Monday, May 28, 2007

My little Angel is in JB...
... i am missed her like crazy!!.....
...hhuuaarrgghhhhh........

Friday, May 18, 2007

Panduan ibu bapa bendung masalah anak mengamuk

Aku dapat this info dari berita harian hari ni, dan aku juga gunakan pendekatan yg sama iaitu 'buat tak tahu bila Nurin mengamuk' dan Alhamdulillah, its works for me. I think, kalau nak gunakan pendekatan ni, kena mula dari awal dan hati mmg kena 'kering', tahap takde belas kasihan punya, kalau tak, payah nak 'jalan'


Soalan :

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang aktif dan cerdik. Masalahnya sejak kebelakangan ini dia sering mengamuk jika kemahuannya tidak dipenuhi dan ada ketikanya dia membaling apa saja yang ada dalam genggamannya, merebahkan diri ke lantai serta pernah juga dia cuba memukul saya.


Seperkara lagi, jika anak saya menangis, dia akan terus menangis sehingga saya datang memujuknya. Dia juga sekarang menjadi seorang yang penakut. Saya risau jika perangainya berlarutan hingga besar.

Ibu Risau,
Kuala Lumpur.


Jawapan :

PAKAR kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.


Kanak-kanak peringkat itu juga akan mengamuk kerana kecewa apabila tidak dapat melakukan tugasan atau memanipulasikan mainan seperti kehendak mereka. Mereka akan mengamuk apabila permintaan tidak dipenuhi dan mendengar perkataan ‘jangan’.

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ia hendaklah dibendung sejak mula perkembangannya.

Disertakan beberapa panduan bagaimana menghadapi anak yang suka mengamuk. Harap membantu. Juga boleh layari www.rentis.blogspot.com untuk penulisan saya yang lain berkaitan kanak-kanak.

Kita boleh mengawal tabiat mengamuk dengan cara:

  • Mengalih perhatian anak apabila nampak simptom seperti hendak mengamuk seperti muka anak merah atau mula hendak menangis.

    Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam.

    Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

  • Tenang menghadapi kerenah anak. Bacakan untuk diri anda surah al-Inshirah untuk menenangkan diri. Berdoalah dalam hati supaya Allah berikan kekuatan minda dan jiwa untuk menjadi ibu yang baik, sabar dan penyayang. Berdoalah untuk anak anda dan tiupkan di ubun-ubunnya dengan penuh kasih sayang.

    Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak kerana tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

  • Jika anak terus mengamuk, cuba jangan peduli dan tinggalkan sekejap. Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A book of child care, memberikan seorang akan memberikan persembahan yang lebih baik di hadapan penonton. Saya dapati panduan ini mujarab untuk anak saya dan kebanyakan anak di Taska. Jadi, jika anak terus mengamuk jangan perhatikan. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai apabila mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

  • Apabila anak berhenti mengamuk, bincang dengan mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Terangkan juga bahawa kita akan tegas dengan pendirian kita.

  • Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

    Beberapa bulan lalu, anak lelaki kecil saya mula mengamuk apabila kehendak hatinya tidak dituruti. Saya ambil pendekatan tidak peduli. Selepas dua tiga kali, dia tidak mengamuk lagi.

    Apabila buat tidak tahu dia akan berhenti mengamuk. Selepas itu dia cuba menarik perhatian dan apabila anak saya sudah berusaha, barulah saya memeluk, berbincang dan dia akan kembali tenang.


    Jawapan disediakan oleh Rosnah Ahmad dan Pensyarah Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Prof Madya Dr Umi Kalthum Ngah, dengan kerjasama Wanita JIM (wanitajim0@yahoo.com)
  • Wednesday, May 16, 2007

    Selamat hari guru, Cikgu!

    Pergi sekolah naik teksi,
    Teksi milik En. Sugu,
    Buat cikgu-cikgu yang dedikasi,
    Selamat Hari Guru!


    Walau pun aku dah takde kena mengena dengan alam persekolah, tapi bila dah ada anak yang bersekolah ni, kena la join anak sekali sambut hari guru.

    Selepas masa ambil Nurin dari sekolah, cikgu dah pesan siap-siap, esok (hari ni) kena pakai baju kurung sebab ada sambutn hari guru. Pastu cikgu ada kirim surat sekali, surat tu sebut penghargaan buat ibu bapa yang join sukan sekolah (dasat eh, sekolah tadika ada suka sekolah, will update later) dan meminta ibu bapa menyediakan sedikit juadah untuk hari ni. Dalam kepala aku dah berkira-kira, nak kena bagi cikgu hadiah ni, since masa sukan sekolah tu aku tak contribute apa-apa pun..iiskk...kes sibuk sangat la bekerja kononnya, dan sukan pun last minute baru cikgu informed. So, bila masuk je kereta aku terus tanya Nurin...

    Nurin, cikgu ada 4 orangkan, siapa nama cikgu?

    Cikgu Shima, Cikgu Ha, Cikgu Nor ....hhmm.... siapa ek nama cikgu tu...Nurin lupa la mama, tapi dia banyak jerawat!

    (Haiiisshh...budak ni, jangan la dia sebut tang banyak jerawat depan cikgu, kata aku tak ajar pulak mulut dia yang laser nih...iisshhh)

    So, semalam kitaorang dinner kat luar, pastu terus ke Jusco cari hadiah dengan cari la juadah apa nak bagi kat cikgu, tak larat la pulak nak masak pagi-pagi esok, jadi beli je senang.



    So, ini la hadiah-hadiah untuk cikgu-cikgu Nurin. Kalau la cikgu-cikgu Nurin ada terbaca blog aku ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana mendidik Nurin selama ni, and i'm very proud of what Nurin has achieved till today. Terima kasih cikgu (sila baca dengan berlagu-lagu macam kat sekolah dulu bila habis kelas)


    Ucapan Hari Guru ini juga buat semua cikgu-cikgi di luar sana, Siela, Julia (walau pun ko lecturer, kira mengajar la jugak kan?), Rufi and others, yang tak tersebut nama tu, sori ek. Tak lupa buat ibu mertuaku, Puan Halimah Shaaban, you guys did great job!

    Monday, May 07, 2007

    New Nest


    After 7 months of going through all the procedures, we proudly announce that we already move in to our own new nest in Kinrara, Alhamdulillah... adehhh...sehingga saat ni, masih lagi terasa keletihan yang amat! Itu lah juga sebabnya aku jarang memblog sejak akhir-akhir ini. Mungkin sehingga hujung bulan ni, bila keadan kembali seperti biasa, boleh la korang selalu menjenguk ke sini for the latest update.

    Mar, nampaknya kita dah semakin dekat, apa orang kata, sepelaung je??...hehe...boleh la kita lepak togader-gader ehh?

    House Warming Party??...yeahh...don't worry, coming soooonnnnnn...hehehe..how soon? Tak boleh nak janji la, but memang nak menjemput semua kengkawan.

    Oh ya, Mak, Abah dan Amad dah selamat pulang ke tanahair setelah mengerjakan umrah, Alhamdulillah. Sebab tu la juga urusan pindah rumah menjadi bertambah cepat, kalau tak nak delay sampai pertengahan bulan ni. Cuma sedih sikit, dah lebih 3 tahun duduk berjiran dengan Jon, selalu bertukar-tukar juadah, melepak atau lunch/dinner bersama, now nak kena buat appointment kalau nak jumpa. Dengan keadaan Mila yang semakin sarat pregnant, susah hati juga sebenarnya aku ni. Kalau dulu, tak sampai seminit nak ke rumah diaorang, sekarang ni kena berkereta la pulak. Apa pun doakan yang terbaik untuk kami semua.

    To Julia, sorry ler tak boleh nak melayan ko sangat hari tu, kesian kat Jasmin, tak menda aku bole bagi dia, rumah tengah tunggang langgang. Nanti bebila turun kl, bagitau eh, boleh singgah rumah.