2005

JB day 2 .... of Engagement Day...

Dah seminggu majlis pertunangan adik ipar aku Syedah berlalu, tapi tak sempat lagi aku nak bercerita di sini. Salah satu sebab, gambar tak berapa cantik, frust juga aku. Kamera yang aku selalu aku guna jatuh terlepas dari tangan Nurin, selepas tu lensanya jadi blurrr. Sedih rasanya sebab kamera tu banyak berjasa. Aku harap dapat la diselamat hendaknya kamera tu.

Pagi hari bersejarah tu, selepas balik dari playground, aku ikut mak mertua pergi pasar. Balik tu terus la kitaorag bekerja keras membuat persiapan majlis yang akan diadakan pukul 3 ptg. Nasib baik, makanan mak mertua aku tempah je, jadi satu perkara dah selesai. Makanan hari tu, nasi impit dengan lauk pauknya iaitu rendang ayam, sambal goreng, serunding kelapa dan sambal kacang.

Memasak, berkemas itu ini sedar tak sedar dah pukul 12 tengahari...iiskk...banyak lagi benda yang tak siap. Dengan tak mandi lagi sejak pagi, kejab aku keluar, kejab aku kat dalam, ada je benda yang tak habis-habis dibuat. Akhirnya, lagi 20 minit pihak lelaki nak sampai baru la aku berpeluang untuk mandi dan bertukar pakaian.

Sepertinya yang dirancangkan, pihak lelaki sampai dalam pukul 3 petang. Mengikut janji yang dipersetujui kedua-dua belah pihak, tiada hantaran berbalas dulang, cuma pihak lelaki perlu membawa cincin pertunangan bagi tujuan 'menanda' dan meminang. Kononnya mak mertua aku nak ikut style aku bertunang dulu, cuma bawak cincin je, makan-makan pastu balik.

Tapi, kita hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan segala-galanya. Asalnya nak buat majlis simple sempoi dengan lebih kurang 20 - 30 orang tetamu, jadi majlis yang begitu meriah!. Aku ingat la, kalau ada Tok Kadhi, boleh buat majlis nikah terus!

Apa pun, kitaorang bersyukur, Syedah selamat bertunang dan majlis pun berjalan lancar walau pun agak kelam kabut pada mulanya. Buat Syedah, akak, abang dan Nurin doakan semoga korang berdua kekal hingga ke jinjang pelamin satu hari nanti dan akak bersyukur sebab akak tahu 'you are in a good hand', insyaAllah!

Cincin disarung ke jari manis menandakan si gadis telah berpunya, disaksikan oleh Mak, Ana, Imah, Mak Ngah dan Fizana...chechehh...control ayu tuh, nasib baik tak tergelak...heheh...


Syedah dengan 2 bentuk cincin, satu cincin tanda, satu lagi cincin tunang...don't ask me what the difference, aku dulu pun ambik je dua-dua, dah orang nak bagi, ambik je la...


Walau pun tak berjanji nak berhantaran, berbalas dulang, tapi Syedah bagi dua bakul buah tangan sebagai hadiah. Ini tak bermaksud apa-apa, cuma dari Syedah kepada bakal tunangnya dan tunang dia pun tak tahu pasal hadiah-haidah ni aku rasa. tapi.......


...this is what Syedah got from Mr. Tunang...aiseyyy...banyak tu dulang, first time aku nampak diaorang masuk bawak berdulang-dulang, tergamam kejab..eh..kata takyah berdulang, detik hati ku. Tapi tu la, diaorang tak percaya Mak tak nak apa-apa. Akhirnya, diaorang bawak gak, siap sirih junjung dan tepak sirih tu...


Ini pulak jambangan bunga Syedah dapat dari Mr. Tunang, aku ingat bunga plastik, sekali tu bunga betul daaa...lawa kan?


Mak dengan Babah tersenyum lebar, Alhamdulillah, akhirnya anak dara pertama diaorang selamat bertunang. So Ana, you are nexttt...


Malu-malu kucing anak dara aku nih, maklum la Cik Da dia dah lawa, segan pulak nak bergambar. Nurin, nanti Cik Da bersanding, awak bole jadi flower girl yek...

Thursday, December 22, 2005

Makan-makan lagi....

Hari ni sarapan pagi dan makan tengahari ni taja oleh akak-akak yg baik hati kat lab ni. Semuanya sibuk nak membelanja, yang adik-adik ni, apa lagi, menadah tekak je la....hehehh...

Officer semua takde, ada persidangan, yang tinggal semuanya kuli-kuli batak, memacam la plan dan programnya. Setakat makan-makan ok la, bukannya berjalan merayau-rayau tak dok kat lab/office.

Ini la sarapan kitaorang pagi tadi, ada nasi himpit goreng, kata Kak Ah, resepi dari Singapura, pastu ada bubur pulut hitam, Kak Gayah yang buat. Pulut hitam tu aku yang bagi, beli dari Kedah hari tu. Aku ni malas nak buat, lagi pun Kak Gayah buat sedap, tu yang bagi kat dia. Ada juga donut, Kak Gayah kata, donut tu budak lelaki umur 14 tahun yang buat, sedap tuhhh...
Pastu aku buat air kopi, semua dah tinggal sikit-sikit sebab masa memula makan tu, lapo sgt sampai lupa nak ambil gambo.


Ini pulak hidangan makanan tengahari. Simple je, ikan masak singgang / pindang, ulam kacang botor, ikan tamban goreng, sambal belacan dan budu. Peerrgghhh...sedapnya sampai terduduk kekenyangan selepas tu! Dah le cuaca sejuk je dek mendung dan hujan, makan lak nasi panas-panas, tambah panas sambal belacan yang pedas tu, memang terangkat...nyumm..nyumm...

Asalnya tak sangka nak masak-masak makan tengahari, semalam terkeluar cerita pasal masak singgang ni. Most of us, orang pompuan ni suka makan masak singgang, tapi hubby masing-masing tak suka pulak, tu yang Kak Ah, the mastermind ajak masak-masak kat rumah dia, lagi pun dia tak tahu nak masak macam mana, kiranya nak belajar sekali la ni. aku pulak memang lama tak pekena masak singgang, apa lagi on je la.

Kenyang betul makan, siap hirup kuah lagi, Alhamdulillah...hhmmm...malam ni makan buah je la. Terima kasih la buat Kak Ah dan Kak Gayah atas kesudian diaorang menaja makan-makan untuk hari ni.

Saturday, December 17, 2005

JB day 1

Semalam sampai JB around 9 malam, semua dah kepenatan, makan malam tapau je nasi ayam dari Tebrau. Sampai je, aku mandikan Nurin, pastu aku lak mandi, lega dan segar sikit rasanya. Lepas tu baru la makan malam.

Kemudian, kitaorang ramai-ramai buat puding mangga, I'll blog about it in another entry....with pictures of course *wink*...yumm..yumm..

Hari ni, lepas hubby solat subuh, aku ajak Nurin jogging, bukan jogging pun sebenarnya, jejalan depan sekolah ni, kat situ ada playground. Seronok juga Nurin sebab dia dah lama tak main buai dan orang pun tak ramai.

Playground depan sekolah, tak ramai orang maybe sebab cuti sekolah ni, ramai yang balik kampung.

Aku tak perasan gelungsur tu basah, kesian kat Nurin, laju betul dia meluncur, jatuh ke pasir!

Buai laju-laju, sampai pokok sena.... seronok betul si kenit ni, memang pantang nampak buai, mesti ajak nak main.

Lepas ni ikut mak mertua pergi pasar, pastu banyak masak dan banyak kerja lain menanti sebelum majlis bermula. I will keep updating this blog, till then...tungguuuu..

Friday, December 16, 2005

Amy Search

Amy Search ehsan dari salimrock@cari.com.my

Ada 'sesuatu' pada Amy Search yang buat aku suka pada dia, selain dari bibir dan matanya yang seksi itu. It s all about his talent, but i don't know how to describe it. Bila baca Bintang Popular pada hari Ahad lepas, dalam ruangan Aspirasi tulisan Ramli MS, that was all I wanted to say actually, tapi biasa la, aku bukan orang muzik, mana la tahu nak describe ikut terms diaorang ni.

Btw, sesiapa yang terlepas membacanya, boleh klik kat sini.

Petang ni, I'm going back to JB, for Syedah's engagement tomorrow. Unluckily, I just got my period and then now macam nak patah pinggang! Tak tahu la bole tahan ke tak dalam kereta 3,4 jam nanti. Kalau boleh sekarang ni, nak tido jek biar tak ingat the pain. Hopefully, I will be occay all the way to JB.

So my friends, enjoy your weekend!

Tuesday, December 13, 2005

Menarik di hujung minggu

Hari Sabtu lepas, aku jemput family in laws singgah for lunch. Kebetulan Ana akan ambil kucing di klinik yang berhampiran dengan rumah, jadi dah terlanjur tu, boleh la singgah rumah aku. Mulanya aku ingat cuma babah, mak, adik-adik ipar serta Pak Long, Mak Long dan Nek Wan dari Singapura. Rupa-rupanya, Kak Mas, pembantu Mak Long dan Nek Mok pun datang sekali. Jadi all together 14 orang.
Aiseyy...ni yang segan nih, maklum la yang datang tu semuanya pakar memasak kalau cuma nak dibandingkan dengan aku nih, but I did the best I can. Memasak hari tu, terasa benar gemuruhnya, macam masuk pertandingan memasak je layaknya!..Heheh...
Tapi bila nasi 5 pot (bekas kaya rosie jek) licin dan Nek Wan kata 'Noha, lulus 100%"...baru lah aku rasa lega...heheh...Alhamdulillah, semua masakan aku diaorang makan. Bila dah kenyang tu, apa lagi, ada la yang mencari bantal, nak landing la pulak.
Main course hari tu, ada ikan tenggiri masak asam pedas, salad cina tumis kicap dengan halia dan ikan pekasam. Selain tu, aku ada masak kerang masak paprik juga. Aku ada minta Mila buatkan kerabu mangga sebab aku tak sempat nak buat. Alhamdulillah, semua licin kecuali asam pedas tu ada la berbaki 2,3 potong lagi ikan tenggiri.

Tomyam ni, babah yang request, dia kata nak tomyam original, taknak guna paste dan taknak beli kat luar, dia dah tak lalu makan banyak sangat MSG. Err...seingat aku, sekali je aku penah buat tomyam camni, aku tak buat lagi sebab hubby tak berapa suka. So, I called my mom for rescue, senang je rupanya, tumis bawang putih, halia dan serai (serai mesti banyak), bila dah naik bau, masukkan cili padi, pastu masukkan air. Masukkan segala ramuan yang kita suka, rasakan masin dan pedas, jangan lupa jus limau kasturi untuk masam dan daun limau purut untuk bau yang sedap, dah pun siap! Kalau nak warna merah sikit, blendkan sebiji tomato dengan 2,3 biji cili merah. Alhamdulillah, tomyam ni pun hampir licin, sebab makan panas-panas dan hujan pulak malam tu, tu yang syok menghirup.

------------------------------------------------------------------

Hari Isnin, sebab Selangor cuti jadi Ahad tu aku tidur rumah family in laws kat Gurney. Kononnya Isnin nak pergi Ulu Yam berpiknik, but its end up kat Aquaria, KLCC. It kind of my new experience and for Nurin too, jadi cam biasa, jakun la sikit. Banyak juga gambar yang diambil, tapi it turns up tak berapa terang dan goyang. Jadi ada la beberapa je yang boleh diupload kat sini.

Sementara tunggu hubbybeli tiket, sempat aku ambil gambar ni, pelik sangat tenguk ikan yang ditunjukkan tu, Nurin pun takut.


Setelah beberapa kali, ini la gambar ikan jerung yang paling clear, besarnya jerung ni, rasa cam nak telannya je kita...iiskk...


Cantik betul pemandangan kat akuarium ni dan ini lah satu-satunya gambar yang cantik dan jelas.


Sebagai kenangan, Tuk Aki belikan Nurin hat with the blue whale, puas memujuk si kenit ni untuk bergambar dengan topi tu, akhirnya berjaya juga.


Nurin with her new book collection. Kan main suka lagi bila dapat buku nih, dikepitnya ke hulu ke hilir.


Juga supaya Nurin tak lupa pengalaman pergi Ke Aquaria, Tuk Aki belikan juga buku about ocean's creatures kat Kinokuniya. Hai...cucu seorang, boleh la dilayan, nanti kalau dah berderet, minta maaf la yek...

Aku sampai rumah malam tadi dalam pukul 11 malam, rasa letih tenguk rumah dengan pinggang mangkuk yang belum dikemas masuk ke dalam almari sebab nak tunggu kering dan pakaian yang belum berlipat sebab tinggal rumah hari tu baru je lepas jemur. Apa pun aku gembira sebab dapat luangkan masa dengan keluarga terutamanya Nurin. Kalau Nurin happy, aku pun happy juga!

Thursday, December 08, 2005

Day 3 of Kedah and Penang #2

Finally, dapat gak upload semua gambar. Rasanya ni je la gambar-gambar sekitar 'jalan-jalan cari makan' kat Kedah, Penang dan Perak. Actually, Perak tu tempat bermalam je, sebab tak larat nak terus balik ke KL. But, its very nice and peaceful town of Ipoh, tersesat-sesat kitaorang kat Ipoh nak cari hotel sebab sampai pun dah malam.

Last day sarapan kat Kodiang, ada nasi lemak, pulut kuning makan dengan kari daging, pulut putih makan dengan kelapa dan ikan pekasam, pisang goreng dan teh o panas.

Ambil gambar dengan rumah Mila sebelah tali air. Suasananya aman damai, dengan burung riuh rendah berkicauan, rasa sedih jugak nak tinggalkan tempat tu. But for sure, it was a great vacation!


Last pic kat tepi sawah, cantik kan?? Half the picture is blue and other half is green, sooo beautiful! Pokok padi baru je nak keluarkan padi, hijau dan beralun bila ditiup angin...hhmmm...rasa cam nak berlari dan bergolek-golek kat hamparan sawah padi tu...:)

Day 3 of Kedah and Penang #1

Apasal ntah aku takleh nak upload gambar sampai habis, tinggal lagi 3 gambar je lagi..iiskk... Nanti yang lagi 3 tu, aku upload kemudian la yek.
Yaayyy... hari ni last day kat Kedah. Suka sangat nak nak balik tu bukan apa, sebab nak naik feri masa kat Penang nati. Hehehhe..jakun betul, maklum la baru ni nak naik feri sepanjang hidup kat dunia ni, jadi excited la sikit.
Macam biasa la, sebelum balik tu ada sessi bergambar dan juga apa yang menarik sepanjang perjalanan pun aku ambil gambar. Lagi pun ntah bila akan ke sini lagi, by the time datang lagi, mungkin dah banyak yang berubah.

2 hari kat Kedah mendung dan hujan renyai-renyai, hari nak balik tu panas terik! Cermin mata sendiri takde, mama punya pun bole la...

Masjid Negeri kat Alor Setar, takleh nak fokus betul-betul sebab dalam kereta yang berjalan.


Hubby, Nurin and me, menahan tiupan angin yang kuat masa kat feri tu, kalau takde Nurin, sure terasa cam Jack and Rose dalam Titanic!..heheh..Bukan aku je yang excited, Nurin pun seronok naik feri sampai menangis bila dah sampai jeti untuk keluar dari feri,kesian dia..


Masjid tempat kitaorang singgah untuk solat Zuhur kat Batu Feringghi. Kata Jon, kawasan ni la dulu tempat tsunami melanda. Bila tenguk sekeliling, aman je rasa, tak sangka ombak ganas pernah menyinggah.


Tokey kedai (baju merah tapi orangnya rendah, yang tinggi tu my hubby yek..) senyum kan main lagi, maklum la lebih 10 kg kitaorang borong jeruk kat kedai dia.


Apa yek istimewanya Komtar ni? Asal kata nak pegi Penang mesti orang tanya ada pegi Komtar tak??


Ini la gambar jambatan Pulau Penang yang berjaya diambil.


Kereta Jon yang penuh dengan makanan ; pisang, mangga, jeruk, ikan pekasam, beras pulut..etc. Agaknya kalau bawak lori, mau beras, ayam, kambing dan dan segala-galanya yang ada kat kampung nak dibawa.


Kereta kitaorang pulak penuh dengan baju bersih dan baju kotor!


Ini la ole-ole dari Kedah dan Penang. Ada keropok, beras pulut, pulut hitam, jeruk mangga, kedondong dan salak, dan tak lupa kari cap O yang cuma ada kat Kedah je.

Wednesday, December 07, 2005

Kedah day 2

Hari kedua kat Kedah kitaorang merancang nak berjalan-jalan, beraya la sekali. Satu rumah tu kat Chuping, satu lagi kat Beseri. Tak tahu la yang mana jauh, tapi kitaorang dibawa ke Chuping dulu.

Selepas Beseri, kitaorang terus ke Alor Setar, nak pegi pekan Rabu. Takde nak cari barang apa pun, cuma nak beli ikan pekasam dan mak aku sure cari beras pulut. Dia kata beras pulut kat Kedah ni lembut, cepat masak dan tak campur dengan beras.

Yang tak best tu, masa makan tengahari, kitaorang kena charged gila-gila. Agaknya dia tahu kot, kitaorang ni orang luar. Nasib baik sedap dan kitaorang pun dah lapo sangat sebab masa tu dah pukul 3 ptg, jadi makan je la.

Peristiwa yang paling tak dapat dilupakan, Nurin termuntah bila bau ikan pekasam. Anak dara aku ni memang lain pesen sikit, pantang bau yang busuk macam kat pasar ke, public toilet ke, mula la dia buat hal. Aku dah larang hubby dari ikut beli ikan pekasam tu, tapi hubby kata, Nurin yang nak pegi sangat. At the apa lagi, muntah la kat situ...iiskk....

Sebab dah pernah pegi Bukit Kayu Hitam, tak nak pegi lagi, jadi terus la ke Chuping.


Area Chuping tu, kitaorang pegi kawasan perkampungan Felda. Kalau kat tempat lain, maybe ada felda getah atau kelapa sawit, tapi kat sini felda tebu.


Pemandangan yang korang nampak ni, bukan pemandangan sawah padi tau, tapi ni la pemandangan ladang tebu. Cantikkan, masa ambil gambar ni, tengah hujan renyai-renyai, siap berkamus lagi. Kemudian tu baru la aku tahu, kat sini rupanya diaorang buat pengambaran KL Menjerit.

Nak bertolak ke Beseri pulak. Nurin berpeluh-peluh selepas mengejar ayam (maklum anak orang bandar, jakun betul bila nampak ayam), kutip bunga dan buah jambu batu.


Ni la satu-satunya gambar rumah tipikal rumah tepi sawah. Sebab apa aku cakap camni, sebab kebanyakkan dah banyak rumah batu, susah nak jumpa rumah papan lagi.

Balik dari berjalan, bapak Mila dah siap air kelapa muda untuk minum petang.