Monday, June 25, 2007

Weekends

weekend 2 minggu lepas......


Setiap hari lalu Mardi bila nak hantar Nurin pergi sekolah, dia akan tanya bila nak bawak dia naik kuda. Kebetulan, 2 minggu lepas ada karnival haiwan kat Mardi, bila dah berjanji bagai, kena la bawak cik kak ni. Memula aku bawak dia terus ke kandang kuda, ingat nak dia tunggang kuda padi, sampai je bila bau bauan kat kandang kuda tu, terus la meragam, tak nak naik sambil mulut tu muncung macam boleh sangkut hanger kat situ.

Nurin ni mmg allergic sikt tempat yang berbau-bauan, mula la dia meloya nak muntah la, pening la, yang tak sedap tu kalau bawak pergi rumah orang, sangat la melaser mulut dia bila berkata-kata...iiskkk....busuk, busuk sambil tutup hidung dengan mata terbeliak-beliak menahan loya...hhmmm.....

Anyway, nasib baik la masa kat karnival tu ada kereta kuda, untuk tidak menghampakan Nurin, aku ajak dia naik kereta kuda. Kitaorang duduk dengan 'driver' kereta kuda tu, betul-betul belakang montit kuda-kuda tu. Ada sekali tu, salah seekor kuda tu angkat ekor dia, aku dah suspens dah....Nurin dah siap-siap tutp hidung...hhmm...nasib baik kuda tu cuma kentut je....hehehheh.....


.....................................

Last weekend......

Dah lama tak masak, bila my best fren/x-housemate/x-schoolmate nak datang, wahh... sungguh teruja nak memasak. So, menu that day, nasi ayam. Aku jarang buat nasi ayam ni, in fact this is my second time, so Sany and Siela, please forgive me di atas kekurangan masakan aku hari tu, aku tahu nasi tu tak masin, tapi terima kasih la kerana bersungguh-sungguh korang makan. :)

Syok sangat makan, sambung la bercerita bagai, sampai lupa nak ambil gambar, padahal aku nak sangat merakam gambar anak korang yang comel tu. Auny comel sangat, tak henti-henti tersenyum, manis muka macam mama dan papa dia.

Anyway, thanks for coming, walau pun Siela dah sarat, kuat lagi berjalan sana sini ya, semoga selamat melahirkan baby kedua dalam waktu terdekat ni. Everything will be ok and my prayers always be with you! :)

Friday, June 22, 2007

Macam mana tu???

Kenapa ehh??.....


..............................................


Sejak awal minggu hari tu hubby bagitau, malam ni dia kena standby kat office, jadi sejak petang tu cuma aku berdua je dengan Nurin dekat rumah. Sekarang pun masa menaip entry ni, hubby tak sampai rumah lagi....kesian kat dia. Sejak kerja kat tempat baru ni, ini la kali pertama kena stay sampai lewat macam ni.

Petang tadi sampai rumah je, sambil tenguk Manjalara, sempat la aku memvakum rumah. Pastu mandikan Nurin dan kemudian aku pun mandi juga. Lepas mandi sama-sama solat maghrib dengan Nurin.

Setelah sekian lama tak dpt meluangkan masa dengan Nurin, kali ni aku dapat mengajar dia mengaji muqaddam. Seronok sangat dia, suruh berenti pun tak nak. Sambil ajar mengaji aku melipat kain yang dah berhari-hari tak sempat lipat, sambil tu mesin basuh pun berjalan juga.

Lepas lipat kain, aku sambung pulak menggosok baju untuk pakai pergi keje minggu depan. Lepas tu sambung pulak mengemas meja kerja dan buat documentation sikit.

Persoalannya ialah, kenapa semua perkara-perkara di atas aku dapat lakukan bila hubby takde kat rumah? Korang pernah tak mengalami perkara yang sama macam aku especially Ju ngan Mar? Kenapa eh???


...............................................




Comel tak budak ni??? eeiiiii...aku geram sgt tau, kat gambar ni tak nampak sgt kecomelannya, in real life, rasa macam nak peluk-peluk gomol-gomol je. Nama dia Salahuddin, abang dia satu sekolah dengan Nurin Mar dan Xura, aku ingat nak letak gambar budak ni kat dreamboard aku, okeh tak?

Sunday, June 17, 2007

Hari itu dalam sejarah

Motivators said ‘seeing is believing’, and because of that I put up this pictures in my dream board. I will never know when will I get that handphone, but I believe the day will come, insyaAllah.

...................................................


Hari itu, 15 Jun 2007, genap 5 tahun diri ku ini bergelar isteri buat hubby tercinta. Masih jelas terbayang saat-saat hubby menyarungkan cincin di jari...(.eerrr....gambar kat atas ni bukan gambar sebenar, gambar adalah ehsan Saiful Nang Gallery, gambar sendiri nak kena scan la pulak).

Malam tu, ketika menunggu 12 tengah malam 15 Jun, sambil baring berbantal lengan hubby, kami mengenang kembali 5 tahun yang lalu. Susah senang, suka duka mematangkan usia perkahwinan ini. Alhamdulillah, segala cabaran satu demi satu kami cuba atasi dan segala kebahagiaan dan kemanisan sedang kami kecapi. Harapan kami, kebahagiaan ini kekal hingga nyawa terpisah dari badan.


Alhamdulillah, this is what we got from babah for our 5th anniversary...yiippiieeeee...... and till now, i'm still thingking that i'm dreaming. Thanks to God and thanks to babah to make our dream come true. :)

Tuesday, June 12, 2007

Baru ku tahu......

..... setengah jam terguling kat bilik tidur....
..... satu jam kat j*mban........
.... baru aku tahu, betapa deritanya menanggung gastrik!

Serik! Lepas ni, memang aku akan jaga makan minum aku, 2 hari terlantar dekat seminggu nak pulih. Bukan tak makan, makanan punya pasal la dapat sakit. Betul la orang kata perut punca segala penyakit, mana taknya, kalau yang masuk tu makanan tak berkhasiat ke, makanan dah expired ke, memang la mengundang bala.

Nasib baik la hubby sangat memahami, sanggup tu EL semata-mata nak jaga aku, sampai off handset sebab orang opis cari dia.

Alhamdulillah, walau pun dah sihat, aku masih takut nak makan pedas dan berminyak. Makan pun kawal, tak nak sakit lagi, susah nak kerja.