Wednesday, November 19, 2008

Cik Kak Nurin Salma

Pengumuman :

Tahniah buat Xura kerana telah selamat melahirkan baby girl pagi Selasa 18hb Nov 2008. Semoga dengan kehadiran baby ni mengubat kesedihan Xura sekeluarga di atas kehilangan pakcik dan sepupu yang dikasihi beberapa minggu sebelum ini. Al-Fatihah.






Since dia la sorang je buah hati pengarang jantung, intan payung Gunung Ledang, segala gelagat, tingkah laku dan percakapannya selalu menjadi perhatian. Banyak perkara yang aku selalu kongsi dengan Nurin sebab kebanyakan masa dia memang selalu bersama aku. Antaranya....



Perbualan ni berlaku masa nak pergi beraya ke rumah Dayang.
Nurin : Lama lagi ke Ma nak sampai? (masa ni tak sampai 10 min bertolak dari rumah)
Aku : Lama, rumah Aunty Dayang tu jauh.

Nurin : Kenapa la kawan Mama tu beli rumah jauh-jauh? Kat rumah kita tu banyak rumah kosong. Beli je la kat rumah kita tu, senang nak pergi dekat je jalan kaki pun boleh!
Aku : (senyum je, tak terkata apa)



Masa ni tolong mak aku masak kat rumah Batu Pahat
Aku : Nurin, cepat masukkan sayur tu, nanti lecur sayur yang dah masuk tu.

Nurin : Mama, tangan Nurin ni ada dua je tau, macam mana nak cepat-cepat?!

Aku pandang mak aku, mak aku pandang aku...hhmmm....sabo je la.


Masa ni pulak masa aku tenguk cerita Kaisara, ada iklan yang menunjukkan kawan-kawan Kaisara gembira selepas Kaisara syorkan diaorang guna Kotex.
Nurin : Mama, lain kali Mama guna la 'pampers' ni, baru la Mama ceria je, tak sedih-sedih...
Aku : (huh!!....apa kena mengenanya pulak??...iiskk...)



Kalau ikutkan, banyak lagi yang dia kata, yang buat aku terfikir, mana la dia tahu nak cakap benda-benda macam ni. Kadang-kadang nak marah pun tak jadi, sebab apa yang dicakap tu pun betul. Tapi aku selalu tegur juga, kalau Nurin terlalu 'outspoken', risau kalau orang tak kenal, tak boleh terima.



Nurin ambil bahagian dalam tarian masa graduation day taska dia, by the way dia tak grad lagi pun. Dahsyat tul bebudak sekarang, grad siap jubah dan diiringi kompang serta bunga manggar! Nurin menari dalam tarian Ulik Mayang dan Sway. Sebelum dia keluar tu, aku yang kecut perut tak lalu makan. Mana taknya, risau aku kalau dia salah step ke, lupa ke almaklum le bebudak kan. But surprisingly, selmaba dan penuh gaya diaorang ni menari, kalau silap pun, biasa la bebudakkan. Patut la Cik Kak ni kalau kat rumah tu berlatih memanjang dan tak sangka anak aku pandai menari...huhuhu.... Actually, kitaorang rakam tarian Nurin malam tu, cuma kitaorang tak burn lagi dalam cd. Aku akan cari cara camne nak share tarian tu kat sini nanti.


Nurin with her principal, teacher Fazillah. Tak banyak gambar kitaorang ambil malam tu, kesian kat bebudak ni dah penat, maklum la rehearsal je dari pukul 3 petang, majlis mula pukul 9 malam, kitaorang balik malam tu dekat pukul 11.30 malam. Apa pun, aku tahu Nurin gembira sangat malam tu, insyaAllah tahun depan dia pulak yang graduate.



p/s: pasal bulan Nov kat entry bawah tu, aku excited sebenarnya nak tunggu November....heheh...tu yang tak ingat lain, ingat Nov jek... :)