Friday, March 13, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Last weekend bila cuti panjang sikit sebab Maulidur Rasul, Hubby ajak jalan-jalan cari makan. Sebenarnya i dont really have a budget nak pegi vacation ke hapa, cumanya dah terasa sangat penat kerja. Hubby dan Nurin pun asik bising je sebab dah kurang meluangkan masa dengan diaorang.

So, sebelum melancong ke Australia ke (ahem...ahemm...) apa kata melancong kat negara sendiri dulu. Ye la, kadang-kadang tu kita tak pernah atau tak kenal pun tempat-tempat menarik kat negeri sendiri kan? Aku kata kat Hubby, boleh pergi dengan syarat dalam lingkungan budget yang telah di tetapkan. Seminggu sebelum pergi, Hubby dan mula checked kat net, tempat nak pergi, tinggal, makan and etc.

Selamat datang ke Bagan Lalang :) Pic agak kabur, maklum la cuma guna henpon cap ayam. Masa datang dah tengahari, cuaca mendung dan air tengah surut. Ada oarng berkhemah dan mandi manda juga. Suprisingly, yang berkhemah tu bukan orang muda je, ada tu yang bawak family dan atuk nenek.


Pantainya kalau surut jauh ke tengah, walau pun tengahari dan panas terik tapi angin yang bertiup menyejukkan.


Ketam ni banyak betul kat sana. Masa surut tu semua keluar, kalau kita datang kelam kabut semua masuk lubang, bila kitaorang dah lalu semuanya keluar balik..iiskk...macam cerita the mummy pulak masa serangan kumbang tu.


First experiance main layang-layang, bukan tak pernah main layang-layang sebelum ni, cuma layang-layang tak naik.Seronok betul, tak payah 'anjung-anjung' , layang-layang naik sendiri sebab angin kuat.


Hubby pun tak lepaskan peluang melepas gian main layang-layang. Nurin tak sabar-sabar nak main pasir, tapi masa tu dah mula terik sangat, dan dah lapar, kitaorang janji dengan dia petang atau esoknya sambung lagi.


Kiatorang tinggal kat Bagan Villa Resort. Kat situ je yang masih ada chalet kosong. Takpe la, janji ada tempat boleh rehat dan bermalam.


Lepas puas main air petang tu, mula la laparkan. Cik Kak ni, tak sabar nak tunggu lauk, jadi kitaorang order dulu nasi goreng cina.


Antara makanan yang kitaorang order, ikan kerapu masak tiga rasa (aku rasa dia masak sweet and sour la, tapi ok juga..sedap!). dan signature dish at Wak Lan Restoran, pepahat masak sambal pecah telur. Restoran ni betul-betul sebelah chalet, jalan kaki pun boleh.


Selain dari tu, sotong goreng tepung dan sayur campur.


Ini la rupa pepahat.


Esoknya Nurin nak main istana pasir lagi. Kitaorang sama-sama tolong dia buat istana pasir ni dan Nurin seronok sangat bila kitaorang melayan dia.

Kali ni memang betul-betul bercuti sebab nak dijadikan cerita, hp aku tertinggal, jadi takde la smses or calls about business. Nasib la 2 hari satu malam je, ikutkan takleh hidup tanpa hp nih...hehheh..

Korang yang kat KL dan area berdekatan, patut pergi Bagan Lalang ni. Tak ramai orang so tak crowded sangat, makanan pun sangat la best! Berbaloi dengan apa yang kita spend. Aktiviti tak banyak tapi setakat nak main air, camping, cari kepah dan bbq boleh la. Bila malam ada night market, byk cenderamata yang dijual dan murah-murah pulak tu. Kalau dari rumah aku tak sampai 2 jam kalau naik kereta, lebih kurang satu jam setengah dan takde tol. Banyak juga chalet dan ada Hotel Seri Malaysia, cumanya korang dinasihatkan supaya buat booking at least 2 minggu sebelum pegi.




.

7 Comments:

At Tuesday, March 17, 2009 10:19:00 AM , Anonymous Anonymous said...

aku pon dah naik lelah keje..
terasa mcm nak jln je...tunggu la after school break....

mmg patut pon ko spend mase
ngan nurin...n an..
mesti dia happy sgt...

aku ngan jas n suraya bole ler nak diheret...atuk susah sket..liat nak cuti dia..kata banyak keje...
nnt lah bulan 4 ni aku nak ke JB..
kalo jadik

 
At Wednesday, March 18, 2009 9:32:00 AM , Anonymous Anonymous said...

saya pon nak gi oliday la. ni lg kumpul duit ni. ada projek bulan 6 nanti. insyallah.

yabedabeduu.

 
At Thursday, March 19, 2009 9:02:00 AM , Blogger mommamia said...

aku pun merindui percutian tepi pantai,bestkan dpt rehat santai tepi pantai,mesti lapang kepala otak,free dr beban2 kerja-nurin seronok betul main pasir,hope u had spent such a quality time with her,ye lah kita ni parent2 yg bekerja,masa cuti2 gini lah yg dpt betul2 spend masa ng anak,kalau hari bekerja sehari 4-5jam jer ada masa ng anak-by the way,bagan lalang ni kat mana ek?

 
At Thursday, March 19, 2009 2:16:00 PM , Anonymous Anonymous said...

julia : ju, aku akan cuti2 mesia lagi sekali bulan mei nanti, tu yang aku ingat nak jumpa ko ngan elly, kalau yg lain2 tu tak dpt dtg, aku je la yg jumpa korang.

ana : ni mesti nak celebrate anniversary kan? ;D. tahun ni kitaorng tak celebrate anniversary, tapi kitaorang nak dapat hadiah besar...tak sabar nak tunggu jun!!

mar : tak rehat pun mar, melayan nurin main pasir, terjun laut dgn main layang2....tapi tak rehat pun takpe...being with her is priceless :). insyaAllah, esok nak bawak parents aku pegi bagan lalang ni lagi, nak main layang2 dgn nak makan seafood. bagan lalang ni kat sepang, kalau dari area rumah aku tu, ikut cyberjaya tapi keluar ke salak tinggi/sepang/ klia, pastu masuk lalu bandaR baru salak tinggi, masuk pulak pekan salak tinggi lama...ikut je signboard ke bagan lalang. ikut dengkil-morib pun bole juga...senang je mar, kalau dekat2 ni balik ari pun bole.

 
At Monday, November 21, 2011 12:44:00 PM , Blogger misz R's said...

salam , saya ngan kwn kwn plan nak gy bercuti kat bagan lalang tu . now , saya tgh bz mencari chalet / resort utk bermalam . saya nak tanya , bagan villa resort ni kat tepi tepi pantai ke ?

 
At Wednesday, November 23, 2011 8:43:00 PM , Anonymous Anonymous said...

misz R's, maaf ye...lambat akak balas...lama dah akak tak buka blog :)

betul..chalet tu betul2 depan pantai...bajet chalet...kalau ada xtra duit, bole cari yg lagi best..:)

 
At Friday, March 04, 2022 3:40:00 PM , Blogger ianthynatacy said...

Playtech Casinos and Games | JTM Hub
Playtech Casino 동해 출장샵 Games · Aristocrat · NetEnt · NetEnt · 부산광역 출장마사지 Yggdrasil 경산 출장샵 · Evolution 밀양 출장마사지 Gaming · Pragmatic Play · 울산광역 출장안마 NetEnt.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home