Wednesday, April 01, 2009

Doa selamat

Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah ruah ini. Sebanyak mana dugaan dan cabaran yang datang, Allah sentiasa mengiringinya dengan rezeki dan hikmah yang kita takkan sangka-sangka.

Baru-baru ni, aku minta abah buatkan kenduri doa selamat, kesyukuran dan tahlil di kampung. Dah lama teringin nak buat majlis ni baru kali dapat direalisasikan. Aku tak dapat balik sebab Nurin dah mula sekolah, kesian pulak nak pontengkan dia.

So, majlis pada 26hb tapi makan-makannya baru buat semalam. Mula-mula nak minta orang masakkan, tapi mak kata dia boleh buat dan abah pun boleh tolong dan aku rasa diaorang pun suka nak buat. If that make their happy and i am happy to let them to do it. :)

Hidangan masa kenduri semalam ialah ;

1. Nasi putih
2. Kari Ayam
3. Sambal Udang
4. Sambal Terong
5. Ikan Kering gelama
6. Popedom
7. Kuih karipap.
8. Air Teh Susu dan Teh O

Alahaiiii...kecur air liur aku bila mengingatkan masakan yg mak masak sebab aku suka sangat terung masak sambal tu. Kombinasi masakan tu buat aku terkenang-kenang sampai ke tidur.

Apa pun, semuanya berjalan lancar dan abah cakap semua yang mak masak habis licin! Alhamdulillah. Kalau la aku dapat balik, mesti lagi seronok...takpe la, lain kali bole buat lagi. Terima kasih mak dan abah, susah payah masak untuk kenduri tu dan tentunya terima kasih tak terhingga sebab kakak sentiasa dalam doa kalian, love both of you very much!!!

Sambal udang, sambal terung, popedom dan ikan kering gelama....hhmm...yummy!


Semuanya masak di rumah barulah di hantar ke surau. Nasib baik la semuanya dibuat di surau, ramai yang menolong, terima kasih semua!

4 Comments:

At Wednesday, April 01, 2009 5:33:00 PM , Blogger mommamia said...

Alhamdulillah..semoga makin murah rezeki,mmg ni lah pun yg digalakkn,buat kenduri doa selamat tanda bersyukur dgn rezeki yg dikurniakan,harap2 akan makin melimpah ruah rezeki dan keberkatannya..

eh sedap lauk kenduri tu,kari ayam pekena ng sambal udang,pemangkin dia ikan kering gelama fuhhh!cair air liur aku noha!

 
At Thursday, April 02, 2009 10:56:00 AM , Anonymous Anonymous said...

yee...
semoga bertambah rezeki ko...
bile kita ader lebih mmg patut la..ingat kat org yang takde..
cth anak yatim ke..org susah ke..
ke buat kenduri doa selamat ker...

tahun ni aku buat doa selamat last feb...
sempena baby yang bakal lahir dan rezeki offer part time aku..yg dtg tak putus2..
dan kasih atuk kat aku yg tak berubah...heheh
betul lah org kata..setiap anak yg lahir...Allah akn kasi rezeki..

ikhlasnya..
aku suka cara ko n famili ko...
penuh ngan kesederhanaan...
lame tak jumpe pakcik ngan makcik..
ko jadik tak turun mca...
ko tak rindu aku ker...
heheh..

 
At Thursday, April 02, 2009 11:53:00 AM , Anonymous xura said...

alahai sedapnya.. btw, semoga bertambah melimpah ruah rezeki ko sekeluarga. :)

 
At Thursday, April 02, 2009 12:16:00 PM , Blogger noha chomel said...

mar : thanks mar, doa kawan2 ni lah dimakbulkan Tuhan. bukan ko jek yg kecur air liur...aku pun sama...huaarrgghhh....

julia : ju, ko baik jaga atuk bebaik...baik orgnya...untung ko ju :). kalu dia tak sayang kat ko, meh sini tau la aku nak kerjakan dia.

bapak aku yg ingatkan, kalau ada rezeki tu buat la kenduri doa selamat ke, jgn lupa kat org yg memerlukan. selama nih pun aku buat korban dulu, bila satu family dah buat korban boleh la buat benda lain pulak.dan aku buat ni pun sebab ada niat tertentu...ko doakan la yek hajat aku ni sampai, isnyaAllah.

rezeki ju, kita kena carik, tak dtg bergolek, kalau ko kerja dgn sungguh2, ikhlas kerana Allah, pasti ada ganjarannya.

mak bapak aku sihat, dua2 dah pencen, seronok ke sana ke mari. agaknya kalau adik aku yg bongsu tu dok asrama, lagi panjang langkah diaorg...heheh...diaorg sebenarnya selalu gak turun melaka.

aku confirm turun melaka, aku check in hotel sabtu, on wesak day. tghari tu aku nak jasin, felda bukit senggeh ada wedding, mlm tu kononnya nak ber'river cruise'. esok hari ahadnya aku nak jumpa ko dgn elly...so, camne, bole booking taht time utk aku?

xura : thanks xura, doa korang la aku jadi mcm ni, many2 tq! tu la, tgk pun nampak sedapkan....hhmm...takpe, mak aku dah janji kang kitaorg balik ke, dia dtg sini ke, dia nak masak lagi mcm tu. :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home