Thursday, October 25, 2007

Afiq yang comel

Lama dah tak jumpa Afiq, ada la 10 hari kot dari jumpa masa diaorang datang beraya kat rumah. Rinnnduuuuu!!! Gambar-gambar kat bawah ni diambil masa Afiq tak sampai lagi 2 bulan, comel sangat, tembam, montok...iiishh...semua lah! Macam mana la aku tak menanggung rindu, tu belum Kakak Nurin lagi tu. Harap-harap hari ni keje cepat habis, boleh lari pi umah diaorang kejab.

Hubby practise camne nak pegang and feeding the baby. Macam kekok je kan? Kata tahun depan nak baby sendiri, camne nih???

Afiq dan atuk

Afiq dan abah

Apple pie yang aku teringin masa bulan puasa hari tu, tapi kali ni bukan beli, homemade, Cik Ana outsource pada Kak Supi. Panas-panas nih...sedap! Kak supi memnag best, aku baru kata teringin nak makan apple pie ptg jumaat tu, malam pukul 9 dah terhidang. Nasib baik le tak tinggal serumah, mau bertambah la 'kecomelan' aku gamaknya...huhuhu....





Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin


Sehari sebelum puasa, Syeda selamat bersalin baby boy, 1.01kg @ 26 weeks. Jadi tahun ni, kitaorang beraya kat hospital sebelum bertolak balik ke BP. Semua complete, ada ketupat, rendang, lodeh, ayam panggang, rojak singapore, kuih muih dan rempeyek, cumanya di hospital. Ok gak, takde mengadap tetamu yang datang dan pergi. Habis-habis lepas bersalaman dan bermaafan, melepak tenguk TV. Tengahari lepas solat Zuhur, kitaorang bertolak balik ke Batu Pahat.


Adeehh....jem panjang kat tol Pagoh. Sebab semua berkumpul nak beraya dgn nenek kat Bukit Serampang, tu yang kitaorang keluar ikut Pagoh, selalunya ikut Yong Peng.

Driver tensen...iiskk....sabo...sabo....


Masuk je kereta dari HUKM, terus la Cik Kak ni pengsan sampai Muar.

Maafkan keserombongan hidungku ya...heheh... saje menghibur hati amik gambar sendiri sambil tunggu kereta jem panjang berjela.

Patutnya aku duduk, Nurin dengan hubby berdiri, tapi dia dah nak ambil gambar pun dah bersyukur. Gambar ni di ambil sebelum pergi rumah Xura raya ketiga, malam jadi nampak gelap je. Kat rumah Xura pun tak sempat bergambar, makan cerita, cerita makan...langsung lupa!

Tahan perut hubby bagi kempess...muahahha...masa ni Nurin ntah ke mana, bukan main payah nak suruh bergambar sama-sama. Dah le tahun ni, tak byk bergambar, asal sempat je.







Thursday, October 11, 2007

Last minute!

Lama dah nak hantar kad-kad raya ni especially untuk clients, tapi ada jek yang menjadi penghalang. So, lepas distribute kat office lama, aku tumpang la kejab kat sana nak menghabiskan mana yang ada, itu pun tak terhabis masih ada lagi yang aku tak sempat nak tulis...huhuhu....

Susun tindih-tindih sebelum tempek setem, kalau ada mesin tempek setemkan best?

Siap juga akhirnya...phewww....


Nurin ni, tak macam budak perempuan lain,tak suka ikat rambut, tak pakai klip segala.... kalau panjang tu, biar je berserabai... so, aku bawak pi gunting rambut, senang, kemas je. Lagi pun dia suka pergi gunting rambut, siap ketawa lagi melekek-lekek sebab geli...heheh..



Again, for 4th time Syeda was admitted in the hospital. Ni kat hospital, hubby dengan Nurin tenguk tv sambil tunggu mama bersiap nak balik. For 3rd and this time Syeda admitted kat Hospital Pakar HUKM. Best gak biliknya, setiap sorang dpt satu bilik, siap tv, almari baju, sofa dan peti besi! And cheaper than pusrawi. Aku ingat nak bersalin kat sana gak esok-esok. Satu je yang tak best, front person kat bahagian kecemasan tu memang hampeh!, 2 kali datang 2 kali gak hampeh. Tu belum dr kat kecemasan yang biasa dan double standard. Layan Syeda cam orang kampung, bila tahu Syeda staff lecturer kat UKM baru la terhegeh-hegeh nak buat baik...chaiitt! macam ni ke dr layan patients, mana boleh pilih bulu! Nasib baik la kat Hospital Pakar ni layanan dia ok sket.
Oh... fyi, HUKM dengan Hospital Pakar HUKM at the same place and building, cumanya hospital pakar tu kat tingkat 7.
..............................................................................
Atas sebab-sebab tertentu, i'm still here in KL, takde perasaan nak sambut raya, agaknya kalau kat kampung tu best la jugak kot. Mesti mak dah sibuk ke pasar nak beli bahan-bahan masak pagi raya. Nasib baik dah 'ngunjung' minggu lepas. Kesian kat mak, aku dah le anak pompuan dia sorang je, haiii hati sabo je laaa.... Nasib baik Jon balik Hari ni, boleh la dia tenguk apa-apa yang patut.
Anyway, dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, pada semua pengunjung blog ini, andai kata tersilap kata terkasar bahasa, ampun dan maaf aku minta. Halal juga makan minum kira ada. Pada yang dah mula bercuti dan akan pulang ke kampung, berhati-hati memandu, semoga sampai tempat yang dituju. Aku hanya akan balik ke Johor pada hari raya pertama. Jemput la datang ke rumah ya :)






Tuesday, October 09, 2007

Tagged

I've been tagged by Zaza. Sorry ler bebanyak eh... tak sempat nak buat awal-awal, ni pun kalau aku tak buat gak, bila habis pose nanti, rasa macam dah tak bermakna pulak...heheh....

NAME 5 FAVORITE FOOD YOU FEEL LIKE HAVING NOW.

1. Lasagna - yang my SIL, Ana buat...hhmm...sedap sangat, tak cheesy, masam manis masin semua cukup!
2. Apple pie - the one yang my MIL beli kat Jalan Duta...hhaiisshh... mana la nak carik ni, sedap betul.
3. Briayani Kambing Md Shah - kat BP gak yang best!
4. Nasi Ayam - yang my mom buat, sambal dia tuh tak jumpa kat tempat lain...huhuhu...
5. Dalca - pun yang mak buat, siap tetel dan sayur mayur cukup.

NAME 5 FOOD YOU WOULD LIKE TO HAVE FOR BREAKFAST IF YOU COULD.

1. Nasi Lemak 'Abang Aziz' - nasinya cukup lemak, sambal dia...perghh...pedas, merah, manis, pekat!
2. Ubi rebus cicah sambal tumis, tak pun ikan pekasam...(aduuihhh...sendiri taip sendiri kecur airl liur iiskk...)
3. Tosai - siap dengan teh tarik segelas!
4. Roti bakar dengan telur separuh masak dan baked bean, simple but sedap!
5. Jemput-jemput yang mak buat cicah dengan kuah asam pedas semalam, nak lagi best tambah sambal kicap...hehehe..

NAME 5 FOOD YOU WOULD MOST LIKELY BUY FOR BERBUKA TODAY.Update (1.42 pm) : Nampaknya berbuka ayam golek le aku hari ni. Isskk...sepanjang jalan dari Pantai dalam ke rumah, berbau semerbak ayam golek ni, tahan je la sampai waktu berbuka nanti. Korang try la, kalau bukan bulan puasa pun ada, sedap weeii.....

1. Ayam Golek kat Pantai Dalam (ntah sempat ke tak nak beli nih nanti, kalau ada aku up gambo eh...heheh).
2. Rojak kat bazar ramadhan Sri Serdang
3. Nasi kerabu kat bazar ramadhan Kinrara
4. Samosa kat Keramat, memang sedap!
5. Murtabak Singapore....tapi nak yang kat Jb punya...huhuhu...camne nihhh???

Mar ngan Ana, kalau sempat buat la yek :)

Sunday, October 07, 2007

Dugaan di bulan Ramadhan

Tak senang duduk aku kalau tak jumpa Afiq beberapa hari, Kakak Nurin pun sibuk je bertanya bila nak pergi rumah Afiq. Kalau dah rindu sangat, hp aku la menjadi mangsa. Ada beberapa video clips Afiq dalam tu, diulang la berkali-kali sampai habis bateri!

Nampaknya bulan ni tak 'sesmooth' yang dirancangkan. 3 kali Syeda masuk hospital due to komplikasi mengandung. Yang menariknya, masa di Pusrawi, Syeda diberi toiletteries, syampu, sabun, bedak, sikat,berus gigi dan jangka suhu pun ada. Macam duduk kat hotel pulak.

Bukan setakat barang keperluan diri je, senaskhah Taksir Al-Quran juga diberikan masa keluar dari hospital. Bagus betul hospital ni kan, dalam merawat pesakit sempat buat amal jariah dan berdakwah.

Apa pun, aku minta korang semua doakan keselamatan dan kesejahteraan Syeda dan baby hingga sampai waktu bersalin nanti. Juga kami semua diberi kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian di bulan yang penuh dengan keberkatan ini, isnyaAllah.

Majlis berbuka puasa

Sabtu yang lepas-lepas...eerr...29hb kalau tak silap, aku organised satu majlis berbuka puasa atas permintaan Puan Julia. Hmmm...nasib baik aku tunaikan, ada gak anak ko keluar esok melelh air liur...huhu... Anyway, congratulations Ju! Jangan lasak-lasak sangat kali ni, take care of yourself ya?

Majlis ni dihadiri oleh :

Sany, Siela dan anak-anak, Auny dan Ammar
Julia, Atuk dan anak, Jasmin
Nor Asmariah dan anak, Syamil (husband dia takde ada majlis buka puasa kat tempat kerja)
Datuk K....oppss....Kamal @ Babysitter
Fuzi dan anak...eerr...nama tak ingat siapa
Aku, hubby dan Nurin
Juga tuan puan rumah, Nadiah, Najib dan anak-anak, Najwan dan Nuqman.


Nuqman tertidur selepas puas merengek-rengek ngantuk dan kepenatan. Bila dapat Dunlop pillow, terus je lena...heheh...(comel kan?? geram je, rasa nak gigit-gigit!)

Bapak-bapak, Sany, Najib dan Atuk, serius beno nampaknya, discuss mana nak balik raya tahun ni kot.


Ibu-ibu, Siela, Fuzi dan As...ni second round makan nih....

Makaroni goreng


Ada kuih-muih, pasembor, nasi lemak, ayam panggang, ikan panggang, murtabak, kerobok...haiishh...sendat gak la perut malam tu. Siap ada acara tapau-menapau lagi...heheh..


Apa pun, terima kasih pada Nad dan Najib kerana kesudian korang menajdi host pada malam tu. So, rumah siapa lepas ni???..... ;P

Memang berbaloi!

After 1 and half year doing Takaful as Takaful Nasional Consultant/Agent, i'm proud of myself for did a good job, Alhamdulillah, lagi pun ini la dia mata pencarian, sumber rezeki, kena la buat betul-betul. Dan yang paling best dalam bidang ni, sesiapa yang perform akan sentiasa direward, kalau bukan dari takaful itself, dari business partner i.e my manager. (manager aku ni, strict orangnya, dalam kepala otak dia, mesti capai target je, teruk gak kena drilled...tapi kalau dapat target tu, memang la worth it!)

Julai hari tu dah bermula financial year for 2007/2008 dan habis pun quater 1. Last financial year, aku mengaku memang tak berapa perform, baru start, tak tahu lagi selok belok berniaga. Walau macam mana pun, last financial year berakhir dengan happy ending, maunya tak happy ending bila dapat bonu$$$...yeayy!!

Sempena bulan Ramadhan, macam tahun lepas, my business partner dengan berbesar hati menjemput top agentnya berbuka puasa. Kalau last year kat restoran thai, kali ni kat Bukhara KLCC. Pernah datang dengan family in laws, masa tu makan briayani, kali ni hidangan buffet Ramadhan pulak.

Ini hidangan pinggan yang pertama. Ada roti pita, 3 jenis salad dan bermacam pencicah untuk roti pita. Aku memang penggemar roti dan salad, so memang heaven la.

Pinggan kedua, aku ambil nasi briayani 2 sudu, spaghetti, kebab ayam, rendang ikan tenggiri, sayur campur dan semestinya kambing panggang...hmm...feveret nihh...

2 pinggan sebelum ni, kira macam rasa semua benda la, pastu pinggan ketiga ni ambil benda yang aku suka je, kiranya macam dah filter la nih. Mind you, aku takde la makan 3 pinggan sekaligus, pinggan ketiga ni aku sambung lepas solat maghrib,kira dah exercise la. Pinggan kali ni, udang, salad dan kambing panggang...hmmm...sedap!

Macam last year, siapa yang capai target, dapat hadiah sama la jugak tahun ni. Sebab my business partner ni suka sangat dengan barangan Body Shop, tempiasnya kena juga la kat kitaorang. Tak kisah la kan, dapat hadiah, siapa yang taknak pulak.

Selain dari itu, dapat juga duit raya. Tak sangka, dah besar-besar ni merasa juga duit raya lagi. And a little thing in the box tu, is a reward from me to myself as i did an excellent job, Alhamdulillah!!

Tuesday, October 02, 2007

999

Have you ever use this number?



"999, boleh saya bantu"



"Saya nak melaporkan kemalangan jalan raya"



"Siapa yang bercakap tu?"



"Noha...N.O.H.A"



" Ok cik Noha, kat mana tu?"



"Saya kat Serdang ni"



"Baiklah, saya akan sambung pada balai polis yang berdekatan, Serdang di Selangor ya?"



"Ya, terima kasih"



........



"Balai polis ....... boleh saya bantu?"



"Saya nak melaporkan kemalangan......bla...bla..."



................



.............



"Ok cik Noha, terima kasih kerana melaporkan, bantuan akan segera ........."





Hmmm....lega rasanya lepas telefon 999 tu. Kemalangan tu berlaku semalam, lebih kurang 6 petang ketika kebanyakan umat Islam sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa. As for me, aku dalam perjalanan nak balik ke rumah selepas ambil Nurin dari tadika. Kalau boleh nak cepat sampai, sempat la prepare apa yang patut. Tetiba ternampak satu kemalangan yang melibatkan 2 buah motor, salah sorang penunggangnya tengah terduduk kat tepi jalan sambil memegang kepala.



Rasanya baru je berlaku, sebab takde sebiji kereta pun berhenti, cuma ada sebuah motor yang berhenti, itu pun tenguk dari jauh. Ini kali kedua aku telefon 999 untuk melaporkan kejadian kemalangan. Kejadian sebelum ni lagi la, betul-betul berlaku depan mata, sama macam semalam, tak sempat lak nak berhenti. Bila lalu tu, otak sibuk memikir nak berhenti ke tak, tau-tau dah terlepas! So, bila telefon 999 ni, takde la rasa ralat sangat kalau tak dapat membantu.



Apa pun, aku harap takde kecederaan yang teruk pada penunggang motor tu.





...........................................





Sayu rasa hati bila dengar lagu raya yang berkemundang di corong-corong radio. Kebanyakan stesen radio dah mula memutarkan lagu-lagu raya sejak semalam. Ntah la, takde perasaan nak berhari-raya. Baju raya tak beli lagi kecuali untuk Nurin, itu pun baru sepasang baju kurung. Rumah tak berkemas, banyak sangat yang nak dibuat tak tahu nak mula dari mana. Rasa macam baru je semalam sambut puasa, baru nak berterawih, tau-tau dah nak masuk hari ke sepuluh terakhir Ramadhan. Kalau la boleh diperpanjangkan puasa .........