Monday, September 29, 2008

Aidilfitri 2008

Aku rasa by now, ramai yang dah balik kampung, paling tidak pun dah atas jalan raya dalam perjalanan nak balik ke kampung. Macam tahun lepas, tahun ni kitaorang tak dapat balik awal berhari raya di Johor, Hubby baru je masuk kerja baru awal bulan ni, so tak boleh ambil cuti lagi, kena la kerja sampai esok. Macam mana pun, Nurin dah aku 'pos' dengan MIL untuk balik dulu ke JB, so tinggal la aku berdua dengan Hubby kat rumah. Sunyi je rasa, nasib baik la esok je dah nak balik.

Tahun ni, giliran mertua dulu, so kami akan beraya di JB dan Singapura pada hari raya pertama. Selalunya hari raya kedua, FIL dan mula kerja jadi aku sambung raya di Batu Pahat pula. Mungkin Sabtu pagi baru balik ke KL sambung raya dengan saudara mara di sini.

Terasa sekejab je masa berlalu, baru je menyambut puasa dan berterawih dan nak raya pulak. Rasa macam tak puas berlama-lamaan ramadhan ni, insyaAllah, panjang umur tahun depan jumpa lagi.

So, sebelum kami bertolak balik esok, dikesempatan ni kami sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin untuk semua. Pada yang pulang ke kampung, berhati-hati memandu, kalau mengantuk, berhenti dan rehat dulu. Yang ada pemandu especially yang naik bas tu, pesan kat diaorang bawak bas baik-baik. Semoga selamat tiba dan bergembira menyambut hari raya bersama keluarga.

Friday, September 26, 2008

Lidah bercabang

Aku dengar berita ni masa dalam kereta lepas jumpa client....hahaha....ini baru betul kena dengan peribahasa (?) cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar...hhmmm....padan muka ko!

Aku rasa makcik Teresa ni memang tak tahu diuntung, sekurang-kurangnya dia dapat makan, kalau dibiarkan kebuluran....wahhh...sure lagi hebat dia memekik kat sidang akhbar kot??

Sebenarnya, aku tak biasa nak post an entry pasal politik dan kalau boleh tak nak pun, tapi kali ni aku tak tahan dengan pompuan yang tak sedar diri ni dan kawasan kat rumah aku ni aku dengar cerita ada satu masjid tu dah tak boleh nak buat kuliah Subuh lagi. Hampeh ok?? Tidak la juga aku pergi pun kuliah Subuh tu, tapi apa lagi kebebasan yang kita boleh dapat?

Truly...i am very-very sad...........






p/s: eerr...sedih-sedih gak, ada berita gembira juga ni. Korang, ada kawan kita pregnant lagi. Actually dia tak buat test lagi, tapi biasa la kan, instinct seorang ibu, lagi pun dah mula loya-loya dan melepek. Siapa orangnya, tunggu la yang empunya badan isytiharkan sendiri, ok? Kita doa je la agar dia selamat dan dipermudahan proses mengandung.

Monday, September 22, 2008

My lucky day

Aku duduk sebelah dia masa kat Sekolah Menengah Sains Muar dulu, kumpulan kitaorang paling depan. Memula tenguk muka dia, nampak macam sombong, diam je pulak tu. Memang patut pun dia diam je, mana la dia ada kawan lagi masa tu. Lain la aku, masuk SMSMr dalam kelas tu je ada 3 orang kawan dari sekolah lama, so takde la rasa macam terpinggir sangat.

Tak tahu bila aku mula rapat dengan dia, tau-tau ke mana-mana kitaorang selalu bersama. Selalunya waktu sekolah je sebab dia duduk dorm lain dan tingkat pun berbeza. Dia ni, orangnya lemah lembut, manja, sikit-sikit nak minta tolong. Aku pulak being an eldest selalu la melayan dia. Dalam pada tu, dia ni pun selalu blur dan selalu berangan dalam kelas....heheh..

Tadi masa tengah drive kat KL, ada dapat sms ni "Saya telah selamat melahirkan baby girl 3.05kg pada jam 4am di kbmc". Masa tu aku kat Jalan Melaka, KL. Lepas jumpa client kat Jalan TAR, aku terus ke KBMC.

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah, hari ni aku berjumpa semula dengan sahabatku, Radziah Annuar setelah terpisah sejak 6 tahun lepas. Sebenarnya dah lama aku cari kawan aku ni, google kat internet aku dapat tau dia kat UM, tapi takde contact no. Sampai la satu hari ada msg di Frienster dari dia. Percubaan kali pertama tel dia tak berjaya, selang seminggu aku tel lagi, kali kedua baru la dapat cakap dengan dia. Rupa-rupanya dia pun sama mencari aku juga.


Radziah @ D berbaju hitam, tak berubah masih seperti dulu, cuma anak dia dah 3 orang termasuk yang kecik tu. Tak sangka betul, kat sana aku jumpa lagi sorang budak SMSMr, Mar, Ju and Nad, korang ingat lagi tak Zila? anak dia dah 4! dan badan dia masih langsing macam dulu! ;P Hmmm.... bila dengar sana sini semua orang anak dah lebih dari 2, aku rasa mengah, macam tengah berlumba, tapi aku tak sampai-sampai lagi ke penghujungnya. Apa pun, tahniah buat D dan suami, semoga dengan kehadiran orang baru ni, bertambah meriah keluarga dan dilimpahi rezeki yang mencurah-curah.

Tuesday, September 16, 2008

Kalau dah rindu....

Puasa tahun ni, aku slow downkan sikit kerja. Aku masih keluar, temujanji, mesyuarat tapi aku akan pastikan aku balik awal dan sempat memasak. Ini lebih jimat dan makanan semestinya lebih fresh dan lebih sedap. Lagi pun bila Nurin semakin membesar, banyak pulak makannya, tak padan dengan badan yang kurus cekeding.

Buka puasa hari ni, hubby request roti sardin dan kuew teow kungfu. Aku tak bagi hubby beli kuih-muih kat luar, sebab malam ni lepas terawih kitaorang nak berjalan ke Bukit Jalil, so terus mentong sekali.


Setiap tahun dalam bulan hubby akan buat makanan kegemaran dia, roti john. Sesekali menunjukkan skill di dapur kalah chef kat hotel ;P


Sabtu lepas, aku ajak Jon anak beranak datang berbuka. Menu hari tu aku masak mee & meehon kari, resepi special dari Batu Pahat.


Hubby buat roti john, Mila buat kuih buah melaka dan aku buat air sirap bandung cincau. Roti john dan air bandung tu licin!


Kesian mak dan abah kat Batu Pahat, menjenguk blog ni hampir setiap hari, nak tenguk gambar cucu-cucu. Awal puasa hari tu sempat la aku balik berbuka di kampung. Nampaknya takde la balik lagi sampai la raya nanti. Mak dan abah pulak tak sempat nak datang sini sebab Amad sekolah, lagi pun tahun ni nak PMR.


Terselit gak si encem boy ni. Irfan dah pandai berguling, senyum dan ketawa. Teringat tahun lepas, rasanya macam baru sangat Syeda keluar masuk hospital sampai 4 kali dalam bulan puasa masa tu. Sekejab je dah setahun.


Ini la budak comel yang Mak Tok dan Atuk tunggu-tunggu nak tengak gambar dia. Puas kitaorang agah biar Afiq ketawa nak bagi Mak Tok dan Atuk tenguk gigi Afiq yang dua batang tu.

Kalau tenguk betul-betul bole nampak gigi Afiq 2 batang kat gusi bawah. afiq ni dah pandai jalan, tapi saje abah dia letak dalam walker, kalau tak merata dia berjalan!


Serupa tak kami berdua? Siap berbaju melayu datang rumah berbuka puasa, tak padan kecik! Muka comel tapi sgt la cheeky...geram! Nasib rumah dekat, bila rindu terus bole jumpa. Harap Mak Tok dan Atuk terubat la rindu bila tenguk gambar-gambar ni ya :)

Friday, September 12, 2008

Berkebun bunga dan herba

Dialog antara aku dan MIL berlaku bila baru-baru pindah di rumah ini.

MIL : Dah dapat rumah apartment ni, bila nak beli rumah atas tanah pulak?

Aku : Mmm.... maybe dalam 5 tahun lagi kot.

MIL: 5 tahun? Isskk...lama sangat tu, beli la cepat-cepat sikit.

Aku : ....... (tak terkata apa, dalam hati "iisskkk...rumah yang ni pun pening kepala nak beli, nak beli rumah lain pulak, dah kenapa MIL aku ni")

Tapi tu la, kita hanya merancang, Allah juga yang menentukannya. 7 bulan selepas duduk rumah baru, kami beli lagi sebuah rumah, kali ni rumah teres 2 tingkat pula. Jauh rumah pertama dengan yang kedua tak sampai 10 minit, kawasan itu juga. Makanya, masin gak lah mulut MIL aku tu yang nakkan kitaorang berumah atas tanah. Genap setahun kami berpindah lagi.

Banyak juga faktor kenapa aku beli rumah kedua ni, antaranya of course 'atas tanah', ada kawasan depan dan belakang. Dah lima tahun kahwin, 3 kali pindah rumah, tingkat 4, 1 dan 5...tak larat dah, penat! Yang kedua, agen ni offered 2 biji rumah, so, aku ambil satu, Jon ambil satu, jadi kitaorang berjiran. Secara tak langsung menyenangkan dan menggembirakan hati mak bapak aku. Senang diaorang nak datang, katanya. Yang ketiga, rumah ini lokasinya di tengah-tengah antara Shah Alam, KL, dan selatan. Walau pun binaan kecik, tapi aku sangat puas hati dengan harga yang ditawarkan, sebab owner jual rumah ni under value, dapat la kitaorang jimat sampai RM12K. Dan kalau dilihat dari segi lokasi, ramai juga yang tak percaya kitaorang beli dengan harga yang begitu. Selain dari itu, persekitaran juga memainkan peranan penting, antaranya dekat dgn surau, pasar malam, Jusco, klinik dan rumah kedai. Sekolah rendah dan menengah dalam pembinaan.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku tak sangka akan memiliki rumah ni dalam waktu yang terdekat. Terima kasih pada parents in laws yang banyak membantu terutamanya dari segi kewangan dan sokongan moral dari kedua belah pihak. Masa gambar ni diambil, rumah sedang dalam renovation.

Bila dah duduk rumah macam ni, teringin la pulak nak bercucuk tanam. Walau pun kawasannya kecik, nak juga la nampak berseri rumah dengan bunga-bungaan. Dengan semangat berkobar-kobar, dibantu oleh Nurin dan Hubby, mula la aku mencari pokok-pokok bunga. Semuanya buat sendiri, maklum la budget ciput. :)


Ini pokok-pokok bunga pertama yang kitaorang beli. Pokok bunga ala-ala bunga matahari. aku beli pokok ni sebab pokok ni sesuai dengan cahaya matahari yang terik. Memandangkan rumah aku ni mengadap matahari naik, kena la cari pokok yang sesuai, kang ada juga tanam tak lama pastu layu pulak.


Dah lama terbayang kat fikiran, rumah aku yang dipenuhi pokok kerabat-kerabat 'sepit udang' atau heliconia. aku suka betul pokok bunga ni. Rupanya MIL aku pun suka gak. Satu hari masa aku bekerja di hujung minggu, diam-diam hubby dan MIL pergi Sg Buluh cari pokok ni. Bila balik tenguk pokok ni, rasa nak menangis pun ada. Bukan apa, gembira seolah-olah mimpi jadi kenyataan! Thank you hubby, you make my dream come true. MIL pun tolong carikkan sebab lepas ni bila pokok tu dah membiak, boleh la dia ambil anak-anaknya untuk ditanam di rumah dia pulak.


Inilah yang selalu bermain di fikiran, tak sangka akhirnya menjadi kenyataan. :)


Ini pula heliconia jenis hybrid, mahal sikit berbanding dengan kat atas tu. Kalau perhati betul-betul warna bunga pun berbeza.


Selain bunga-bungaan, MIL galakkan kitaorang buat 'herbs garden'. Lagi pun senang kalau nak masak-masak nanti, semua benda ada. So, sebagai permulaan, bapak aku bagi anak pokok pandan, cili, kencur dan serai. Selasih, pudina dan anak pokok limau kasturi aku dapat dari MAHA dan MARDI. Yang sedih tu, salah satu pokok selasih tu kecut dan layu...sedih aku tenguk, nak cabut pun tak sampai hati.


Closed up : Anak-anak pokok cili, ada 4 semuanya dikepung dengan daun pinang kering, biar tak layu. Sebelahnya tu pokok kencur.


Ini pulak pokok serai, pokok limau kasturi yang dilindungi daun pinang kering dan hujung sekali pokok pandan. Buat masa ni, sibuk la menyiram setiap hari, bubuh baja dan bercakap-cakap dengan pokok biar hidup subur. Nurin dan Hubby yang rajin menyiram petang-petang bila aku tak sempat. Tak sabar nak tunggu pokok-pokok ni 'gemuk' dan membesar dengan sihat.

Wednesday, September 10, 2008

Selamat menjamu.........mata

Maaf la yek, update je blog terus cerita pasal makan, nak buat macam mana eh, yang empunya blog ni sangat la suka perihal makan-makan ni.


Masa cuti sekolah bulan lepas, aku balik kampung dengan Nurin, lama la tak duduk kampung. Khamis malam Jumaat ikut mak pergi surau, yasinan dan lepas tu biasa la, ada makan-makan. Malam tu, hidangannya nasi briayani kambing...hhmm....best!


Cik Nurin Salma ni, memang suka sangat makan daging kambing. Tak cukup lauk, siap mintak lagi tuhh...uuiiskk... mama pun bole tumpang sekali eh Nurin ? :)


Ini hidangan berbuka semalam, jagung bakar, burger, pizza, fries dan sedikit kuih muih. Memula ingat nak buat burger je, tapi teringat Nurin suka pizza. Bila balik dari sekolah terus ke dapur, nampak je mama buat pizza, senyum sampai ke telinga.


Chicken chop untuk Nurin masa berbuka di Ancasa, PD. (ceritanya kemudian, lain entry ye). Anak aku ni, memang la suka western.


Ini pulak menu berbuka untuk mama dan babah, nasi putih, kuih-muih, kerabu mangga dan betik, sambal tempoyak, daging salai masak lemak cili api (agak cair, kurang 'kick') dan ikan bawal masak kicap. Sambal tempoyak tu, sangat la sedap! Kat Negeri Sembilan je pulak tu yang ada, pernah gak aku jumpa kat buffet Palace of Golden Horses, tapi melampau la pulak kalau mengidam nak kena makan kat hotel kan?


Maka, tidak sah la kalau balik JB, tak berbuka di Singapura. Hidangan buka puasa diakhiri dengan manisan kek mangga (tak ingat hari jadi sape), yogurt (campur berry, coklat mars...hhmm....heaven!) dan cocktail cincau (favourite ni).


Antara juadahnya, mengikut jam, roti, ayam panggang dan sayur-sayuran, makaroni sup, beef steak (merah) dan yang tengah-tengah tu, kepak ayam goreng. Tidak kelihatan, Shatsuka dan Butter Rice.


Selain dari itu, ada kuih koci, karipap, mutabak, wadeh, kurma dan buah anggur.


Sengaja aku upload gambar makanan, nak bagi korang teruja bila menjengah ke blog ni. InsyaAllah akan banyak lagi menyusul entry seterusnya memandangkan bulan ni, aku nak slow down sket bekerja. Boleh la mengemas rumah sekali. Sehingga berjumpa lagi, selamat menjamu mata dan selamat berpuasa. :)