Wednesday, August 03, 2005

Tok Peraih

Semenjak dua menjak nih, adik ipar aku sibuk nak berbisnes, dan yang bagusnya dia beli banyak buku mengenai mengenai bisnes dan motivasi contohnya Menjejaki Jutawan Senyap dan Petunjuk Jalan Kekayaan oleh Chef Li / Dr. Rusly bin Abdullah, Jangan Tidak-tidak dan Nak Ke Tak Nak oleh Dr. HM Tuah dan Memulakan Bisnes Sendiri oleh Ainon Mohd.

Walau pun pada mulanya aku tak minat, aku cuba-cuba gak la baca buku-buku tu dan buku pertama yang aku baca Petunjuk Jalan Kekayaan. I was touched by this book and i start thinking, "Macam mana kalau aku buat bisnes?". It sound interesting but scary too. Seronok sebab dengan bisnes bole dapat keuntungan tapi takut sebab dengan bisnes pun bole dapat kerugian.

Selepas hubby baca buku yang sama, kitaorg pun buat discussion, "Apa kata kalau kita mula buat bisnes kecik-kecik". Memula tu, pening gak, apa yang bole dibisneskan since aku pun sibuk kerja, rasa mana la sempat nak buat benda-benda lain, tapi kitaorg sungguh teruja untuk berbisnes selepas membaca buku tu.

Oleh kerana tak nak rugi banyak dan saje nak test market, aku decided nak jual kuih kat opis hubby dan jual Swarovski crystal bracelet. Alhamdulillah, setakat ni, nampak ok especially bracelet, banyak juga aku dapat tempahan, tapi untuk mengelakkan pening kepala, aku buat sikit-sikit dulu. Yang kuih tu, so far, hari-hari kuih habis dijual cuma ada satu hari tu je, 12 biji kuih tak habis, at the end kitaorg buat makan malam...huhuhu...but then, jualan untuk hari tu covered the cost walau pun tak untung.

Selain dari tu, aku juga agen Cosway, Zhulian dan Leno. Memula tu jadi agen sebab nak pakai barang tu sendiri, tapi bila ada permintaan dari kengkawan dan parents, aku rasa seronok pulak untuk bergiat aktif. Cuma Zhulian je tak brape jalan, maybe sebab barang-barang dia mahal-mahal jugak. Sekarang ni, kat opis, kat lab, semua orang akan cari aku kalau nak beli barang Cosway atau Leno, even kalau aku berjalan nak pegi lab-lab lain, ada 2,3 orang akak tu akan tegur "Hai tauke, hari ni bisnes apa?". Heheh...Masin la hendaknya mulut korang, manalah tahu satu hari nanti aku betul-betul bole jadi tauke, siapa tahu kan?

Dan kat lab aku sekarang ni, aku dah ada gelaran baru, Tok Peraih, kawan aku dari Kelantan yang bagi gelaran nih. Nak tahu sebab apa? Selain aku jual itu ini dan menjadi agen itu ini, apa barang yang ada dalam lab ni, yang dah tak berguna nak nak dibuang, mesti aku pungut dan aku jual. Heheh...rasa seronok pulak, walau pun bila jual tu dapat duit tak seberapa, tapi sekurang-kurangnya bole la buat beli gula dan teh untuk minum-minum kat lab nih :)

5 Comments:

At Thursday, August 04, 2005 12:09:00 PM , Blogger Xura'Z Craft said...

ko buat kuih ape utk jual?

 
At Thursday, August 04, 2005 2:35:00 PM , Anonymous Anonymous said...

zura : aku buat trading bisnes jek, kalau aku buat kuih, alamat tak pegi keje la jawabnya...

ju : bole anto kat ko tapi bayo double la ek..

 
At Friday, August 05, 2005 9:49:00 AM , Anonymous Anonymous said...

aiseyy...aku rasa korang dah salah paham la...aku jual kuih untuk breakfast bukan untuk raya...yg raya punya ada, tungguuuuuuu

 
At Monday, November 27, 2006 7:54:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Very nice site!
»

 
At Friday, April 27, 2007 5:03:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » »

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home